Ahamdulillah, syukran jazilan khasira, selesai jugak jamuan raya umi... orang sekarang kata ape?... opend hause eh?!.. lebih kurang ar... entahlah. boleh pakai ke? Macam tak sesuai je....
Dengan segala kekurangan dan kedaifan umi nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada anak-anak umi dan suami tercinta kerana memberi sokongan + bantuan X pertolongan. hehehe... walaupun abah tengah puasa. Terima kasih along... penatnya umi sekiranya tanpa along membantu. terima kasih Ya... buat air jagung... sedapnya air jagung Ya. Student umi kata macam air pasar malam je sedapnya... Ekah... pembantu kanan umi bab masak-memasak dan gentel bergedil.. hehehe dari semalam lagi... student umi kata sedap ekah masak... tak taulah betul ke tak?. Ain jugak. Ain sangat bagus. Tak buat hal. Saayang Ain, sebab dengar dan ikut pesanan umi... Abang Ukie pun, hero umi satu-satunya, tolong kutip cawan dan pinggan. Alhamdulillah umi tak perlupun pembantu yang diimport dari seberang tapi semuanya beres.
Untuk student cikgu, jutaan terima kasih bebanyak. Terharunya cikgu... ramainya datang. Cikgupun tak sangka. Cuma student batch 06... tersalah maklumat, sorilah.. ingat cikgu buat hari sabtu...
Sukalah cikgu nak sebut jugak mereka yang hadir. Batch 04, Wan Fatihah dan Famili. Umi tak sangka sangat Fatihah datang... sori, tak selesa.
Batch 05.... Terima kasih, Al-Haq, Aimirul, Salleh, Ashraf, Athirah, Siti dan Adik, serta Peah.... eh lupa pulak, Lam dan Adik Mey Yen kerana hadir. Yang tak dapat hadir tapi turut berkirim salam dan sms, ramai sangat. Yang cikgu ingat... Rai, Hanif, Amira, Mun.. ada lagi... Yang best group ni siap buat mesyuarat Agung lagi kat umah umi... Cikgu doakan hasrat kalian nak tubuhkan Alumni Seindah berhasil.
Untuk batch 06... huhu kesian tersalah hari... sori izati, Mal, Atikah... lain kali eh... Fazilah masih kat kampung. Ezy, Parathaman, Aliah tak tahu cerita.
Batch 07...... sangat meriah... ramai hadir. Peah, Ella, Nwar, Nafis, Hasif, Kalam, Redir, Mustakim, Azureen, Wai Hoong, Leh Heng, siapa lagi ehh...? Kesian Henry dan Pavi tak sihat. tension nak STPM kot? Wai Sing kena anta adik balik asrama. Wafa klesh opend hause dengan cikgu. Seah Yen ,Sara,Shery,Lim dan kuyah kirim salam je... Terima kasih... U all memang tak berubah!.. masih mesra dan manja seperti dulu.
Tak lupe juga terima kasih pada Firdaus Jamaluddin, Zulhafiq dan Emran datang jugak walaupun sedang sibuk nak SPM beberapa hari je lagi... Yang lain tu kempunan je nak datang sebab takde transport. maklumlah belum ada lesen memandu... baru form 5....
Akhirulkalam, mohon doakan semoga Allah murahkan rezki, lapangkan masa dan berikan umi dan famili kesihatan serta kesempatan yang baik ... InsyaAllah agar tahun depan kalian dapat bertamu, bermesra dan bercerita sambil menjamu selera dan mensyukuri nikmat Allah yang melimpah ruah ini.... insyaAllah.
JazakalAllah hukhairan kasira.......
No comments:
Post a Comment