Followers

Wednesday, September 23, 2009

Perjalanan Beraya di Kampung.

Salam,

1 Syawal telah berakhir. Seperti tahun-tahun sebelumnya umi dan keluarga akan beraya di Temerloh. Last minit tukar plan, awalnya plan nak balik hari Sabtu, sehari sebelum raya akhirnya balik juga pada hari Jumaat ( 2 hari sebelum raya) memandangkan semua anak-anak telahpun berkumpul di rumah.

Kami keluar rumah lebih kurang hampir pukul 4.00 petang. Berhenti solat Asar di Masjid UPM. dan meneruskan perjalanan..... huhu.. "jem gila" Dari Bangi nak sampai ke Tol Gombak sahaja hampir 3 jam. Masa yang sama sepatutnya kami telahpun sampai ke kampung.... cabaran betul! Akhirnya kami sampai di hentian Terowong Genting Sempah. Berbuka, solat Maghrib, dan Isyak di sana. Ramainya orang tak usah ceritalah. Berbaris nak beli makanan di McD hampir 45 minit... Kesian anak-anak umi berbuka dalam kedaifan. Dahla hari sebelumnya berbuka dengan makanan dalam tin sahaja. Umi balik daripada menjemput Along di klang beberapa minit sahaja sebelum berbuka. Abah pulak sangkut in jem jemput Alang di Gopeng. Memang ujian betul pada akhir Ramadhan ini.... Umi sedih jugak bila dengan linangan air mata Along kata "Ingatkan bila balik ke rumah nak berbuka dengan seronok dengan keluarga...". Nak buat macam mana kita merancang tuhan sahaja yang menentukan.


berbuka puasa di Mc D sahaja


Akhirnya, lebih jam 11 malam, baru kami sampai di kampung.... Alhamdulillah semuanya selamat. Beberapa minit sebelum sampai di kampung, bila atuk kol, baru umi tahu rupanya Wan dan Atuk tinggal dua orang sahaja di kampung. Mak Teh dan keluarganya telah balik ke kampung Mak Teh di Jengka. Wan dan Atuk rupanya sendirian menanti kami di kampung.. umi bersyukur sangat umi balik juga ari itu, jika tak Wan dan Atuk tentu rasa sedih kerana tak ada anak-anak yang balik... Patutlah hati umi berat sangat nak balik hari itu jugak. Tak kisahlah jempun sebab umi dengar cerita yang balik selepas tu pun semuanya "court in jem".

No comments:

Post a Comment