Salam,
Diam tak diam Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Hibanya hati.... kerana dalam keghairan cuba menyemarakkan ramadhan tetiba.....ABC. Redha je. Doa semoga pada tiga malam yang terakhir umi akan sempat menyambung semula Tarawikh, tadarus yang dah terhenti di juzuk 20, serta dapat ikut abah berkiamullail. Alhamdulillah Abah sejak 10 malam terakhir belum pernah tinggal lagi kiamullail di masjid.... 3.30am abah dah bangun. Cemburunya umi... Umi nak ikut jugak.
Cuti yang Allah beri ini umi ambil kesempatan untuk buat persiapan terakhir Ramadhan... Adalah beberapa jenis kuih yang umi dah buat. Tentunya semua yang anak-anak umi suka. Kalau tahun lepas Lam menjadi pembantu kanan dan setia umi menyediakan semua kuih raya. huhu tapi tahun ni... Amira ambil alih. tapi banyak curi tulang. Sebelum buat kuih berkobar-kobar, lepas tu hilang entah ke mana. Banyak je alasan dia. Yang paling setia membantu umi ialah Ain dan Syukri. Tapi faham-faham jela.... lebih banyak membantut daripada membantu.... Tapi seronok jugak... sekurang-kurannya umi tak mengantuk. Tahun depan umi harap Lam dapat ambil alih semula jawatan Lam tau!...
Sekarang juga umi sedang sibuk menanda kertas percubaan SPM.... harap-harap dapat habiskan sebelum raya. Raya tak mahu fikir tentang kertas peperiksaan dah. Alhamdulillah masa cuti yang Allah beri ni umi dapatlah beri lebih tumpuan pada kerja-kerja menanda kertas periksa...
Hemmm...... Baju raya anak-anak semua dah selesai umi jahit, alhamdulillah... tinggal baju Melayu Lam sahaja lagi. umi masih belum berkesempatan nak pendekkan lengan baju dan seluarnya... InsyaAllah umi cuba ari ni. Umi akan buat sekali dengan baju cikgu Yati... Umi kalau dah naik kat tingkat tiga (bilik jahit umi) tu memang lama nak turun... sebab tulah malas naik. Baju kak Ila, 2 pasang umi dapat jahit dalam masa satu malam sahaja. Tapi tak tidolah sepanjang malam.huhu lepas tu... umi kolep. taknak buat dah....
Banyak nak cerita.... tapi masa tak mengizinkan. Ain nak merenggek nak ajak umi buat kuih raya. sebab sebelum ni tadi umi dah minta dia temankan umi buat kuih raya..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment