Followers

Tuesday, November 16, 2010

Serba Salah.....

Salam 'alaik,


Aku menjadi serba salah. Apakah aku harus meneruskan amalan puasaku hari ini. Sedangkan umat Islam yang sedang menunaikan haji telahpun wukuf di Arafah semalam. Dan hari ini mereka telahpun meraikan Hari Raya Puasa. Sedangkan di Malaysia.... belum lagi. Almanak mana satu yang harus aku ikut?  Keraguanku memuncak apabila pagi tadi selepas solat subuh jelas  kedengaran Takbir Raya daripada  pembesar suara masjid di taman perumahanku. Aku jadi 'confius' dan serba salah,, nak mandi sunat raya Aidil Adha ke?... sedangkan raya esok. Boleh ke aku puasa hari ini? Sedangkan puasa 10 dzulhijjah itu haram!


Setelah suamiku balik dari solat subuh di masjid, aku ajukan rasa serba salahku. Namun kami membuat ketetapan kami sekeluarga tetap meneruskan berpuasa yang telah kami lakukan semenjak ahad lepas dan kami akan mengikut ketetapan kerajaan Malaysia! Ya Allah moga itulah yang terbaik!


Malam tadi seorang rakanku menghantar mesej bertanyakan "bilakah  tarikh wukuf kat Arafah?. Nak cari waktu mustajab doa" . Susah aku nak menjawabnya. Rakanku itu menghantar msg sekitar pukul 8.15 malam. Kalau ikut waktu di arafah memang masa itu ialah waktu tengah wukuf dan sememangnya waktu yang sangat mustajab doa. Kalau menurut ustaz Ravi yang menggendalikan program Haji di tv1 setiap malam, menyatakan wukuf akan berakhir sehingga pukul 10 malam waktu Malaysia... Mungkin hal ini tak ramai yang mengetahui jika kita tak mengikuti program tersebut... Ramai yang menyangka wukuf di arafah hari ini kerana kita akan berhari raya esok...

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami seandainya kami tersalah membuat pertimbagan dan tersilap membuat perhitungan. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemimpin. Amin

3 comments:

  1. kalau ragu-ragu atau syubhah,
    better tak perlu buat.
    sbb alhalal bayyin wal haram bayyin wa bainahuma syubhah.

    ReplyDelete
  2. Yup.Mak saya pun perihalnya sama tapi kata2 kawannya yang lagi warak sememangnya jumlahnya hampir lima org begitu sememangnya puasa itu akan menjadi haram.Malangnya kerajaan Malaysia tidak mengambil berat akan hal tarikh hari raya aidialha ini yang sepaptutnya tidak patut ada kesalahan mengenai tarikh penetapannya.Lihat saja negara jiran kita yang telah pun meraikan hari raya aidiladha di indonesia.Sememangnya menurut pendapat saya yakinilah kebenaran menurut tarikh ibadat haji bukannya tarikh mengikut kerajaan malaysia kerana ibadat korban kita mengikut waktu di sana.Waallahualam.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pandangan. Memang ada benarnya.

    ReplyDelete