Followers

Wednesday, November 11, 2009

Majalah SOLUSI yang dicari!

Semalam, usai mengajar ana terus balik ke bilik GKMP.. memang penat... selalunya kalau hari Rabu ana memang akan keletihan kerana ana kena sediakan relief untuk cikgu-cikgu yang tidak hadir ke sekolah. Tambahan pula sekarang ini semua guru BM tingkatan 5 kena buat Kelas Bestari untuk pelajar yang BMnya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tiba-tiba masuk seorang penjual majalah berbangsa Cina yang memang ana telah kenal sangat kerana hampir setiap minggu dia akan datang ke bilik ana untuk menjual majalah. Selalunya kedatangnnya menyebabkan ana rasa serba salah. Nak beli, entah apa-apa majalah yang dibawanya, tak beli, kesian pulak. Pernah satu kali tu oleh kerana ana seorang sahaja dalam bilik tu, ana beli jugak entah apa-apa majalah asalkan dia cepat beredar dan lebih kepada rasa simpati kepada dia kerana sikapnya yang begitu tekun mengeluarkan semua majalah yang ada dalam bagnya.
Situasi yang sama jugak berlaku semalam, dengan rasa terpaksa ana cari juga satu majalah agar dapat memuaskan hati penjual tersebut. Tapi kali ini pilihan ana amat berbeza, kiranya majalah yang ana pilih ini amat bermanfaat dan amat sesuai dengan jiwa dan keperluan ana. Majalah tersebut ialah SOLUSI.
Seharian ana membacanya, ruangan Muslimah, i-pods, hinggalah Pesan nenek memang kena dengan rutin harian sebagai wanita, isteri dan ibu. Begitu juga banyak tip-tip diberikan untuk memantapkan keimanan kita. Inilah solusi kepada banyak permasalahan ana. Kini rasa tak sabar untuk memiliki keluaran yang akan datang.

Semoga majalah yang ana temui ini harap dapat terus menunjuk jalan menuju hidayah dalam kesesatan belantara kehidupan.

Tuesday, November 10, 2009

Petua Murah Rezki!



Pesanan orang bijak pandai dan alim ulamak.
Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua-dua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua-dua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua-dua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)...
..Mari kita cuba….Allah huakhbar. .. Insya Allah Allahu Akbar !

Monday, November 9, 2009

PENGREDAN BARU SPM

Bermula tahun ini 2009 Lembaga Peperiksaan Malayisa (LPM) telah memperkenalkan sistem pengeredan baru SPM. Rata-rata cikgu-cikgu menyambut baik pengerean baru ini. Ana secara peribadi juga merasakan perkara ini sangat positif. Hal ini kerana cara pengredan baru lebih hampir dengan cara pengredan IPT. Cara baru ini juga lebih mudah difahami oleh masyarakat luar khususnya ibu bapa. di samping itu pengeredan baru ini juga dapat menyerlahkan "the best among the best". Hal ini amat relaven dengan senario sekarang kerana telah terlalu ramai pelajar yang pandai dan berjaya meraih keputusan yang baik. Untuk para pelajar SPM 2009 yang menjagi batch perintis, janganlah anggap ini sebagai satu yang membebankan sebaliknya anggaplah hal ini sebagai satu cabaran dan peluang untuk menonjolkan dan mencapai keputusan yang terbaik.

Berikut julat markah bagi sistem pengredan baru Sijil pelajaran Malaysia

GRED BARU dan JULAT MARKAH
A+ (90 - 100 )
A (80 - 89 )
A- (70 - 79 )
B+ (65 - 69 )
B (60 - 64)
C+ (55 - 59 )
C (50 - 54 )
D (45 - 49 )
E (40 - 44 )
Jika kita lihat pengredan baru ini tidak banyak perubahannya. Julat markah yang lama masih dikekalkan cuma, perubahannya ditambah satu lagi gred baru iaitu A+. Jika sebelum ini gred yang digunakan ialah, 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9E untuk julat A, A+, B+, B, C+, C, D, E, Semoga hasrat murni LPM meninggikan lagi kualiti para pelajar kita tercapai.

Majlis Graduasi Along!

Salam,


Khamis lepas 5 November 2009 ialah Majlis Graduasi Anak Sulong Ana. Maaf sayang, umi tidak dapat hadir. Umi tidak boleh tinggalkan sekolah. Anak-anak murid umipun nak exam jugak. Dan sehari selepas itu 6 November 2009 majlis Graduasi sekolah umi.... jadi tidak boleh lah umi nak tinggalkan sekolah... Kesal jugak tidak dapat hadir.














Along, buat yang terbaik dalam SPM!






Zaiemah je yang umi kenal! Comel paling kiri.









Tak berpeluang hadir tengok gambar-gambar pun alhamdulillah! InsyaAllah Along Konvokasion nanti umi dan famili datang eh.. Doakan umi panjang umur dan along berjaya ke menara gading. InsyaAllah

Saturday, November 7, 2009

Jamuan lagi!...

Huhu... jamuan lagi. Kali ni jamuan berprestej ini diadakan di Mines Resourts dan Spa. (Dalam Wellness Hotel). Jamuan kali dianjurkan oleh Koperasi Sekolah SMKSI. Dihadiri oleh lebih kurang 50 orang guru dan para pelajar

Inilah pertama kali ana menjejakkan kaki di sini. tempatnya memang ada klas... Panorama sekitarnya memang menarik sekali.. cuma yang agak mencacatkan pemandangan semasa kami menjamu selera di tepi pantai tiruan... (tasik) adalah seorang modeling yang sedang berposing dengan gaya yang amat .... dengan berpakaian cuma 5 % sahaja. Yang hadirpun tumpanglah jadi cameraman sekali.

Jamuan kali amat santai dan tak tension, mungkin kerana Pn. Omme sahaja yang merasmikannya. bermula jam 12 hingga 3.30. Program pula dijalankan tepat pada masanya. 2.00 berhenti sekejap untuk solat.

Makanannya semamangnya lazat-lazat. Kalau cikgu Nizam datang memang berbaloi (hehe.. maaf cikgu nizam). Tapi ana, sebanyak mana sangatlah yang dapat dimakan. Rasanya makanan semalam yang dimakan di Hoten Residence pun belum habis hadam. Itupun pagi tadi memang tak sarapan. Simpan perut untuk program jamuan ini.... Pengisian program juga sangat menghiburkan.. berteka-teki, spealling, memberi ucapan terbuka ... semuanya dapat hadiah... kak Omme paling banyak dapat hadiah kerana paling pandai dan cepat jawab teka teki. Ana dapat jugaklah dua... satu teka teki dan satu lagi kerana memberi ucapan!..

Setah bergambar beramai-ramai jam 2.15 ana pun pulang. Ana, Linda, kak Fauziah balik lebih awal daripada tetamu yang lain kerana Pn. Siti Hawa kena balik awal. Oleh kerana kami 'carfull' dengan Pn Siti, maka kamupun ada alasan untuk balik awal...

Terima kasih daun keladi, lain kali jemput-jemputlah kami lagi. Semoga Koop sekolah akan terus maju dan meraih untuk yang lebih banyak! Amin







Panorama sekitar Resourts. memang menarik!

Majlis Graduasi SMKSI


Pengerusi majlis, cik Fazilah dan en. Yeong

Perarakan Masuk VIP
Hari ni (6 Nov 2009) para pelajar tingkatan 5 diraikan dalam majlis yang cukup gilang gemilang iaitu Majlis Graduasi. Semua yang hadir berpakaian menarik dan bergaya terutama para pelajar yang berjaya hadir dalam majlis ini. (Bukan semua pelajar tingkatan 5 layak ke majlis ini).

Ucapan Perasmian YDP PIBG
Walau bagaimanapun apa yang lebih penting ialah keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Cikgu nak ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat Menduduki peperiksaan SPM pada 18 November ini... Bahasa Melayu kertas pertama.. Jawab sebaiknya. cikgu tak perlu nak bercakap panjang di sini cukuplah di dalam kelas!

Sedapnya menjamu selera!



Panorama menarik dalam Majlis Graduasi.
penyampaian sijil oleh YDP




Pelajar Harapan 2009

Thursday, November 5, 2009

Peristiwa Meruntun Jiwa....

Salam untuk semua pembaca,
Ana tak tahu dari sudut mana hendak ana memulakan penulisan ana kali ini?. Pengajaran apa yang hendak ana ketengahkan?. Walaupun persoalan yang hendak ana sentuh kali ini tidak melibatkan diri ana secara langsung tapi impaknyanya amat mendalam dan berkesan di jiwa ana malah semua warga SMKSI ana kira. Ana cuba agar tidak menyentuh mana-mana perasaan dan tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak baik yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Pagi ini warga SMKSI gempar sebentar, khususnya warga pendidik dan kakitangan sokongan. Kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah yang tidak diundang tetapi telah dijangka, telah menimbulkan kerisauan banyak pihak dan ketakutan yang amat sangat kepada seorang isteri dan anak-anak yang telah sekian lama terseksa dan terdera fizikel dan mentelnya. Hal ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa menelefon dan memaklumkan kepada polis agar tidak ada mana-mana jiwa yang terancam. Isteri dan anak yang malang ini terpaksa kami sorokkan di suatu tempat yang selamat.... Allah sahaja yang tahu betapa tersiksanya isteri dan 4 orang anak-anak malang ini. Walaupun akhirnya dengan bantuan guru-guru lelaki sekolah ini dan guru-guru perempuan yang kenal dengan suami ini (tak pasti layak atau tidak digelar suami dan ayah) dia telah berjaya dipujuk agar meninggalkan sekolah.

Namun, kebimbangan pihak sekolah terhadap anak-anak dan ibu ini tetap ada. Bimbang dia datang lagi. Lalu kami sepakat meletakkan 4 anak malang ini di satu tempat yang lebih selamat. Hal ini juga perlu supaya tidak membahayakan anak-anak guru lain yang tinggal di taska sekolah ini.

Peristiwa ini salah satu episod getir yang baru dilalui oleh isteri muda dan 5 orang anak malang yang yang tersiksa oleh kezaliman suami yang tidak bertanggungjawab. Kegetiran ini telah dilaluinya begitu lama namun si isteri masih bersabar dan setia. Ana masih ingat semasa ana hendak menunaikan haji dua dahulu, si isteri ini sedang sarat mengandung anak bongsunya sekarang, keadaan yang sama juga berlaku. Beliau telah disepak terajang tanpa belas kasihan. Ana telah memanjangkan doanya di depan Kaabah agar rumahtangganya bahagia dan suaminya berubah. Sehingga kini, Allah belum memakbulkan doanya itu. Yang pastinya, Allah sahaja yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk keluarga ini. Kita hanya dapat mendoakan beliau dan anak-anak bersabar dan terus berdoa di samping berusaha untuk mencari kebahagian demi masa depan yang lebih baik untuk 5 orang anak-anaknya.

Apalah yang dapat kita berikan selainkan simpati, bantuan moral dan wang ringgit kepada keluarga ini. Atas nasihat pengetua, malam ini beliau akan membawa anak-anaknya pergi jauh kesuatu tempat yang lebih selamat dan menguruskan hal-hal selanjutnya kemudian. Kita sama-sama doakan keselamatan mereka.

Melihat wajah-wajah comel anak-anak kecil ini, (10 tahun - 2 tahun) menitik air mata ana. Besarnya ujian yang Allah beri kepada mereka. Tabahnya jiwa-jiwa mereka menghadapi ujian ini. Kalau ana di tempat mereka (naauzubillah) anapun tak pasti akan dapat hadapi ujian itu setabah mereka. "Ya Allah janganlah engkau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami hadapinya."

Ana juga kagum dengan kesepaduan guru-guru SMKSI. Semuanya memberi simpati dan bantuan yang tidak dapat dinyakan di sini, terharunya ana dengan segala tindakan mereka. Mereka sanggup menghulurkan apa sahaja bantuan asalkan insan-insan malang tidak terus didera oleh suami yang tidak bertanggungjawab itu.

Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,
Bukan niat ana untuk mengisahkan kepincangan rumahtangga sesiapa. Tapi ini sebagai pengajaran dan teladan kepada kita, di samping melahirkan rasa insaf diri dan bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana memilikki suami yang tidaklah sekejam itu. Maka, terimalah suami kita seadanya. Atau bersyukur kerana masih tidak menemui jodoh daripada bertemu jodoh dengan lelaki sedemikian rupa. Dalam dunia yang bertambah maju ini, institusi keluarga dikatakan semakin lemah. Kesannya, anak-anaklah yang paling menderita. Jika kita tidak sama-sama prihatin dan menganggap hal ini ringan maka bagaimanakah generasi masa depan yang hendak kita tinggalkan?. Bukalah selayaknya ana untuk menasihatkan sesiapa. Kita sama-sama memuhasabah diri agar sama-sama membina sebuah keluarga bahagia di dunia dan akhirat.

Kepada kaum suami, anak-anak dan isteri ialah amanah Allah kepada suami untuk disayangi dan dilindungi bukan untuk diperlakukan sedemikian rupa. Kenanglah sedikit jasa kami yang telah melahirkan zuriat kalian di dunia ini....

Inilah kisah yang sangat menyayat hati kami semua.... Namun, kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... Semoga Allah permudahkan segala urusannya dan memberi kekuatan dan kesabaran kepada keluarga ini. Amin ya rabbil alamin.

Ana memohon jutaan kemaafan kerana mencoretkan kisah ini di blog ana... dan ana berharap tindakan ini tidak membahayakan keluarga malang ini...

Jamuan Pengawas

Salam,

Pengawas Sekolah sesi pagi telah mengadakan jamuan perpisahan, khususnya untuk pengawas-pengawas tingkatan 3 yang baru selesai PMR dan pengawas tingkatan 5 yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. Jasa mereka abadi dalam lipatan kenangan dan kami mendoakan mereka akan terus cemerlang dalam meneruskan pelajaran dan terus menabur bakti walau di mana mereka berada.

Pengerusi Majlis, Loh Choon Shourn


Ketua Pengawas SMKSI,Tan Lea Yao, menyampaikan ucapan


Pn. Omme, Merasmikan majlis, wakil pengetua.

Walaupun majlis nampak simple tetapi sangat menepati masa. Tepat 1.30 majlis yang diMCkan oleh anak Guru Disiplin terbilang SMKSI En Loh, berjalan lancar. Majlis ini tetap berseri walaupun ketiadaan pengetua yang terpaksa berada di tempat lain dengan urusan yang lebih penting. Para pengawas yang dijamu dengan KFC nampak sungguh gembir dan berselera menjamu selesa. Ana turut menyumbang sedikit juadah untuk menghargai anak-anak yang telah banyak berjasa kepada sekolah ini. Tahnih dan syabas untuk semua guru-guru pengawas dan pengawas sekolah. JASAMU ABADI DALAM LIPATAN KENANGAN


Ceria menjamu selere.

Wednesday, November 4, 2009

pemandu teksi ngek-ngok tak terkata



hari nh:rabu,4 nov 2009
masa:5.45 ptg, nk blk dr mines..



pk ck teksi: nk naek teksi ke?

kitorang : a'ah..

pk ck teksi: nk pg mne?

kitorang : taman kembangsari..

pk ck teksi: kat mane tu?

aku : [eh pk ck nh xkn tak tau kot..ape punye pemandu teksi la nh..]

kitorang : kt serdang..kt ngn pasar..bla..bla..bla..

pk ck teksi: ha! okeyh2..

Ina : bape ye pk ck?

pk ck teksi: sepuluh ringgit!

dlm teksi, tibe2 pk ck teksi tu membebel tak tentu pasal!!!!!!!!!


pk ck teksi: haih..kawasan rumah awk nh kawasan selalu jem laaaa..
penat la pk ck jem2 nh..
kat kembangsari tu rumah awk ke?

Ina : errrr..ummm..haa'ah...

pk ck teksi: hish..suroh ayah awk pindah rumah la..
buat ape ddk kt kawasan jem mcm nh..??

aku : [eh2..pk ck suke hati dye la nk ddk kt mne..]
[ktrng naek teksi nh bayar tau x?]
[dr tadi membebel je.]
[nk membebel blk rumah laa..]
[ktrng xnk denga pn ..]
[da la denga klasik fm..]
[haih..]
[bile la nk sampai nh..aku da x tahan]
[binget telinge nh tau x!!!!]


dlm mase yg same....
sume kete bunyikan "hon" kt dye sbb bwk kete mcm tak penah blaja bwk kete..
suke ati dye je menyelit-nyelit..
lane ade due dye pg buat jd tige..
ko tau x ko bwk ank org nh??
klau ape2 jadi mcm mne..??
pastu bole pulak dye mara org yg "hon" kt dye 2

bila dah nk sampai..dye tnye mne nk msk sempang..


pk ck teksi: mne nk msk nh?

ina : kanan..kanan..


tapi...
pk ck 2 pg kiri..
lpstu..
ina pn tunjukkn tngn ke kanan dkt pk ck 2..


pk ck teksi: kalau kanan ckp jela kanan..
tak payah la nk tunjuk2..
pk ck tau la..



ek eleh..
yg kaw pegi kiri tu buat ape?
ina tunjuklah kanan..
igtkan tak tau nk bezekn kanan kiri!!!!!!!!!!!

akhrnye smpai jgk rumah ina..
tamatlah bebelan pk ck mengong yg tak terkate tu..
btw,lupe pulak nk amk no plate teksi tu..xpe2..
ak igt lg muke pk ck ngek ngok 2!!!
sumpah xnk naek teksi pk ck 2 lg..

ha..lg satu..
gamba teksi yg kt ats tu terlalu lawa untuk menggambarkan teksi pak cik tu yg buruk!!!!!!!!!!
tapi nk buat mcm mane..
gamba teksi yg d'search' dkt yahoo sumenye lawa..

Tuesday, November 3, 2009

Menghargai Penghuni Desa Damai.

Wah!... pejam celik pejam celik dah bulan November. Dah hampir sangat ke penghujung tahun 2009. November bermakna beberapa hari sahaja lagi pelajar sekolah akan bercuti panjang. Namun para guru banyak senarai kerja yang menanti. Yang paling memeningkan anak-anak akan bercuti, maka mereka telah sibuk mengatur perancangan hendak bercuti kemana? Anak-anak umi, tiada percutian selagi along tak habis SPM.

Sebenarnya umi bukan nak sentuh tentang cuti tapi ada perkara lain yang lebih penting iaitu "Penghuni Desa Damai". Topik ini ada kaitannya dengan peredaran masa....

Umi baru menerima langganan majalah Pelita Bahasa umi untuk bulan November... biasa la, bila dapat sesuatu majalah baru yang umi langganan tak sabar-sabar rasanya hendak umi membeleknya. Tiba-tiba umi tertarik dengan satu artikel " Menghargai Penghuni Desa Damai". Terdetik dalam hati mengapa pulak nama Desa Damai tertera dalam majalah ini. Sebagai salah seorang penghuni Desa Damai (taman perumahan ana tinggal) pastinya rencana ini sangat menarik perhatian umi....
Setelah habis umi membaca rencana ini tahulah umi apa yang dimaksudkan dengan Menghargai Penghuni Desa Damai . Timbul sebak yang mendalam di hati umi. Mahu rasanya umi menitiskan air mata.... rasa insaf dan sedar akan kehidupan yang fana ini. Bila-bila sahaja kita akan dijemput Allah... Seperti mana Penghuni Desa Damai yang telah disenaraikan dalam artikel yang umi baca itu. huhu... anak-anak umi kita dahpun lama menghuni Desa Damai ini, tapi kenapa kita tidak pernah terfikir rupanya nama desa yang damai ini digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk menamakan tempat persemadian orang-orang yang telah pergi dan tak kembali.

Umi harap ini satu peringatan untuk kita, anak-anakku! supaya sentiasa mengingati tempat persemadian kita yang kekal abadi, kerana sememangnya kita telah lama di sini !....