Followers

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan.

Salam alaik....


"Sekiranaya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan Ramadhan nescaya mereka akan meminta Ramadhan itu setahun penuh", Sabda Rasulullah SAW.

MINHAJ RAMADHAN


Salam alaik....

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi entah buat kali yang keberapa. Namun pada hati-hati yangikhlas menghadiri kursus di Akadamik Ramadhan kita tidak pernah gelisah menunggu kedatangan Bulan Berkat ini. Malah Ramadan ditunggu dengan kerinduan. Keutamaan dan keberkatan dalam menjalani ibadah dibulan Ramadhan, tidak pernah dapat diselesaikan dengan kualiti ibadah yang menepati piawaian, yakni ibadah yang penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah Taala.

Golongan yang merindui kedatangan Ramadhan bukanlah semua. Mereka adalah golongan yang ditiupkan perasaan tersebut melalui belas ihsan Allah. Buku Minhaj Ramadhan juga adalah salah satu belas ihsan Allah yang khusus untuk anda sebagai panduan yang ingin melalui Ramadhan ini dengan sebaiknya seolah-olah "Ramadhan inilah Ramadhan terakhirku...."

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....

Wassalam.


Sunday, August 8, 2010

Fikir Tapi Jangan Kuatir

Salam alaik....


"Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir... Tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup."

Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun , tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seseorang genius dihantar ke hospital sakit otak. Life made it simple!.

Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahkah kita merancang untuk masa depan? Tidak. Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok. Fikrkan hari esok. Tetapi jangan khuatir. Mungkin sama banyaknya beza antara angan-angan dan cita-cita. Akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya sesiapa yang berfikir tentang hari esok, akan memanfaatkan peluang pada hari ini.

Kata cerdik pandai: "beradalah di tempat kamu berada. " Maksudnya, jangan lari dari realiti. Usah absent minded. Hidup dan beradalah dalam hari ini. Jangan kuatiri hari esok. Jangan bimbangan hari semalam

Wassalam.


Kemuncak Aerobikton 2010

salam alaik.....

Alhamdulillah akhirnya program yang dirangka, dirancang, diuruskan sekian lama dan teliti akhirnya terlaksa jua dengan meriahnya. Memang happenning!... Semuanya gembira. Biasalah terdapat di sana sini kekurangnnya. Tetapi hal ini tidak ketara dan memcacatkan kemeriahan program... Tiada apa yang dapat diterangkan/ Semoga gambar-gambar yang disiarkan menceritakan segalanya.....

Program pagi dimulakan dengan Aerobik selama sejam dikendalikan oleh pakar daripada UPM.. memang hebat mereka ini... semuanya enjoy!

pasukan pengakap yang gigih berlatih walaupun kontijen tak cukup ahli.

Kontijen Puteri Islam.... kawat penuh dengan lemah lembut.... walau bagaimanapun syabas kerana tetap mahu turut serta. Tahniah cikgu Wan Azizah!...

Pasukan Kedet Remaja Sekolah yang mengungguli Pertandingan, Kontigen terbaik keseluruhan! menjuarai kawat kaki, kawat formasi hehe... cuma gajet dan iktiar hidup tak menang.. tetapi tetap memang sorak!


Kontigen polis... yang memang bergaya dan smart! naib johan untuk kawat kaki, dan kawat formasi! Tahniah meningkat berbanding tahun lepas. Tak sia-sia ustaz bawa berlatih tiap-tiap minggu di balai polis serdang! Ustaz yang paling gembira polis menang.

Tak kurang hebat... kontigen bomba... yang sangat mantap dan sukar diramal.... tempat ketiga untuk kategi kawat kaki, kawat formasi tetapi yang paling best Johan Johan Sorak!... Taniah jugak cikgu-cikgunya khususnya cikgu Zamalina!...


Sori untuk pasukan Bulan Sabit Merah dan Pasukan Pandu Puteri, tak sempat nak rakankan gambar kawat kalian.. sibuk di gerai



Persembahan-persembahan lain... pasukan kelab aerobik sekolah! wakil hingga ke peringkat antarabangsa

Sempat gak umi, syukri dan Ain possing kat taman Sains... hari tu dijadikan mini Zooo... best!.. takleh lupa pengalaman pegang ular!

Geng 5 MPV

CikAbang pun datang jugak....



Ain khusuk menikmati nasi lemak umi... digerai pentadbir!... best tak ain?... ramai yang tak sempat rasa

Pasukan silat.... sangat berani dengan parang sebenar!... jangan ada yang cuba berani meniru...

Rumah Hantu..... paling ramai pengunjung.... terpaksa berbaris berjam-jam.... tahniah fatin promosi berjaya

Ketua Chef... cikgu Yaty... pencen boleh buka restoren!

Persiapan awal pagi... gerai pentadbir... Pn Omme tetap Boss! hehe Sori Boss. Banyak curi tulang!

Gerai Kelab Guru.... tak menang tangan.


Saat-saat program sampai ke penghujung, bumi Seri Indah yang tidak berbumbung disirami hujan yang sangat lebat!... rahmat Allah. menambahkan kemerian dengan berpesta air pula!


Program berakhir tepat pada masa yang dijadualkan pukul 3.00. Namun ada juga gerai yamg masih meneruskan jualan kerana permintaan daripada pembeli. Selepas hujan perniagaan semakin rancak kerana ramai yang kelaparan!.... Hujan tak mencacatkan program Aerobikton yang sungguh meriah... Terima kasih kepada semua pengunjung. Ibu bapa ramai juga yang hadir. Begitu juga pelajar-pelajar yang pernah belajar di sini... cikgu sungguh berbangga dengan kalian.

Sekian... Semoga Seri Indah terus maju. Amin

Wassalam.

Saturday, August 7, 2010

Undangan. . . . .

Salam alaik...

Dengan sukacita dan berbesar hati cikgu/saya ingin menjemput semua yang membaca blog ni datang bertandang ke SEK MEN. KEB. SERI INDAH esok 7 Julai 2010.

Jemputan ini terbuka kepada semua, khususnya kepada individu yang pernah menimba ilmu di sini mahupun yang pernah berkhidmat dan mencurahkan bakti di sekolah ini.

Esok (7 Ogos 2010) kami akan mengadakan HARI KEMUNCAK PROGRAM AEROBIKTON. Dalam program tersebut di samping kita akan bersama-sama beraerobik dengan jurulatih khas daripada Fakulti Sc Sukan UPM, juga akan diadakan jualan mini Hari Kantin, Pertandingan Kawat Kaki dan kawat formasi serta gadjet. Memang meriah....

Yang selalu mengidam nak sangat makan nasi lemak masakan cikgu, mehla datang, cikgu n team ada buka gerai!....

Pastinya ada sesuatau yang menarik menanti anda di sana!...
Jangan ketinggalan...
hehehehe....

Friday, August 6, 2010

Usah Dibenci Pelaku Maksiat

Bila membaca hadith di atas rasa gerun dalam diri.... cepat-cepat diri ini beristighfar. Membayangkan siapalah kita untuk menilai perlakuan orang....

Moralnya...
Kita tetap harus merendah diri meskipun pada saat sedang berhadapan dengan pelaku dosa besar. Kita tidak boleh merasa lebih baik daripadanya, apalagi menghinanya sebab kita tidak tahu akhir kehidupan kita dan akhir kehidupannya. Tidak mustahil orang itu akan bertaubat sebelum matinya lalu mendapat husn-khatimah (kesudahan yang baik). Dan tidak mustahil kita akan berubah sebelum mati lalu terjerumus dalam dosa yang dilalukannya itu. Nauzubillah.

Sebenarnya rasa diri lebih baik daripada orang lain ialah penyakit yang sangat berbahaya. Sifat ini akan menutup hati dan telinga kita daripada menerima nasihat dan kata-kata yang berguna untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam Fath al-Bari 11/401 bahawa Hafs bin Humaid bertanya kepada Ibn al-Mubarak;

"aku melihat seseorang mebunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hatiku bahawa diriku lebih baik daripada dirinya?"

Ibn al-Mubarak berkata: "Perasaan ini lebih berat daripada dosa orang itu."

Astagfirullah hal'azim... Ya Allah. ampunilah dosa-dosaku dan ahli keluargaku , jauhilah kami daripada perasaan riak, angkuh dan meninggi diri serta merasakan diri ini lebih baik daripada orang lain"

Wallahu a'alam.


siapa kata bulan itu jauh?

rangkap satu
kata mula pendahuluanku
salam mula cara kita
sejahtera semua

jangan banyak jangan sikit
sederhana cukup
cara aku cara kamu
sama tak serupa

pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi
tampil matahari berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu

siapa bilang siapa kata
bulan itu jauh
siapa sangka siapa tahu
naik turun aku

pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi
tampil matahari berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu

kau juga aku bukan tak biasa
dah jatuh dan bangun semula
semua tahu semua tipu
benar jadi palsu
makin dekat makin mahu
adrenalin laju

berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu


adrenalin, FT

Wednesday, August 4, 2010

Jangan Cepat Menilai


Setiap kali kita melihat seseorang melakukan kesalahan, maka fikiran kita tidak segera membuat penilaian sebelum menyebut puluhan "jangan-jangan". untuk menerima perlakuan itu secara positif. "Jangan-jangan dia tidak tahu, jangan-jangan dia tengah ada uzur, jangan-jangan saya salah faham..." dan pelbagai andaian lain...

..... Ana kira bertepatan dengan berita hangat di dada akhbar hari ini tentang kematian dua orang umat Islam lelaki dan wanita (bekas ahli politik dan bekas setiausaha kanannya) dalam sebuah kereta yang mengikut laporan dan andaian awal berpunca daripada membunuh kemudian membunuh diri sendiri. Berita ini memang menyedihkan dan lebih menyedihkan pelbagai spikulasi dan andaian yang rata-ratanya tidak baik. Ke mana sahaja ana berada, heboh membincangkan hal tersebut.... berita yang belum ditentukan kesahihannya atau tidak sempurna versinya kalau dinilai secara negatif maka tentu kita akan memusuhinya....

Ana pernah ditegur oleh seorang pelajar....."cikgu dalam segala hal kita mestilah husnuzon atau bersangka baik dan berlapang dada...." Takziah kepada keluarga terlibat... Hanya Allah yang maha mengetahu. Dan siapalah kita untuk membuat penilaian tanpa mengetahui apa-apa.

Wallahu a'alam.

Tuesday, August 3, 2010

Tips belajar saat akhir

1.Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

2.Yakin terhadap kebolehan diri

3.Masa rehat perlu secukupnya

4.Hapuskan tabiat suka tidurJangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

5.Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

.


jgn jd cam nie!!!






klu rajin brusaha dpt lah jd cm minah2 ngan
mamat 2 yg hepi sangat dlm cm dlm gambo nie
( Slamat mencoba ) =)

Sunday, August 1, 2010

Personalti Ogos


* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan