"Alahai kecilnya dunia ini.." itulah kata-kata yang dilafazkan oleh Pn. Salleha Kasim saat kami bertemu muka petang tadi...Dipendekkan cerita, dua tiga hari ini ana saling berhubung dengan Pn. Salleha daripada Raudhatus Sakinah, untuk membincangkan program ABJZ yang hendak dilaksanakan di Sekolah. Maka, untuk perbincangan lanjut ana pun mengaturkan pertemuan di Seri Indah. Alhamdulillah, memandangkan hari ini ana bertugas sehingga ke petang maka tak menjadi masalah bagi ana. Hati sebenarnya berdebar-debar juga, apakah yang hendak dibincangkan nanti. Macam-macam persoalan bersarang di fikiran. Ish... formalnya nanti. Sebab sebelum ini menerusi telefon kami berbual begitu formal.
Setelah bersua muka, alhamdulillah lain pula yang terjadi... Rupanya kami sama sekolah semasa Teknik JB dahulu.. Ana senior, dia junior!. Tahun 1985. Sudah 25 tahun yang lalu. Kami di teknik JB dulu senior dan junior memang sangat rapat sebab dalam satu sesi ada ting4 dan ting 5 sahaja..
Terima kasih Muneerah mempertemukan cikgu dengan kawan lama! (cerita lain pulak)
Walau bagaimanapun maaf Sally, kak Ina lambat nak ingat. Sally yang lebih dulu mengingati ana.. Selepas itu segala urusan menjadi lebih mesra dan mudah. Alhamdulillah.
Akhirnya tarikh program ditetapkan dan dipersetujui. Memang Allah nak tolong tarikh yang kami rancang masih kosong! walaupun pada awalnya Pn Salleha membayangkan jadual program ABJZ telah penuh hingga akhir Julai!....Sejuta kesyukuran ana panjatkan kehadrat Ilahi kerana memudahkan segala urusan...
Wassalam.
alhamdulillah...
ReplyDeleteSegala puji Allah..
ReplyDeleteLove the 'moment'!! (saat kalian ber2 dipertemukan) Ya Allah kuatkanlah ikatannya.(doa rabithah)
salam Hanim
ReplyDeletetak sangka hamin juga baca. Mungkin hanim juga masih ingat Selly.