Pagi-pagi ini, seawalnya ana telah menghantar SMS kepada Along untuk mengucapkan selamat memulakan pengajian... Dalam ucapan tersebut, ana juga tegaskan "lakukan dan ikhlas segalanya kerana Allah, nescaya Semuanya akan menjadi mudah".
Alhamdulillah... Allah turut memudahkan tugas-tugas ana hari ini. Hari ini memang agak sibuk kerana mesti berjumpa dengan pengetua untuk membentangkan kertas kerja projek yang terdekat dan ada temu janji dengan Instruktor daripada Raudhatus Sakinah untuk membincangkan program ABJZ.
Pertemuan dengan pengetua yang paling cuak. Bukan apa....nak jumpa dengan boss kami ni punyalah susah, kena Q, pastu.... hanya warga SMKSI je yang tahu betapa cerewet dan telitinya dia. Tapi alhamdulillah... dengan dua kali cubaan akhir dapat berjumpa.
Setelah panjang lebar, lebih sejam rasanya kami berbincang(?) melencong ke utara, timur, barat dan selatan... (takpayahlah nak cete kat sini) "okeylah zalina, boleh teruskan program ni..". Syukur alhamdulillah. Nak terbang rasanya!
Sememangnya, pengalaman lepas semasa program Maulidur Rasul rasanya masih terngiang-ngian lagi diingatan. Alhamdulillah nampaknya kali ini lebih mudah.
Semoga akan terus mudah... langkah seterusnya bertemu dengan Pn. Salleha. dari ABJZ.
Ya Allah permudahkan segala urusanku.... amin.
Wassalam
No comments:
Post a Comment