Followers

Friday, June 4, 2010

Selamat Bercuti....





Salam alaik..

Hari ini, hari terakhir persekolahan untuk semester ini. Hal ini bermakna esok para pelajar akan mula bercuti. Walaupun peperiksaan masih berjalan di kebanyakan sekolah di Selangor hari ni khususnya di Petaling Perdana kerana exam tingkatan 3 dan 5 jadual dan soalannya setara. Para pelajar sudah mula cuti sendiri.

Hari Isnin ini mulalah bertaburan anak-anak murid cikgu di bumi tercinta ini. Ibu bapa tentunya sarat memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk memenuhi masa cuti anak-anak mereka?. Tahniah kepada ibu bapa yang prihatin dan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Namun di kebanyakan sekolah, cuti ini pihak sekolah telah merancang kelas-kelas tambahan khususnya untuk calon-calon PMR dan SPM. Begitu juga halnya di SERI INDAH. Jadual lengkap kelas tambahan telah diedarkan kepada kelas-kelas terlibat. Bagitu juga kepada kelas-kelas lain "buah tangan" set kerja rumah masa cuti (PROGRAM BESTARI), telah dibekalkan sebagai tanda kasih sayang dan ingatan daripada guru-guru SMKSI agar pelajar tidak lupa pelajaran .

Bagi yang telah ada perancangan untuk ke mana-mana... jaga diri, hiasi peribadi. ke mana-manapun anda, anda membawa imej SERI INDAH. Cikgu tahu ramai yang akan melancong sama ada di dalam mahupun ke luar negara. Jangan lupa ole-ole untuk cikgu. berjalan, berjalan jugak, kerja rumah jangan lupe buat.

Untuk rakan-rakan guru walaupun kita bercuti pada namanya tetapi tugas-tugas lain tetap menunggu... kertas peperiksaan yang bertimbun-timbun perlu diperiksa, yang markahnya perlu diisi sebaik sahaja sekolah dibuka semula. Kepada rakan guru yang mengambil peperiksaan PTK jangan lupa study.... yang lebih penting lagi tarikh peperiksaan 10 Jun ini... Di samping itu kelas-kelas tambahan perlu dibuat... pendek kata walaupun cuti cikgu-cikgu tak pernah duduk diam daripada tugas. Malah mungkin lebih sibuk lagi kerana di samping tugas-tugas kena juga menguruskan anak-anak yang sedang bercuti..

Seperti biasa, bila cuti-cuti begini majlis kerja kahwin pastinya banyak... kepada cikgu-cikgau yang akan melangsungkan perkahwinan... cikgu Aliana, cikgu-cikgu yang nak dapat menantu... cikgu Raja Othman, cikgu Husin... Selamat semuanya. Maaf tak dapat hadir kerana juga ada majlis sama di Kampung pada masa yang sama.

Akhir sekali,... selamat bercuti kepada semua... semoga cuti ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Ingatan kepada diri juga.

Wassalam

No comments:

Post a Comment