Followers

Monday, November 29, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!



Pada 29 November 1993, Ketika Azan Asar sedang berkumandang, maka lahirlah seorang bayi comel seberat 3.89kilo. Bayi tembam tersebut yang memang telah terlewat lahir sepuluh hari daripada tarikh sepatutnya telah dipaksa keluar oleh doktor. Akhirnya, selepas 7 hari bayi ini di beri nama NUR  AMIRAH BT MUHAMMAD FAIZAL Alhamdulillah, Kesyukuran tiada akhirnya kerana menganugerahkan Amira dalam keluarga kami.. Amira yang hari ni sedang berjuang dalam SPM!



Kami doakan Amira dapat menjejaki langkah ALONG! Menempa kejayaan yang cemerlang dalam SPM.Amin ya Rabbil Alamin.

Wednesday, November 24, 2010

Waa.. Berakhir sudah BM SPM 2010

Salam alaik..

Waaa.. Alhmadulillah lega rasanya Kertas Bahasa Melayu SPM telahpun lepas! Rasanya macam cikgu pulak yang ambil SPM. Biasanya cikgu sangat 'excited' sebab nak tahu soalan apakah yang keluar? Yang paling bimbang ialah soalan karangan atau kertas 1. Hal ini kerana ada dua soalan sahaja dalam kertas ini yang pelajar perlu  dijawab,  jika calon tidak tahu jawab atau tersalah jawab maka peluang untuk lulus cemerlang amat tipis. Berbanding kertas 2 ada banyak soalan agihan markah terhadap setiap soalan tidak terlalu banyak.

Memandangkan resiko ini cikgu-cikgu berpengalaman akan cuba meneka isu-isu apakah yang akan keluar. Memanglah cikgu tidak akan cakap secara pasti tetapi pelajar seharusnya sedar apakah penekanan yang cikgu beri semasa di dalam kelas... Alhamdulillah satu tajuk yang memang sangat dijangka dan telah cikgu tekankan di dalam kelas, pastikan pelajar jawab dalam masa yang ditetapkan, dan cikgu letak juga dalam blog cikgu akhirnya keluar sebagai soalan Bahagian A seperti yang dijangka! (Suka klik untuk lihat) Selain itu isu perpaduan, penyakit berjangkit juga telah kita bincangkan di dalam kelas secara terpeinci juga telah keluar. 

Seperti yang cikgu jangka dan kata selalunya soalan BM1 tidaklah susah kerana itulah kertas pertama yang calon SPM duduki. Jika terlalu susah ini akan memberi impak yang besar kepada kertas-kertas lain. Dalam pada itu ada juga seorang calon SPM kita yang sampai sakit jantung dan meninggal dunia kerana mungkin terlalu gemuruh kerana hendak menduduki SPM... Siapakah yang harus disalahkan? Sedihnya cikgu mendengarnya. Takziah kepada keluarga tersebut.

Kepada semua pelajar cikgu... cikgu harap kalian dah buat yang terbaik. Sesungguhnya kejayaan kalian ialah hadiah paling berharga bagi cikgu. Selamat meneruskan peperiksaan.

Do the best let Allah do the rest!

Saturday, November 20, 2010

Sedekah Cinta

Salam 'alaik,

Dirawayatkan daripada abu Sa'id al-Khudri r.a katanya;
Suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Baginda bersabda, "Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah mejoriti penghuni neraka".

"salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab, Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghalang akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang daripada kalian."

Mereka bertanya lagi, "Apakah yang dmaksudkan dengan kekurangan agama dan akal wahai Rasulullah?

Baginda menjawab, "Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki? Mereka menjawab, "Benar". Baginda berkata lagi,"Bukankah apabila wanita mengalami haid maka mereka tidak melakukan solat dan puasa? Mereka berkata, "Benar". Baginda berkata; "Itulah bukti kekurangan agamanya."

Oleh sebab itu, suami yang mencintai isterinya, pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Maka di bahu suamilah letaknya tangungjawab menyelamatkan isterimu yang suka melaknat dan tidak bersyukur. Selain istiqamah mendidik dan memberi peringatan si suami haruslah tidak jemu-jemu mendoakan isteri menjadi lebih baik. Dan yang paling penting bantulah mereka agar selalu bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka.

Jika bersedekah niatkan atas nama isterimu. bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai isteri yang akan menjadi penghuni neraka.

bersedekahlah kerana cinta. si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cinta akan isteri agar terselamat daripada neraka. InsyaAllah, Allah akan "menyedekahkan" nereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!

Walallah 'alam.

Friday, November 19, 2010

Majlis Restu Calon SPM SMKSI 2010

Razin memang ar.. happy je.
 Confiden! InsyaAllah
Salam 'alaik..

Program tahunan bagi memberi restu dan semangat buat kali terakhir kepada calon-calon peperiksaan. Majlis ini biasanya paling 'touching' antara program lain yang diadakan di sekolah. Biasala... air mata tu memang tak boleh nak di tahan-tahan lagi. Terutama dengan kelas-kelas yang cikgu mengajar. Lebih touching kalau yang mengadu dan memohon restu tu ialah pelajar lelaki yang memang sebelum ini banyak kita tegur.. huhu...

Syahdu!.. cikgu yang lebih.
Seperti mana biasa, guru manapun, kalau dah namanya GURU.. segala marah dan teguran hanya dibibir.. jauh di sudut hati mahu pelajarnya berjaya dan lebih berjaya daripada dirinya... Itula GURU. Cikgu dah redha segala ilmu yang cikgu beri. Gunalah ilmu tersebut sepanjang hayat kamu.


Semoga semuanya berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan tentu cikgu mahu pelajar cikgu berjaya di dunia dan di akhirat.


....dan tentunya bahagia.
Senyum ceria...













Selesai Restu diberi dan menerima... menyusun kerusi meja
untuk SPM pula...

Dah terlalu banyak doa guru curahkan, sekarang segala-galanya berserah kepada Allah atas usaha diri sendiri.Tentunya Allah tak menghampakan orang yang berusaha.
Wassalam.

SAJAK SEMANGAT JUANG!


(dedikasi Untuk calon-calon SPM 2010)

Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan

Percayalah
Jeneral perang anda akan memimpin anda ke arah kemenangan
Ikutilah strategi , kaedah dan teknik perang mereka
Hormtilah Jeneral supaya mendapat berkat


Ingat!
Dari hari pertama andan menjejak kaki ke alam persekolahan
Anda tidak dapat mengelak daripada peperangan
Anda tidak boleh berundur
Anda hanya boleh mara ke hadapan
Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya
Biar memperoleh daripada kehilangan
Perjuangan manira belum tamat


Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa , usaha dan tenaga boleh dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah kalah walau apa terjadi
Biar putih tulang , Jangan putih mata
Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yangkukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan
Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya , Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini


Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan , serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah anda akan dirahmati , dilindungi
Rahmah dan lindungan ini akan memodenkan senjatamu
Bersatulah!
Sedarilah!
Bangunlah!
Bangkitlah
Berjuanglah!
Wahai golongan remaja dan pelajar yang unggul

Nukilan:
Shen Yee Aun

Wednesday, November 17, 2010

Sedikit Panduan Kepada Calon Peperiksaan


Di  kesempatan ini, Cikgu ingin berkongsi 7 tips yang diambil daripada Berita Harian dan telah diedit sedikit mengikut kesesuaian. Semoga bermanfaat kepada semua calon peperiksaan, insyaAllah..

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut subjek peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Hal ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari  peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan  terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Hal ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

Selamat Hari Raya Korban

Salam 'alayik



Lembu resah menunggu giliran,
Kambing di kandang tak lalu makan;
Coretan kutulis tanda ingatan,
Salam Aidil Adha mohon kemaafan.

Maaf atas segala kesalahan.
Semoga ibadah korban kita diterima Allah.
InsyaAllah. Amin

Wassalam

Tuesday, November 16, 2010

Soalan Fokus BM SPM 2010

Salam 'alaik,

Ramai yang bertanya cikgu apakah soalan yang mungkin keluar dalam Bahasa Melayu SPM. Walallah 'hualam. Allah sahaja yang maha Mengetahui. Seperti yang cikgu selalu kata, soalan SPM ni macam turun dari langit tak siapapun yang tahu, tak siapapun  boleh tahu.... kalau tahu boleh masuk penjara. Namun kita bolehlah mengagak-agak berdasarkan analisis soalan-soalan tahun-tahun lepas. Terutamanya soalan-soalan KOMSAS. dan memang soalan itupun yang kita nak tahu sangat.

Tak tahulah calon SPM 2010 beruntung atau rugi kerana ini tahun terakhir kita menggunakan Teks KOMSAS yang telah digunakan semenjak 2001. Sebenarnya, hal ini  ada kekurangan ada kelebihan. Tapi  hal itu tak penting, yang penting, bersedia semuanya. InsyaAllah Allah akan membantu orang yang berusaha dan Allah akan memberi ganjaran atas usaha-usaha kita. Justeru berusahalah.

Selain soalan-soalan latihan yang kita telah buat di dalam kelas, mungkin laman web ini dapat membantu,
Sedikit panduan daripada Cikgu Ghalib tentang soalan-soalan BM  SPM  2010.. Mohon manfaatkan.


Bina Ayat- bahasa Istana
Bina Ayat- perkataan Berimbuhan sisipan
Fokus Tatabasa - ayat pasif
Fokus tatabahasa- menyambung ayat
Fokus tatabahasa - ayat susunan songsang
Fokus Peribahasa SPM
Fokus Puisi SPM- Di Ruang Gemanya
Fokus Puisi SPM- Syair Jong Pecah
Fokus Pemahaman Prosa Moden- Cerpen Sebutir Pasir di Kaki
Fokus Pemahaman Prosa Moden- Cerpen Tragedi
Fokus soalan SPM 2010 - tip terakhir
Soalan Karangan


Itulah sahaja yang dapat cikgu kumpulkan. Semoga dapat memberi sedikit panduan dan bermanfaat kepada semua calon SPM 2010.

Selamat menghadapai SPM... kertas BM pada 23 November ini.

Wassalam.

Serba Salah.....

Salam 'alaik,


Aku menjadi serba salah. Apakah aku harus meneruskan amalan puasaku hari ini. Sedangkan umat Islam yang sedang menunaikan haji telahpun wukuf di Arafah semalam. Dan hari ini mereka telahpun meraikan Hari Raya Puasa. Sedangkan di Malaysia.... belum lagi. Almanak mana satu yang harus aku ikut?  Keraguanku memuncak apabila pagi tadi selepas solat subuh jelas  kedengaran Takbir Raya daripada  pembesar suara masjid di taman perumahanku. Aku jadi 'confius' dan serba salah,, nak mandi sunat raya Aidil Adha ke?... sedangkan raya esok. Boleh ke aku puasa hari ini? Sedangkan puasa 10 dzulhijjah itu haram!


Setelah suamiku balik dari solat subuh di masjid, aku ajukan rasa serba salahku. Namun kami membuat ketetapan kami sekeluarga tetap meneruskan berpuasa yang telah kami lakukan semenjak ahad lepas dan kami akan mengikut ketetapan kerajaan Malaysia! Ya Allah moga itulah yang terbaik!


Malam tadi seorang rakanku menghantar mesej bertanyakan "bilakah  tarikh wukuf kat Arafah?. Nak cari waktu mustajab doa" . Susah aku nak menjawabnya. Rakanku itu menghantar msg sekitar pukul 8.15 malam. Kalau ikut waktu di arafah memang masa itu ialah waktu tengah wukuf dan sememangnya waktu yang sangat mustajab doa. Kalau menurut ustaz Ravi yang menggendalikan program Haji di tv1 setiap malam, menyatakan wukuf akan berakhir sehingga pukul 10 malam waktu Malaysia... Mungkin hal ini tak ramai yang mengetahui jika kita tak mengikuti program tersebut... Ramai yang menyangka wukuf di arafah hari ini kerana kita akan berhari raya esok...

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami seandainya kami tersalah membuat pertimbagan dan tersilap membuat perhitungan. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemimpin. Amin

Sunday, November 14, 2010

Majlis Graduasi SMKSI 2010

Salam 'alaik


Program Graduasi tampa Pengetua... telah menimbulkan pelbagai
spekulasi para pelajar.
Amboi!... Happynya macam dah abis SPM.

Masing-masing sangat bergaya dan nampak segak..

Dengan cikgu-cikgu tersayang...

Anakanda Amira!
Tahniah!.. jumpa di U pulak.



Cikgu doakan Kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM sebenar. Amin. 
Berjumpa pulak buat kali penghabisan dalam Majlis Restu pada Jumaat ni.


Wassalam

Wednesday, November 10, 2010

Keciwa


Monday, November 8, 2010

Deepavali di Rumah Amama

Salam 'alaik

Sambutan Deepavali tak meriah kalau keluarga kami "sevenofus" tak hadir bersama-sama. Kami datang pada hari kedua deepavali.kerana amama tak buat apa-apa hari pertama kerana hari Jumaat, amama 'puasa'. Hari keduapun dah agak lewat. Selepas zohor. So amama kata ramai sedara mara yang datang dan bertanyakan kami. Ramai yang datang nak jumpa kami... Waa... rasa macam penting sangatla pulak kami... Memangla... bila sevenofus datang rumah amama terus penuh.. begitu juga bila maghrib, kami balik rumah amama langsung kosong!.. 

Kesian mama kerana kami tak leh lama-lama di sana!...

Belakang: Syukri, Daen, Umi, Amama, Along, Alang,
Depan: Ain, Noealyn, Joel dan Angah
berbangga dengan duit deepavali masing-masing!
Tetamu yang hadir, Uncle Sha dan family
Bila deepavali begini baru berpeluang jumpa semua. Sebab itu kami takkan lepaskan peluang ini di samping sangat menghormati dan sayangkan amama.

Program Sembelihan sempena lepas PMR

Salam 'alaik

Alhamdulillah setelah lama dirancang, akhirnya program sembilihan berjaya juga diadakan.. Walaupun awalnya program ini ingin diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4, namun  pelajar-pelajar tingkatan 3 pula yang berpeluang. itulah dinamakan "kita hanya merancang Tuhan yang menentukan". Semoga mereka ini mendapat pendedahan awal.

Yang paling seronok dan sesuatu yang sangat tak disangka-sangka ana juga turut berpeluang menyembelih  seekor ayam... alhamdulillah halal di makan. Harap-harap ini bukan first n last. Macam-macam peristiwa dan gelagat lucu yang dapat dilihat dan didengar... kepala ayam yang langsung putuspun ada... namun alhamdulillah semuanya halal dan boleh dimakan.... 

Ustaz  memberi pendedahan awal tentang sembelihan.

Pelajar lelaki dengan beraninya menyembeleh ayam. Harap-harap
mereka akan sentiasa ke depan bila dalam masyarakat nanti.
cikgu-cikgu juga mengambil peluang menyembelih...
tuhan je yang tahu.. tapi kalau tak cuba sekarang bila lagi?

Keberanian pelajar-pelajar perempuan sangat dibanggakan.
Yang menyembelih dan memegang ayam perlu ada kemahiran..
InsyaAllah lepas ni boleh.

Ayam-ayam yang bergelimpangan setelah disembelih. 30 ekor
menjadi korban. InsyaAllah Rabu depan kita karikan dia.

Keseluruhannya semua seronok dan sesuatu yang jarang-jarang dapat kita lakukan. Pelajar bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi juga mendapat pengalaman dan pendedahan sebenar. Semoga kita mendapat sesuatu daripada program ini. InsyaAllah.

Wassalam

1 Dzulhijjah

Salam alaik..

Alhamdulillah kita telahpun melangkah ke bulan Dzulhijjah. Terlalu banyak rahsia dan fadilat pada bulan ini. Semga kita dapat meniti hari-hari dalam bulan ini dengan amalan-amalan orang yang solleh. InsyaAllah

Untuk rujukan dan panduan layari laman-laman web di bawah.


Semga mendapat sesuatu di sana

Wallah 'alam. Wassalam

Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali

Hi......
Happy Deepavali...
Happy Diwali...
Kepada semua immediet famili, Amama tersayang, uncle Siva, unty Bahawani, uncle Viji, unty Gery and famili. Dien, Joel and. Noealin & ponni

Kepada rakan-rakan setugas umi... cikgu Jee Waa n famili, Cikgu Mariayee n famili, Rajini (Raj) n famili.

Kepada students umi... ramai sangat antaranya.. Parathaman n Parathaban, Pavi, Geetha, Dewani, Sathya, Kartik, Kaithri, Camminy, Yuverenjini.dan ramai lagi yang cikgu tak tersebut.

Iraivanin
asirvathathudan
ungal valkayil
vetrium,
kudumbatil santhosamum
oli veesa....
DEPAVALI  NAAL VAALTHUKKAL...

hehehe... sebenarnya cikgupun tak faham maksudnya.
one of my student hantar. Tq Parathaman. maaf tak responpn sebab tak faham.


THE ENDLESS (ekah)

Salah satu program wajib lepas PMR di SBPI Gopeng.....Drama Competition......
Thniah kepada saya dan rakan2 yang laen kerana telah berjaya menjayakan "Drama competition" utk 2010...
MAJULAH DRAMA UNTUK NEGARA!!.....Pertandingan drama taun nie da best dr sblum- sblum nieyh..
dgn berakhirnyer drama maka berakhirlah prog lps PMR bg sessi 2010...wuaaaa rse lega giler....
tapi bila igt balik.....sedih jgak sbb.....lps nieyh dah....x de dah program cm nieyh.......hu..hu harap2
all form 3 will alwayz remember this beautiful memories.......sbb kita kan SEHATI & SERUMPUN!
Rumah Delima (Merah) telah rampil dgn Dramanya...."THE ENDLESS".....

Antara Crew yang menjayakan Drama "THE ENDLESS"
Rastam, Sayuti, Azwan, Irsyad, Zul, Asyraf, Aiman, Akmal, Rahim, Idris, Rosli
Tesha, Miya, Jiha, Nusaibah, Wiwi, Aqil, Liz, Jem-mie, Afifah, Elyka, Ekah ( ME )




Very Touching Story...


tesha@witch. husna@lydia.nadhia@maya.
leez@violet.tymah@trisy.ekah@script writer.



Antara Watak Utama
( Lisnawati - Princess Violet )
( Afifah - Princess Rose )


From Left:Liz @ Princess Violet, Rosli @ Prince Edward
From Right: Afifah @ Princess Rose, Aiman @ Prine Henry


Monday, November 1, 2010

Pengurusan Jenazah: Dalam Program PMR

Salam 'alaik..

Sebagai salah satu pengisian kepada para pelajar lepasan PMR yang banyak masa terluang, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan kursus Pengurusan Jenazah. Kursus yang julong-julong kalinya diadakan di SMKSI, apatah lagi dalam program PMR. Memang sangat menarik. Para pelajar dan guru-guru begitu tekun sehinggakan loceng balik berbunyipun mereka 'stay' di situ!

Tahniah Ustaz Muhammad Reza daripada SRU Taman U, kerana ceramah dan demonstrasi yang sangat berkesan!.. Namun sedikit terkilan kerana penulis cuma sempat pada awal ceramah dan pada penghujung demonstrasi kerana banyak sangat pulak meting pada hari tersebut.

Bakal menyusul, kita juga akan adakan program sembelihan pada 8 Nov depan... hehe. nak belajar sembelih pulak!


Penceramah memberi ceramah sebelum menunjukkan demonstrasi
menguruskan jenazah di lakukan.

Para pelajar menggulung kain kapan 'mayat' yang telah
dikapankan.


'mayat' yang telah siap dikapankan..

muka mayat dibuka untuk tatapan terakhir sanak saudara
dan sahabat handai...


Semoga Allah beri ruang dan peluang di lain masa pula. InsyaAllah

Wassalam


Pesonaliti Bulan November



* Banyak idea dalam perkara. 
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. 
* Berfikiran kehadapan. 
* Berfikiran unik dan bijak. 
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. 
* Pemikiran yang tajam. 
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. 
* Sesuai jadi seorang doktor. 
* Cermat dan teliti. 
* Personaliti yang dinamik. 
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. 
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. 
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. 
* Terlalu degil dan keras hati. 
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. 
* Tak suka marah kecuali digugat. 
* Mudah ambil berat terhadap orang lain. 
* Pandai muhasabah diri. 
* Cara berfikir yang lain dari orang lain. 
* Otak yang sangat tajam. 
* Pandai mendorong diri sendiri. 
* Tidak hargai pujian. 
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. 
* Cuba sampai berjaya. 
* Badan yang sasa. 
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. 
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. 
* Suka duduk d irumah. 
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. 
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. 
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. 
* Bercita-cita tinggi. 
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah