Followers

Monday, March 22, 2010

IKAH KENE BALIK ASRAMA..

Semalam umi ngan abah hantar ikah balik gopeng semula.so, macam biaseler tinggallah along,ya ngan the one and only bujang ( abang ) je kat rumah.sebab ain pun ikut sekali.ikah balik dengan suke hatinya sebab umi bagi handphone baru kat die.(hisy...ni kalau cikgu die bace ni susah pulak).eleh....hp murah je.sebab nak ganti handphone lame ikah yang dah mula bikin hal.teringat masa sekolah dulu (macam lame sangat je tinggal sekolah).kitorang selalu cakap kalau nak bawak hp jangan ckp direct nak bwk hp tapi cakap nak bawak kakulator ke,jam loceng ke.sebab mmg betul pun tak menipu.(kan salah satu kegunaan hp jugak)takpun cakap nak bwk kamera.kadang2 pelik jugak..kenape boleh bwk kamera tapi bukan hp.takut gejala sosial kot.biaselah remaja mmg tak boleh nak bukak pintu sikit kat dia.mesti die masuk.aik..ni dah cerita lain ni.ok lah tu je.




mase kat rumah amama.


Terima kasih Umi dan Abah

hari tu umi ngan abah bawak along ngan ya pergi kedai komp kat jalan reko.umi kata nak cari laptop along.aik..nak buat ape???.umi kata nanti along nak banyak pakai .huhuu terharunya.sampai je kat kedai tu terus jurujual ( ceh ..skemanyer) tu tunjuk satu kertas fotostat.bederetlah macam2 jenis laptop ada.explaination dia pun boleh tahan macam2,,tapi along bukannyer tau pun.takpe2..umi ngan abah paham ape die kate.Ya kata kawan dia ada suggest beberapa jenama tapi ya tak ingat..(lain kali tak ingat tak yah cakap!)..last2 umi pilih satu laptop jenama ACER.comel lah jugak.warna biru (HIDUP KHALID).
jadi disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada umi dan abah untuk hadiah ini.semoga 'benda' ini membawa sentiasa membawa kebaikan kepada saya.
sebenarnye takut jugak dapat bende mahal2 ni.yelah along mana reti jaga barang mahal.sebabtu jam tangan tak penah dapat selain keluaran mydin (hehehe...pernah dapat yang bagus sket tapi along pecahkan takpun along hilangkan).lagi pun along tak suka ada benda2 mahal ni.(yeke?)
kepada umi dan abah doakanlah along reti nak jaga dan gunakan device ini dengan baik dan selamat.
lebih kurang macamnilah bentuknya

Al-Fatihah

takziah kepada keluarga Yanie mentor..

Saturday, March 20, 2010

Womens

Sesekali dapat menaiki kenderaan awam memang banyak perkara hendak diceritakan dan dikongsikan dengan pembaca.... Semasa dalam perjalanan ke PWTC untuk ke pesta buku ana tertarik dengan sesuatu yang tertulis pada baju seorang pemuda. Dalam pemerhatian ana pemuda tersebut nampak baik orangnya dan kemas jugakla pakaiannya. Tulisan tersebut berbunyi seperti berikut. (macam poem)

Womens,
Womens r like internet virus,
1st enter ur life
Scan ur pocket money,
Edit ur mind,
Download her problem
Delete ur smile
and hang ur life

Susunan kata-kata tersebut benar-benar menarik perhatian ana. Itulah unitnya dan nilaian Wanita pada sesetengah lelaki. Mungkin boleh kita renungkan bersama-sama.

Wasslam, jumpa lagi dilain isian



Friday, March 19, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Salam alAik,

Dalam kesempatan waktu yang ada, sempat juga ana membawa anak-anak perkunjung ke pesta Buku Antarabangsa 2010. Walaupun hari itu hari Jumaat dan hari pertama pesta tapi bilangan pengunjung amatlah ramai.


Hal ini memang telah ana duga namun, bagi memenuhi kehendak ekah yang akan tamat percutiannya pada hujung minggu ini maka ana gagahkan juga kederat mengharungan lautan manusia tersebut. Berbanding anak-anak yang lain, Ekah memang belum pernah berkesempatan berkunjung ke Pesta buku yang diadakan setiap tahun ini..


Pergi dengan menggunakan "public transport" memang memeritkan. Lebih-lebih lagi komuter! pergi balik macam tin sardin... Tapi apa boleh buat itulah yang paling mudah.

Antara buku yang dapat dibeli dalam pameran tersebut,


  1. Dahsyatnya Doa Ibu, Samsuddin Noor (PTS)

  2. Dahsyatnya Qiamullail, Mahmuddin Abdullah (PTS)

  3. Solat Dhuha, Muhammad Mokhtar (PTS)

  4. Aisyah Ummul Mukminin, Sulaiman Al-Nadawi (PTS)

  5. KHALID memburu syahid, Abdul Latip Talib,(PTS)

  6. SALAHUDDIN AYUBI, Abdul Latip Talib, (PTS)

  7. Ini Suatu cerita, Faizal Dzasrik (PTS)

  8. Denyut Kasih Medik, Dr. Farhan Hadi (Telaga Biru)

  9. Shootz. Jil 1 & 2, (Komik-M.com)

  10. Dear YAYAH, (Komik-M.com)

  11. Nostalgia Ana Solehah, (Ana Muslim)

  12. Komik2 daripada GEMPAK STARZ Collection (rasanya ada tujuh buah)

  13. majalah-majalah.
  14. Koleksi Kertas Peperiksaan SEBENAR SPM 2010 EDITION [Additional Mathematics, Chemistry, Physics]

Buku-bukunya memang menarik dan terkini, rasa nak beli semua.


Akhirul kalam, kata anak-anak memang seronok tengok buku... cuma yang tak bestnya dah nak buka sekolah dan bagi Amira buka sekolah nanti terus EXAM!...




Ish Ain, adalah yang tak kena tu!.... walaupun sebelum pergi dah buat perjanjian



memang penat..... itupun tak abis round!


Ikahlah yang paling seronok sebab hasrat tercapai!.... boleh cete kat orang Gopeng, dapat pergi pesta buku



huhu..... ramainya manusia.... macam....



Mentor Umi.... bersama-sama A. Samad Said. Sasterawan Negara!



Syukri dan Ain dalam Trainpun baca komik


Semoga dapat berkunjung lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.



Thursday, March 18, 2010

APA NAK BUAT MASA DEPAN?

sebenarnye along tengah gundah gulana pikir apa nak buat masa depan.along tu penakot sebenarnye.kepada para pembaca doakan die jadi berani sikit.
(along keneamik matepelajaran khas..membina keyakinan diri)

Wednesday, March 17, 2010

penghargaan SPM 2009

hohohoh....
saya tahu ramai yang menanti post ni.saje je malas nak tulis.nak tau kene tanye.tapi setelah agak lamae dan dah basi baru saye mahu menulis.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah yang telah menjadikan dan mentakdirkan segala sesuatu.di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
  • Ummi dan Abah
  • ya,ikah,ain,abang,wan and atok,amama,dll
  • guru2 dan pentadbir ABIM Sg. Ramal Dalam,SAMSMEL,and KISAS
  • dan tidak dilupakan rakan2 yang sanggup berkongsi susah senang saya dan sebagai penyuntik semangat dikala saya rasa hari esok semakin gelap dan kabur untuk terus berjalan dan melihat.
  • insan2 lain yang terlibat secara langsung atau tidak.
inilah insan-insan yang Allah dah takdirkan untuk menemani setiap perjalanan saya.terima kasih banyak2.tanpa kalian mustahil saya dapat pergi sejauh ini.


Sunday, March 14, 2010

Indahnya punya kampung

Kesempatan balik ke kampung merupakan saat terindah kami sekeluarga. Kesempatan untuk balik ke kampung selalunya tak akan kami persia-siakan sekiranya ada peluang. Umi kata, tak kisahlah walaupun kami berada di kampung kurang daripada 24 jam namun, sangat bererti kerana dapat bersama-sama atok, Wan, sepupu sepapat, mak dan pak sedara.

Kebiasaanya setiap kali kami balik, Wanlah yang paling sibuk... macam-macam resepi wan akan masak. Tentunya yang umi tak pernah masak semasa di rumah sendiri. Balik ke kampung kali ini Wan masak l0mak cili api ikan Baung ( sungai Pahang) dengan asam limau kasturi. BEST... Memang masakan kegemaran YA...

Walaupun kami sempat bersama-sama atok dan Wan sekejap sahaja kerana esok ( Isnin 15 mac) Ya dah mula ada kelas tambahan dan umi juga terlibat, namun macam-macam aktiviti sempat kami lakukan. Antaranya, Umi dan along sempat tolong Wan menanam semula deretan pokok bunga orked Wan yang memang sangat banyak dan sering menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah atok. Selain itu, kami sempat bermain badminton di gelanggang tanah yang Pak Teh bina. Cuma yang tak sempatnya nak bermain dengan kambing-kambing atok yang sangat comel-comel tu.... huhu...
Atok, Wan maaf kerana kami tak sempat nak berada lama di kampung... Setiap kali bila umi cakap kami akan balik hari ni, atok pasti akan kata "Apo copek na nak balik? Cutikan lamo lagi"... Walaupun sememangnya kami ingin berada lama di kampung tapi apa boleh buat... InsyaAllah bila ada kesempatan kami pasti akan balik semula ke kampung... Dan memang saat itulah yang sering kami tunggu2.. Semoga Atok, Wan akan sentiasa sihat. Amin

Friday, March 12, 2010

SMKSI: Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dan kerjasama ustaz, ustazah dan guru-guru SMKSI berjaya juga akhirnya kami menganjurkan Majlis Maulidur Rasul yang memang tak dinafikan rintangannya. Kawan rapat ana berkata, "Ina nak buat kerja baik ni memang banyak rintangan... dan kena banyak bersabar"... Dalam saat-saat getir begini memang kepada Allah sahaja tempat kita mengadu... InsyaAllah, Allah akan sentiasa mendengar pengaduan kita dan alhamdulillah, Allah membantu, tiada perkara buruk yang berlaku. Kita lakukan semuanya untuk faedah para pelajar dan kerana Allah.

Pertandingan melukis kain sepanduk... pelajar begitu tekun. Diadakan tiga hari sebelum program

Sanggup bersabar mendengar ceramah walaupun terpaksa dibakar mentari pagi

Kumpulan yang menjadi johan pertandingan Sepanduk; macam anakanda Amira dan Sara je?...

Perarakan maulidur rasul; guru-guru dan pelajar mengelilingi padang sekolah sambil bersalawat

Para pelajar lelaki berbaris mengambil makanan, selepas penat berarak

Pelajar sesi petang sedang mendengar ceramah

Tokoh Maulidur rasul sesi petang; Tahniah kekalkan kecemerlangan kamu!

Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah iaitu ustaz Ismail Hashim (sesi pagi) dan Ustaz Abd. Razak (sesi petang) menjadi iktibar kepada kita. Sama-samalah kita menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan dan panduan. Yang penting juga semoga majlis seperti ini akan dapat meningkatkan kecintaan kita kepada kekasih Allah itu.

Thursday, March 11, 2010

Meriahnya Sukan Tahunan SMKSI 2010.

Salam alaik,
Alhamdulillah akhirnya upacara kemuncak sukan tahunan berakhir juga dengan penuh gilang-gemilang pada 10 Mac 2010 di Stadium UNITEN.... Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunujukkan oleh semua guru dan para pelajar. Semangat 1 Malaysia jelas terpancar. Mereka sama-sama bermati-matian ingin mengutip mata untuk rumah sekalipun kedudukan rumah mereka berada paling bawah. Cikgu amat kagum dengan semangat juang semua warga SMKSI baik yang mengambil bahagian , mahupun penyokong-penyokong. Setelah lebih 3 bulan kita berjuang menaikkan nama rumah masing-masing, akhirnya rasa puas terpancar pada wajah semua ahli rumah, kerana jika kalah sekalipun, setelah berjuang berhabis-habisan! TAHNIAH semua guru dan pelajar SMKSI.
Senario semasa sukan yang sempat dirakamkan...


pasukan unit uniform juga turut menceriakan perbarisan dengan kawat kaki yang mantap


Acara perbarisan yang penuh warna-warni dan menarik... hingga sukar hakim hendak menentukan pasukan yang terbaik
bacaan ikrar oleh Luqman al-Hakin (ketua rumah biru)
para pelajar yang memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
kumpulan gimrama yang JOHAN membuat pertunjukkan.
acara guru... semua menang, sebab semua dapat hadiah
rumah ZUHAL
Gelombang Biru, semangat juang, nombor satu telah pasti dijulang! Tahniah... semoga tahun hadapan terus mempertahankan kejuaraan.

turut memeriahkan majlis exKISAS dan student UNITEN
Kalau ada semur di ladang,
Boleh kita menunpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan berjumpa lagi.
Wassalam....