Alhamdulillah cuti sekolah pertengahan Semester kedua yang bergabung dengan cuti raya telah memberi ruang yang panjang kepada guru-guru Islam untuk memenuhi cuti yang agak lama sebelum raya ini sebaiknya. Guru-guru bukan sahaja mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan terakhir sebelum raya, seperti kuih muih dan pakaian anak-anak tapi apa yang lebih penting bagi ana ialah mempunyai ruang yang lebih selesa untuk memantapkan ibadah khusus.
Followers
Saturday, September 4, 2010
Minggu Yang Sangat Sibuk.....
Salam alaik....
Alhamdulillah... hari ni bermula cuti. Cuti Pertengahan Semesta Kedua Persekolahan, diikuti dengan cuti raya maka satu cuti yang panjang jugak sebenarnya!...
Adoh!...nak menghabiskan seminggu terakhir sebelum cuti rasa nak tercabut nyawa. Rasa kaki tak jejak dunia. So cuti ini memang nak rihat secukupnya... persoalannya bolehke? sempatke?... InsyaAllah.
Thursday, September 2, 2010
Sumbangan Bubur Lambuk
Salam alaik.. salam satu Malaysia
Wah sibuknya SMKSI hari ini "full of program". Ada 3 program besar dan dalam 3 program itu terselit jugak program-program kecil. Program Memasak Bubur Lambuk program terakhir, setelah selesai penyampaian hadiah, khatam ql Quran cikgu-cikgu bergotong royong pula memasak bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada lebih 1800 pelajar Seri Indah tak kira Muslim atau non Muslim.
Program yang julung-julung kali diadakan ini sempena majlis Khatam al-Quran dan bulan Ramadhan memang sangat meriah...Semua pelajar dan guru pulang dengan berbekalkan semangkuk bubur lambuk.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mendapat kerja sama yang jitu daripada guru-guru dan pelajar. Terima Kasih cikgu2 tanpa bantuan cikgu, tentunya saya tak mampu menguruskannya sendiri. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki program ini menurut pengetua boleh dijadikan program tahunan sempena Ramadhan dengan beberapa penambahbaikan...
Sementera menunggu air mendidih, masak-memasak diketuai oleh cikgu Kamarudin dengan Pengetua sebagai Chef.
Beras yang telah sedia dibasuh untuk dimasak..
Guru-guru yang membantu bahagian asesseris bubur
Cikgu Rafidah n team yang sangat dedikasi... melecet2 tangan tersimbah bubur panas...
Cikgu Haris tak habis-habis menempel... menyeri suasana.
Bubur lambuk yang sedang dimasak... periuk yang ketiga.
Pelajar lelaki juga turut membantu..
Bubur diagihkan kepada pelajar... satu saja tau Fatin!...
Bubur2 yang telah siap dimasak dan dipecking telah diagih2kan kepada pelajar semasa balik iaitu 12.50.. akhirnya cekgu sendiri tak dapat merasa walaupun sesudu walaupun 3 periuk besar bubur lambuk dimasak... Alhamdulillah. Ada yang takdapat tu jangan nangis ye... nanti kita buat lagi.
Wassalam.
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Duit Raya kepada Pelajar Miskin dan Yatim SMKSI
Salam 'alaik...
Program tahunan Ihya Ramadhan SMKSI akhirnya sampai ke penghujung... walaupun bulan Ramadhan masih berbaki seminggu namun SMKSI telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qurannya lebih awal memandangkan esok Jumaat 3 September , sekolah telah mula bercuti. Majlis Khatam al-Quran kali ni nampaknya lebih meriah dan tersusun. Penambahbaikan daripada program-program lepas... Program yang bermula sewal 8.45 pagi ni telah dihadiri oleh lebih seratus orang. Mereka telah mendapat duit raya dan buah kurma sebagai hadiah. Alhamdulillah, adeje rezeki.
Di samping itu diadakan juga penyerahan duit raya kepada 97 pelajar-pelajar miskin dan yatim SMKSI. Duit raya ini kesemuanya sumbangan guru-guru SMKSI yang sangat terkenal dengan pemurah dan penyayang. Alhamdulillah sepanjang cikgu menguruskan apa-apa program kerohanian cikgu tak pernah menghadapi masalah kewangan kerana ada sahaja cikgu-cikgu atau mana-nama pihak yang sudi menyumbang. Semoga hal ini akan berterusan dan Allah akan memurahkan lagi rezki kita untuk masa depan dan membuka pintu hati kita untuk terus bersedekah. Amin. InsyaAllah More you give, more you get!
Ustazah Syarifah tengah kira duit raya ke?...
Para pelajar perempuan yang hadir...
Para pelajar lelaki yang menjayakan program Khatam.. dengan diketuai oleh ustaz Fathli
Guru-guru yang free turut hadir.
Doa dan harapan cikgu kepada para pelajar dan diri cikgu juga kita akan meneruskan bacaan Al-Quran kita walaupun telah Khatam dan bulan Ramadhan telah berakhir. Amin
Wassalam.
Majlis Kemuncak penyampaian Hadiah Aerobikton
Salam alaik...
Akhirnya program Aerobikton sampai kemuncak dengan penyerahan hadiah-hadiah perdana kepada pelajar yang berjaya mengumpul kutipan terbanyak... 15 orang pelajar telah berjaya terpilih. Seperti yang dijanjikan sekiranya kutipan melangkaui RM100,000.00 maka sebuah hadiah motosikal akan diberi kepada pelajar yang berjaya membuat kutipan terbanyak. Kutipan keseluruhan hampir RM105,000.00
Namun ibu pelajar yang berjaya membuat kutioan terbanyak telah bermurah hati mengantikan motosikal dengan laptop sahaja. Memandangkan keselamatan anaknya. Hal ini dipersetujui dan dua buah komputer telah disediakan bagi mengantikan motosikal. Untuk pemenang utama dan kedua. terima kasih Pn Siti Hawa. Bukan orang lain PK HEM Seri Indah jugak...
Adam.. berjaya mengutip lebih RM1,200.00 tahniah dapat laptop. Berbaloila.

Pemenang Kedua mendapat netbook kutipan RM1100.00 lebih Tahniah Wong Jin Yee . Mantor bahasa Cina cikgu!

Selain laptop, 4 buah basikal juga menjadi hadiah.

tahniah Vinotheni.. salah seorang 15 yang terbanyak. mendapat handfon. Ada 6 handfon sebagai hadiah.
15 Pelajar yang telah berjaya memenagi 'Grend Prise' dengan hadiah masing-masing. menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana berusaha keras memajukan sekolah. Tahniah semua.
hehehe... di samping itu selepas penyampaian hadiah, para pelajar membuah ucapan raya dan menerima sumbangan sampul duit raya... Program ucapan ini akan bersambung esok pulak. Jumaat, hari terakhir sekolah sebelum raya.
Orang-orang kuat PIBG dan Boss SMKSI
Akhirnya program awal pagi ini berakhir dengan penuh kegembiraan. Cikgu gembira kerana target RM100,000.00 Aerobikthon berjaya. dan pelajar-pelajar gembira kerana dapat hadiah dan duit raya.
SERI INDAH TERUS MAJU!
Wassalam.
I'M COMING BACK HOME!!!!!!!!!!!!!!
yAYYYYYyyy.......!!!!!!!!!! after dah baper bulan eka terperangkap kat bumi "GOPENG" nie
akhirnya berjaya melepaskan diriku dengan suksesnya .. Bila ikah balik esok pada 3 SEPTEMBER 2010.......heheheheh abis lah.....ble eka blk nnt x de masa lah ain,syukri,ya ngan along nak pegang komputer........hehehehe~ nnnt umi jgn lupe jmput ikah ........jgn lupe plak....kcian kat ikah dtg jauh2 tp x de org dtg jmput.........k pape pown jmpe esok k!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kat cni ad beberapa PLAN yg telah dibuat utk preparation 4 PMR 2010....
1.Study......
2.X nak tido lame2
3.Raye biasa2 jer...jgn over sangat....
4.seterusnya akan dipikirkan nnt........
PERSONALITI DIRI BULAN SEPTEMBER
Salam 'alaik..
Berjumpa lagi... Wah.. dah bulan september... Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh Ain, kerana bulan ini bulan kelahiran dia... Oktober PMR. ekah exam. November SPM. Amira pulak.. sekejap sungguh masa berlalu.
Meh kita tengok personaliti anak-anak kelahiran bulan ini.
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
Hehe rasanya 10 peratuspun takde sifat Ain anak umi. Mungkin belum lagi!
Wednesday, September 1, 2010
Jamuan Berbuka Puasa
Salam `alaik..
Alhamdulillah ruang cuti Merdeka memberi ruang dan kesempatan kami mengadakan jamuan berbuka puasa kecil-kecilan. Tetamu taklah seramai mana, mungkin hujan lebat membataskan pergerakan khususnya anak-anak murid umi untuk datang. "Cikgu faham jarak menyukarkan". Namun tak jadi halangan rezki mereka yang datang la...Doakan cikgu murah rezki, nanti kita buat pula selepas raya.. Kepada 5MPV, mohon maaf cikgu terlupa nak undang!... cikgu tahu ramai yang keciwa.
Nampak sama tapi tak serupa... sembang2 sebelum berbuka!...
Terima kasih zaid dan azre kerana sudi datang..
Maaf gambar tak seberapa... student IPG yang setiap tahun tak pernah ketinggalan walaupun Sir Faizal dah bersara.
Menikmati juadah ringan sebelum solat maghrib...
Tq Sarah... the only girl from SMKSI...
Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang, terima kasih kepada yang membantu, Sara, Hani, Yus, Zai, dan Anis. Mukmin yang hadir, Zaid, Azre, Hafizul dan rakan-rakan dari IPG juga terima kasih. Semoga ibadah puasa kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah.
Wassalam
Tuesday, August 31, 2010
Program Sambutan Ambang Merdeka SMKSI
Salam 'alaik...
Salam merdeka
salam satu Malaysia
Sebagai memenuhi agenda perdana negara, sekolah telah turut serta meraikan ambang merdeka dengan sederhana tetapi meriah... hanya gambar-bambar dapat menceritakan segalanya..
Pengibaran Jalur Gemilang setelah penurunan Union Jack
Persembahan Tarian Etnik Sarawak....
Penyampaina hadiah jugas untuk kelas yang berjaya mengutip kutipan Aerobikton terbanyak.
Nyayian Solo: Fatin
Barisan pelajar yang mengenakan pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia
YB Dato' Dr. Satim (ADON puchong) sebagai Perasmi juga telah menyumbang untuk mencukupkan kutipan aerobikton kepada 100 ribu! Terima kasih dato'. So adalah pemenag Motosikal seperti yang dijanjikan
Barisan Satu Malaysia menaikkan bendera
Perarakan masuk bendera oleh unit-unit uniform sekolah
para pelajar yang terlibat dengan peragaan fesyen /pakaian etnik Malaysia

Deklamasi sajak merdeka..yang sungguh bersemangat..

Ni....anak PKbuat apa pulak.
Selamat Hari Merdeka untuk semua warga Malaysia...Kepada Boss Seri Indah yang lahirnya 31 ogos.. Selamat hari lahir juga.
Semoga Alah merahmati kita semua.Amin
Wassalam
Saturday, August 28, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

































