Followers

Thursday, September 2, 2010

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Duit Raya kepada Pelajar Miskin dan Yatim SMKSI

Salam 'alaik...
Program tahunan Ihya Ramadhan SMKSI akhirnya sampai ke penghujung... walaupun bulan Ramadhan masih berbaki seminggu namun SMKSI telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qurannya lebih awal memandangkan esok Jumaat 3 September , sekolah telah mula bercuti. Majlis Khatam al-Quran kali ni nampaknya lebih meriah dan tersusun. Penambahbaikan daripada program-program lepas... Program yang bermula sewal 8.45 pagi ni telah dihadiri oleh lebih seratus orang. Mereka telah mendapat duit raya dan buah kurma sebagai hadiah. Alhamdulillah, adeje rezeki.

Di samping itu diadakan juga penyerahan duit raya kepada 97 pelajar-pelajar miskin dan yatim SMKSI. Duit raya ini kesemuanya sumbangan guru-guru SMKSI yang sangat terkenal dengan pemurah dan penyayang. Alhamdulillah sepanjang cikgu menguruskan apa-apa program kerohanian cikgu tak pernah menghadapi masalah kewangan kerana ada sahaja cikgu-cikgu atau mana-nama pihak yang sudi menyumbang. Semoga hal ini akan berterusan dan Allah akan memurahkan lagi rezki kita untuk masa depan dan membuka pintu hati kita untuk  terus bersedekah. Amin. InsyaAllah More you give, more you get!

Ustazah Syarifah tengah kira duit raya ke?...
Para pelajar perempuan yang hadir...

Para pelajar lelaki yang menjayakan program Khatam.. dengan diketuai oleh ustaz Fathli

Guru-guru yang free turut hadir.

Doa dan harapan cikgu kepada para pelajar dan diri cikgu juga kita akan meneruskan bacaan Al-Quran kita walaupun telah Khatam dan bulan Ramadhan telah berakhir. Amin

Wassalam.

No comments:

Post a Comment