Followers

Saturday, September 4, 2010

Minggu Yang Sangat Sibuk.....

Salam alaik....

Alhamdulillah... hari ni bermula cuti. Cuti Pertengahan Semesta Kedua Persekolahan, diikuti dengan cuti raya maka satu cuti yang panjang jugak sebenarnya!... 

Adoh!...nak menghabiskan seminggu terakhir sebelum cuti rasa nak tercabut nyawa. Rasa kaki tak jejak dunia. So cuti ini memang nak rihat secukupnya... persoalannya bolehke? sempatke?... InsyaAllah.



Program-program Bulan Kemerdekaan dan Program-program Ihya Romadhan memang menuntut komitmen ana yang sangat tinggi. Ditambah  pula dengan 2 kelas tingkatan 5 yang ana pegang memerlukan perhatian khusus. Hal ini kerana naik sahaja cuti raya nanti mereka terus percubaan. So persediaan mantap perlu dilaksanakan sebelum cuti ni. Sesibuk mana, segetir mana ana mesti masuk kelas dan buat yang terbaik untuk membantu mereka! Dahlah sibuk dengan hal-hal sekolah dan students...  sempat jugak nak buat jamuan berbuka semasa cuti merdeka! Hal itu menambahkan lagi 'havock'nya minggu ini.

Dalam pada itu, pengisian diri juga perlu, penghujung ramadhan perlu ana meriahkan.  Solat tarawikh berjamaah  ana perlu pastikan tidak terlepas dan tadarus al-Quran sehari satu juzuk perlu juga ana disiplinkan. Justeru masa tidur perlu ana korbankan untuk capai semuanya.

Bila terlalu penat dan mengeluh.... ana sedar akan kelemahan diri. Alangkah berat cabaran dan besarnya tugas para pendakwah atau daie yang terdahulu menyampaikan amanah-amanah Allah. Namun mereka tidak pernah mengeluh dan rasa terbeban, tapi bila melihat diri ana sendiri.... baru memikul tugas yang sebegini telah rasa diri terbeban dan rasa terlalu sibuk. Sedangkan hati yang ikhlas melakukan sesuatu hanya kerana Allah tidak akan pernah rasa terbeban dengan tugas-tugasnya. Astagfirulallah halazim.... Astagfirulallah halazim.... Astagfirulallah halazim....

Ya Allah... ikhlaskan hatiku dalam melaksanakan segala tugas-tugasku hanya kerana-MU. Amin


No comments:

Post a Comment