Followers

Thursday, September 2, 2010

Sumbangan Bubur Lambuk

Salam alaik.. salam satu Malaysia

Wah sibuknya SMKSI hari ini "full of program". Ada 3 program besar dan dalam 3 program itu terselit jugak program-program kecil. Program Memasak Bubur Lambuk program terakhir, setelah selesai penyampaian hadiah, khatam ql Quran cikgu-cikgu bergotong royong pula memasak bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada lebih 1800 pelajar Seri Indah tak kira Muslim atau non Muslim.

Program yang julung-julung kali diadakan ini sempena majlis Khatam al-Quran dan bulan Ramadhan memang sangat meriah...Semua pelajar dan guru pulang dengan berbekalkan semangkuk bubur lambuk.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mendapat kerja sama yang jitu daripada guru-guru dan pelajar. Terima Kasih cikgu2 tanpa bantuan cikgu, tentunya saya tak mampu menguruskannya sendiri. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki program ini menurut pengetua boleh dijadikan program tahunan sempena Ramadhan dengan beberapa penambahbaikan...
Sementera menunggu air mendidih, masak-memasak diketuai oleh cikgu Kamarudin dengan Pengetua sebagai Chef. 
Beras yang telah sedia dibasuh untuk dimasak..
Guru-guru yang membantu bahagian asesseris bubur
Cikgu Rafidah n team yang sangat dedikasi... melecet2 tangan tersimbah bubur panas...
Cikgu Haris tak habis-habis menempel... menyeri suasana.

Bubur lambuk yang sedang dimasak... periuk yang ketiga.
Pelajar lelaki juga turut membantu..

Bubur diagihkan kepada pelajar... satu saja tau Fatin!...

Bubur2 yang telah siap dimasak dan dipecking telah diagih2kan kepada pelajar semasa balik iaitu 12.50.. akhirnya cekgu sendiri tak dapat merasa walaupun sesudu walaupun 3 periuk besar bubur lambuk dimasak... Alhamdulillah. Ada yang takdapat tu jangan nangis ye... nanti kita buat lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment