Salam 'alaik...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA...
Lamanya tak tulis blog... nak kongsi cerita dan gambar raya dengan sedara mara...
hehe... Bermula dengan.....
SEBELUM RAYA!
Dalam perjalanan pulang ke kampung.. Alhamdulillah takde jem. Pemilihan waktu yang sesuai. bertolak jam 9pg. Rabu (2 hari sebelum raya)
Sehari sebelum raya... kesian ayam kg jadi korban.
Ketupat tak ketinggalan. biasala aktiviti blajar buat ketupat. takpernah menjadi-jadi. Sambung raya tahun depan!
ktiviti membakar lemang paling mencabar dan menyeronokkan. Setelah ketiasaan Pak Long n Pak Lang, Mak Ten n Anak mengambil tempat. Semoga Allah mencucuri Rahmat roh mereka berdua. Amin
Anak dara membantu di dapur... borak je lebih. sesekali jumpa.
Malam Raya... sungguh meriah dengan sinaran pelita.
Sampailah masa dinanti:
HARI RAYA PERTAMA:
Keluarga Pak Teh. Semua ada.
SEVENOFUS....Colourful.
Mak Lang n Lin... tanpa abang Isal kerana bertugas. Tahun kedua tanpa Pak Lang.
Keluarga Pak Ngah... ala-ala YB. maaf zahir batin!
Eh.. Pak Su n Mak Su... mana Along Jiha, Hafiz n Farhan?
......Ya Allah semoga kami bersatu lagi di Ramadhan tahun depan. Amin
SENARIO2 LAIN
Di rumah TOK KI (famili angkat abah)
Dengan sepupu- sepapat.
Sedara mara (raya kedua)
hehe... raya sebulan...
Amboi...along.
hehe.... ini posing apa pulak... singgah masjid sebelum balik KL. Alhamdulillah, perjalanan balik juga tidak terkandas dalam sebarang kesesakan.
Itulah ceritanya Raya tahun ini 2010.... semoga raya tahun depan kita tetap bersama. tidak ada yang berkurang. Mungkin bertambah. Yang lebih penting semoga kita dipanjangkan umur, sihat dan dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang. Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment