Alhamdulillah cuti sekolah pertengahan Semester kedua yang bergabung dengan cuti raya telah memberi ruang yang panjang kepada guru-guru Islam untuk memenuhi cuti yang agak lama sebelum raya ini sebaiknya. Guru-guru bukan sahaja mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan terakhir sebelum raya, seperti kuih muih dan pakaian anak-anak tapi apa yang lebih penting bagi ana ialah mempunyai ruang yang lebih selesa untuk memantapkan ibadah khusus.
Maksud ana bukanlah bermakna semasa persekolah kita tidak mempunyai kesempatan untuk beribadah, cuma masanya mungkin lebih terhad. Balik daripada bekerja badan telah kepenatan dan ditambah pula dengan tugas-tugas untuk keluarga khususnya sebagai ibu dan isteri seperi ana. Walaupun sebenar menjalankan tugas mengajar dengan sebaik dan ikhlas kerana Allah juga sebenarnya merupakan suatu ibadah tetapi oleh kerana hal ini telah menjadi rutin, adakalanya hal tersebut tidak begitu kita rasai.
Dalam kesempatan ruang sebelum pulang beraya di kampung (insyaAllah Selasa depan) banyak perkara yang perlu ana siapkan... baju-baju raya yang telah siap tapi belum buat finishing, kuih raya satupun belum buat, dan beberapa perkara lagi.... mesti siapkan sebelum pulang ke kampung!
Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik , ruang dan kesempatan untuk meneruskan tugas-tugas mendidik anak bangsa seikhlasnya dan sempena kesempatan cuti ini untuk mengimarahkan akhir Ramadhan sebaiknya. Amin
Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik , ruang dan kesempatan untuk meneruskan tugas-tugas mendidik anak bangsa seikhlasnya dan sempena kesempatan cuti ini untuk mengimarahkan akhir Ramadhan sebaiknya. Amin
Wassalam.
No comments:
Post a Comment