Followers

Thursday, September 2, 2010

Majlis Kemuncak penyampaian Hadiah Aerobikton

Salam alaik...
Akhirnya program Aerobikton sampai kemuncak dengan penyerahan hadiah-hadiah perdana kepada pelajar yang berjaya mengumpul kutipan terbanyak... 15 orang pelajar telah berjaya terpilih. Seperti yang dijanjikan sekiranya kutipan melangkaui RM100,000.00 maka sebuah hadiah motosikal akan diberi kepada pelajar yang berjaya membuat kutipan terbanyak. Kutipan keseluruhan hampir RM105,000.00

Namun ibu pelajar yang berjaya membuat kutioan terbanyak telah bermurah hati mengantikan motosikal dengan laptop sahaja. Memandangkan keselamatan anaknya. Hal ini dipersetujui dan dua buah komputer telah disediakan bagi mengantikan motosikal. Untuk pemenang utama dan kedua. terima kasih Pn Siti Hawa. Bukan orang lain PK HEM Seri Indah jugak...
Adam.. berjaya mengutip lebih RM1,200.00 tahniah dapat laptop. Berbaloila.

Pemenang Kedua mendapat netbook kutipan RM1100.00 lebih Tahniah Wong Jin Yee . Mantor bahasa Cina cikgu!

Selain laptop, 4 buah basikal juga menjadi hadiah.

tahniah  Vinotheni.. salah seorang 15 yang terbanyak. mendapat handfon. Ada 6 handfon sebagai hadiah.

15 Pelajar yang telah berjaya memenagi 'Grend Prise' dengan hadiah masing-masing. menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana berusaha keras memajukan sekolah. Tahniah semua.

hehehe... di samping itu selepas penyampaian hadiah, para pelajar membuah ucapan raya dan menerima sumbangan sampul duit raya... Program ucapan ini akan bersambung esok pulak. Jumaat, hari terakhir sekolah sebelum raya. 
Orang-orang kuat PIBG dan Boss SMKSI

Akhirnya program awal pagi ini berakhir dengan penuh kegembiraan. Cikgu gembira kerana target RM100,000.00 Aerobikthon berjaya. dan pelajar-pelajar gembira kerana dapat hadiah dan duit raya.

SERI INDAH TERUS MAJU!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment