Followers

Wednesday, November 4, 2009

pemandu teksi ngek-ngok tak terkata



hari nh:rabu,4 nov 2009
masa:5.45 ptg, nk blk dr mines..



pk ck teksi: nk naek teksi ke?

kitorang : a'ah..

pk ck teksi: nk pg mne?

kitorang : taman kembangsari..

pk ck teksi: kat mane tu?

aku : [eh pk ck nh xkn tak tau kot..ape punye pemandu teksi la nh..]

kitorang : kt serdang..kt ngn pasar..bla..bla..bla..

pk ck teksi: ha! okeyh2..

Ina : bape ye pk ck?

pk ck teksi: sepuluh ringgit!

dlm teksi, tibe2 pk ck teksi tu membebel tak tentu pasal!!!!!!!!!


pk ck teksi: haih..kawasan rumah awk nh kawasan selalu jem laaaa..
penat la pk ck jem2 nh..
kat kembangsari tu rumah awk ke?

Ina : errrr..ummm..haa'ah...

pk ck teksi: hish..suroh ayah awk pindah rumah la..
buat ape ddk kt kawasan jem mcm nh..??

aku : [eh2..pk ck suke hati dye la nk ddk kt mne..]
[ktrng naek teksi nh bayar tau x?]
[dr tadi membebel je.]
[nk membebel blk rumah laa..]
[ktrng xnk denga pn ..]
[da la denga klasik fm..]
[haih..]
[bile la nk sampai nh..aku da x tahan]
[binget telinge nh tau x!!!!]


dlm mase yg same....
sume kete bunyikan "hon" kt dye sbb bwk kete mcm tak penah blaja bwk kete..
suke ati dye je menyelit-nyelit..
lane ade due dye pg buat jd tige..
ko tau x ko bwk ank org nh??
klau ape2 jadi mcm mne..??
pastu bole pulak dye mara org yg "hon" kt dye 2

bila dah nk sampai..dye tnye mne nk msk sempang..


pk ck teksi: mne nk msk nh?

ina : kanan..kanan..


tapi...
pk ck 2 pg kiri..
lpstu..
ina pn tunjukkn tngn ke kanan dkt pk ck 2..


pk ck teksi: kalau kanan ckp jela kanan..
tak payah la nk tunjuk2..
pk ck tau la..



ek eleh..
yg kaw pegi kiri tu buat ape?
ina tunjuklah kanan..
igtkan tak tau nk bezekn kanan kiri!!!!!!!!!!!

akhrnye smpai jgk rumah ina..
tamatlah bebelan pk ck mengong yg tak terkate tu..
btw,lupe pulak nk amk no plate teksi tu..xpe2..
ak igt lg muke pk ck ngek ngok 2!!!
sumpah xnk naek teksi pk ck 2 lg..

ha..lg satu..
gamba teksi yg kt ats tu terlalu lawa untuk menggambarkan teksi pak cik tu yg buruk!!!!!!!!!!
tapi nk buat mcm mane..
gamba teksi yg d'search' dkt yahoo sumenye lawa..

Tuesday, November 3, 2009

Menghargai Penghuni Desa Damai.

Wah!... pejam celik pejam celik dah bulan November. Dah hampir sangat ke penghujung tahun 2009. November bermakna beberapa hari sahaja lagi pelajar sekolah akan bercuti panjang. Namun para guru banyak senarai kerja yang menanti. Yang paling memeningkan anak-anak akan bercuti, maka mereka telah sibuk mengatur perancangan hendak bercuti kemana? Anak-anak umi, tiada percutian selagi along tak habis SPM.

Sebenarnya umi bukan nak sentuh tentang cuti tapi ada perkara lain yang lebih penting iaitu "Penghuni Desa Damai". Topik ini ada kaitannya dengan peredaran masa....

Umi baru menerima langganan majalah Pelita Bahasa umi untuk bulan November... biasa la, bila dapat sesuatu majalah baru yang umi langganan tak sabar-sabar rasanya hendak umi membeleknya. Tiba-tiba umi tertarik dengan satu artikel " Menghargai Penghuni Desa Damai". Terdetik dalam hati mengapa pulak nama Desa Damai tertera dalam majalah ini. Sebagai salah seorang penghuni Desa Damai (taman perumahan ana tinggal) pastinya rencana ini sangat menarik perhatian umi....
Setelah habis umi membaca rencana ini tahulah umi apa yang dimaksudkan dengan Menghargai Penghuni Desa Damai . Timbul sebak yang mendalam di hati umi. Mahu rasanya umi menitiskan air mata.... rasa insaf dan sedar akan kehidupan yang fana ini. Bila-bila sahaja kita akan dijemput Allah... Seperti mana Penghuni Desa Damai yang telah disenaraikan dalam artikel yang umi baca itu. huhu... anak-anak umi kita dahpun lama menghuni Desa Damai ini, tapi kenapa kita tidak pernah terfikir rupanya nama desa yang damai ini digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk menamakan tempat persemadian orang-orang yang telah pergi dan tak kembali.

Umi harap ini satu peringatan untuk kita, anak-anakku! supaya sentiasa mengingati tempat persemadian kita yang kekal abadi, kerana sememangnya kita telah lama di sini !....

Saturday, October 31, 2009

Nak Kongsi Buku.


Salam,
Semasa program Solat Hajat dan Tahlil SMKSI yang lepas Pn Ropisah telah menghadiah semua guru di Sek Men. Keb. Seri Indah sebuah buku Yasin yang ana kira sangat menarik dan lain dari buku yasin yang lain. Sebanarnya bukan ana sahaja yang kata begitu tapi cikgu-cikgu lain juga. Anapun tak pasti buku ini dah ada di pasaran atau belum, tapi Syarikat pengedar, penerbit dan pencetak semuanya diusahakan sendiri oleh Puan Ropisah dan suaminya. Baliau merupakan guru Seri Indah yang begitu dedikasi dan begitu bermurah hati. Terima Kasih Pn Ropisah, semoga usaha anti mendapat ganjaran Allah. Ana sendiri telah membeli 10 naskah untuk dihadiahkan kepada tetamu yang hadir semasa opend hause lepas. Alhamdulillah itu yang mampu setakat ini. Yang berminat boleh lawati laman webnya http://www.abadsinergi.com/yasinemas.html

Musim Haji Datang Lagi...



Musim Haji Datang lagi. Mengundang sedih dan pilu di hati. Teringat kenangan tika ana di Tanah Haram dulu. Menjadi persoalan diri, masih adakah peluang untuk ana menjejakkan kaki ke Bumi Haram itu lagi? Hasrat dan harapan tetap tinggi, justeru sebaik tiba ke tanah air dulu ana dan suami terus mendaftarkan diri untuk tersenarai menjadi tetamu Allah semula. Tapi entah bila Allah sahaja yang tahu.
Tengok gambar-gambar yang ada ingatan semakin segar!
Di Jabal Rahmah
Kepada rakan-rakan di Seri Indah yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini, Selamat mengerjakan Haji. Khususnya kepada, Pn Rosyatina dan suamai, Pn. Faridah Husin. Begitu juga kepada umat Islam yang lain. InsyaAllah Semoga mendapat haji mabrur. Amin ya Rabbil alamin.
Di Hadapan Ramah Tempat kelahiran Rasulullah. kini telah menjadi Pusat Sumber

Di Masjidil Nabawi

ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?

Buku ini sebenarnya pemberian daripada suami tercinta. Dia belikan untuk umi masa pameran buku di tempat kerjanya.. Abahpun kena baca jugak tau!...
Umipun sebenarnya belum sempat baca. Tapi dah go throw la... Buku yang ikah beripun belum abis lagi...

Berikut Intisari buku tersebut.



Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Harga : RM17.00
Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Pengarang : Dato' Dr. Haron Din
Mukasurat : 176 halaman
Cetakan Pertama : 2007

Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia. Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.

Oleh kerana itu, Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

Buku ini memfokuskan aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam sebenar dengan kesedaran yang ilmu ini adalah aspek penting dalam memastikan masyarakat Islam terus maju dan cemerlang. Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Justeru, saya berusaha dalam memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehensif di dalam buku ini. Ini termasuk rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mendapatkan jawapan, “Ada apa dengan Islam?” Saya berusaha memberikan yang terbaik namun hanya Allah yang berupaya melakukan yang terbaik. Oleh itu, ini sahaja yang mampu saya usahakan daripada ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya yang pastinya sedikit. Namun, daripada yang sedikit itulah, saya berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah jua kita memohon taufik dan hidayah.

Majlis "Hi-Tea" Akhir Tahun 2009

Wah! dah nak akhir tahun, pelajar-pelajar SPM sibuk mengukuhkan bekalan untuk turun ke medan perjuangan tak lama lagi. Di samping kesibukan itu, (selalunya cikgu lagi sibuk daripada pelajar menyediakan diri pelajar untuk exam) rutin tahunan tidak dilupakan. Meraikan guru-guru dan kakitangan sokongan yang mungkin akan bertukar tahun depan.



Dengan bertemakan pakaian Merah Hitam... guru-guru dan kakitangan SMKSI dengan gaya tersendiri telah hadir di Grand Ballroom Equatorial Hotel BBB. Seronok tengok gelagat mereka. Cikgu lelaki, biasalah Cikgu Abdul Haris akan menarik perhatian hadiran yang lain.Dengan berblezer Hitam dan bertali leher hitam beliau muncul sebagai MC cabutan bertuah.Telatah mencuit hati beliau memang menjadi.

Hehe.. penulis pun kenalah ikut juga tema. Pakai jugalah baju Merah hitam yang cik abang cayang belikan di Trengganu. Satu Pasar Payang cari baju merah hitam.


En. Amin Minhad mempersembahkan gurindam 1Malaysia.

Biasalah program-program macam ini pastinya akan didahulukan dengan ucapan-ucapan panjang... Mula-mula Pengerusi KKGK, Datin Aniza. Okeyla.. alu-alukan tetamu. ringkas tapi menarik. Lagipun ucapn mula-mula masih boleh dengar dan perut masih boleh menahan lapar. Ucapan kedua, puan Pengetua. Mukadimahnya beliau berkata tak akan cakap panjang-panjang sebab beliau maklum ramai yang dah lapar.... tapi nya dalam kata nak berhenti cepat tu setengah jam tak jugak berhenti. Huhu.. cikgu Fadzilah dan kak yati dah sibuk lapar. Penulis pun sama jugak. Encik Loh dah buat muka seposin tapi pengetua buat macam ak faham je... hehehe.. nak tergelak ada jugak. bincang pulak perkara yang heavy2, kesian pengetua.. kasian cikgu.. Yang best dan kelakarnya dah hampir setengah jam berucap baru pengetua nak keluar teks yang En.Amin tulis untuk majlis petang itu.. lagila cikgu-cikgu 'bengkek'... nak buat macam mana dapat pengetua yang memang suka bercakap.. Kami para pentadbir dah lali dalam mesyuarat pentadbir, Kalaulah tak sebab Solah Zuhur nak habis waktu, pukul 5 pun belum tentu habis lagi dari pukul 12 tengah hari.

Akhirnya, majlis berakhir pukul 5.15. Okeyla... timeing pukul 5.00.

Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa.

Aisya, nama yang ibu bapa aku berikan sejak lahir. Aku mempunyai seorang sahabat karib yang aku kenali sejak kecil iaitu Fasha. Aku sangat menyayanginya. Kami selalu bersama-sama, berkongsi suka dan duka. Antara kami tiada rahsia lagi.

Semasa di sekolah kami duduk sebelah menyebelah. Di mana ada aku pasti ada dia. Hubungan kami seperti isi dengan kuku. Kawan-kawan juga sering melebelkan kami seperti belangkas. Hubungan kami sangat akrab dan bahagia sehinggalah kemunculan rakan baru dalam kelas kami. Guru telah memperkenalkan rakan baru kami itu di hadapan kelas. Kartina namanya. Kebetulan di belakang tepat duduk kami ada satu tempat duduk kosong. Maka Fasha mengalu-alukan Kartina untuk duduk di situ. Sampai sahaja waktu untuk pulang kami berangkat pulang bersama-sama sambil berbual-bual. Kami bertanyakan serba-serbi tentang dirinya. Hari demi hari hubungan kami semakin rapat. Khususnya Fasha kerana rumah Fasha hampir dengan rumah Kartina.

Kehadiran Kartina telah merenggangkan hubungan aku dengan Fasha. Fasha lebih banyak besama-sama kartina berbanding aku. Suatu hari Fasha tidak hadir ke sekolah. Tetapi anehnya kartina sangat baik dengan aku pada hari itu. Malah dia menawarkan dirinyan untuk duduk di sebelahku bagi menggantikan tempat Fasha yang tidak hadir ke sekolah hari itu.

Dalam perbualan kami, dia banyak menyentuh tentang keburukan Fasha. Dia juga menyatakan bahawa sebenarnya Fasha berpura-pura baik denganku.. Lebih memedihkan hatiku dia memberi tahu bahawa aku tidak layak disukai oleh Afri iaitu pelajar lelaki yang meminatiku di kelas. Mendengarkan hal itu hatiku menjadi panas. Perasaanku bagai dihiris sembilu. Aku begitu ikhlas dengan Fasha. Kenapa Fasha memperlakukan aku begini? Itulah fikirku waktu itu. Perasaan marah dan sedih menguasai diriku. Aku hilang pertimbangan.

Pulang dari sekolah aku terus berkunjung ke rumah Fasha. Aku pergi dengan perasaan marah dan langsung tidak memperdulikan Kartina. Seribu persoalan bermain-main di fikiranku. Benarkah Fasha benci akan aku?Benarkah dia tidak hadir ke sekolah kerana tidak mahu berjumpa dengan diriku seperti yang dimaklumkan oleh Kartina?

Setibanya aku di rumah Fasha aku lantas memberi salam. Fasha datang untuk membukakan pintu. Sebaik sahaja Fasha membuka pintu, aku terus memarahinya dengan kata-kata yang kesat dan kasar. Aku langsung tidak memberi peluang kepada Fasha untuk membela dirinya. Setelah puas, aku terus pergi meninggalkan Fasha termangu-mangu. Fasha terkejut dan menangis mendengar kata-kataku.

Setelah beberapa jam keseorang di rumah, tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon yang membuatkan aku berasa bersalah seumur hidupku. Ibu Fasha telah menghubungiku. Dia memaklumkan aku bahawa Fasha mendapat kemalangan. Aku lantas terkenangkan perbualanku dengan Katina di sekolah tadi dan tindakan aku menyerang Fasha di rumahnya.

Aku lalu bergegas ke hospital. Aku terkejut melihat sekujur tubuh Fasha terbaring di atas katil hospital sambil memakai alat bantuan pernafasan. Menurut cerita ibu Fasha, selepas aku meninggalkan Fasha tengah hari tadi, Fasha terus muram dan sedih. Fasha minta izin keluar untuk menemuiku. Walaupun ibu melarang kerana bimbang dengan keadaannya tapi Fasha berkeras juga mahu keluar kerana mahu menjernihkan semula keadaan yang sedang kusut katanya. Waktu itulah Fasha terlibat dalam kemalangan. Basikal yang dikayuh oleh Fasha telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang.Mendengarkan hal itu aku terus menangis tesedu-sedu.

Tiba-tiba Fasha sedar dari pengsannya. Fasha memanggil namaku. Dia seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu. Fasha bersuara dengan nada yang amat perlahan sehinga aku terpaksa mendekatkan telingaku ke mulutnya. Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana deman. Dia juga mengatakan bahawa dia sangat menyayangiku. Semua yang Kartina nyatakan adalah dusta semata-mata. Setelah itu Fasha tidak sedarkan diri semula. Beberapa jam kemudian doktor mengesahkan Fasha telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, ampunkan aku, Aku telah menyebabkan kehilangan nya seorang rakan yang sangat aku sayangi. Aku menyesali perbuatanku. Kalaulah aku tidak mempercayai kata-kata Kartina, Fasha tidak akan mati. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa! Aku menyesal....


Markah: 77/100

Karangan hasil karya
Wan Nur Amalina
4SG (Kumpulan 2)
Sek. Men. Keb. Seri Indah

Saturday, October 24, 2009

Cahaya Mata






Cahaya Mata,
Anugerah Yang Maha Esa,
Penyeri keluarga
Generasi Peneraju Negara

Friday, October 23, 2009

Hadiah Buku dari Ikah.

Cuti Deepavali baru-baru ini ikah balik, sempat juga dia beli dan hadiahkan umi sebuah buku!... Terima Kasih. Patutlah beriya-iya benar ikah nak singgah Alamanda dan nak pergi MPH... InsyaAllah umi akan segera baca. Actuali dah startpun.. Cuma awal-awal ni dia slow sikit... Umi dah cari dalam internat berikut sedikit ulasan tentang buku tersebut... Quite heavy. Tapi umi ingat pesan Ikah, "Umi jangan lupa baca buku yang ikah hadiahkan itu tau"...

InsyaAllah umi pasti akan baca.




"Sebuah karya berupa pengkajian yang serius mengenai Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan studi tiga kitab utama Al-Quran, Taurat dan Injil dan dikupas secara tematik ilmiah. Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang berat kerana mendalami aspek teologi dan kajian klasik tetapi saya teruja pada pendekatan perbandingan yang digunakan oleh pengarang. Saya percaya pembaca tidak akan rugi membeli karya ini malah yakin mereka memperolehi maklumat baru dalam menafikan tuduhan terhadap Al-Quran sebagai kitab memplagiat kisah lampau. Kupasan pengarang menjadi lebih menarik apabila berupaya merungkai seluruh persoalan sampingan seperti Zulkarnain dan dinding besi antara dua gunung seperti pembentang surah al-Kahfi sebelum sampai kepada natijah interpretasi Yakjuj dan Makjuj".
- Prof. Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Universiti Malaya

KANDUNGAN

Bab 1: Mengenali Inskripsi Yahudi
Bab 2: Suara-Suara Dari Padang Gurun Tentang Zulqarnain, Yakjuj Dan Makjuj
Bab 3: Genealogi Yakjuj Dan Makjuj Dalam Inskripsi Yahudi
Bab 4: Gerombolan Nomad Scythia Adalah Gog Magog
Bab 5: Sejarah Timur Tengah Dan Yahudi: Penglibatan Bangsa Barbar Scythia
Bab 6: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Kerajaan Hitti, Urartu
Bab 7: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Samaria, Israel
Bab 8: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Nineveh, Assyria
Bab 9: Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Jerusalem
Bab 10: Nabi Ezekiel Memaklumkan Kedatangan Gog Magog
Bab 11: Nabi Yunus Mengingatkan Tentang Yakjuj Dan Makjuj
Bab 12: Nahum Dapat Melihat Dekatnya Kehancuran Nineveh
Bab 13: Amos Dan Joel Mengibaratkan Keluarnya Gog Magog Seperti Serangan Belalang
Bab 14: Peringatan Nabi Jeremiah Dan Kebebalan Bani Israel Tentang Bahaya Gog Magog
Bab 15: Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Pada Akhir Zaman Dalam Inskripsi Yahudi
Bab 16: Jawapan Atas Putar Belit Evangelis Barat Tentang Gog Magog

Harga = RM31.50 (Sem) RM34.50 (Sab/Swk)
Mukasurat = 564
Penulis = Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko
Penerbit = PTS Islamika Sdn Bhd


Hehe... umi dah tahu harganya.. beriya-iya nak sorok harganya daripada Umi. Tahu jugak.

Peranan Ibu Bapa Mengatasi Masalah Sosial Remaja



Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang baru lahir dalam bilik air di sebuah sekolah menengah di Gurun. Apa yang lebih menyedihkan ialah masalah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan bakal mencorak kegemilangan negara kelak. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung masalah ini. Namun, masalah ini masih gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa selaku golongan yang paling hamper dengan remaja perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah remaja pada masa ini.



Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun, sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya, seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini, ibu bapa perlu bekerja keras demi menjamin kehidupan yang stabil. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Contohnya, ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mencari keseronokan di luar dan terjebak dengan budaya yang tidak sihat seperti melepak, merempit, dan mengunjungi pusat-pusat hiburan.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2007, 90 peratus daripada pelajar yang bermasalah mempunyai latar belakang keluarga yang juga bermasalah. Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan suasana `Rumahku Syurgaku’ supaya anak-anak berasa seronok dan tidak tertekan berada di samping keluarga. Bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ada menyatakan ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Masalah dalam keluarga memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak. Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan tekanan tersebut di luar rumah. Contohnya, mereka akan membuli rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keharmonian rumah tangga.

Di samping itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui, rakan merupakan golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa. Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita turut berbau harum dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga akan turut terkena percikan apinya. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan anak-anak mempunyai rangkaian rakan-rakan yang positif dan berminat untuk belajar. Sifat lepas tangan sesetengah ibu bapa yang tidak menghiraukan keadaan anak-anak, mereka akan mendedahkan remaja tersebut untuk berkawan dengan mereka yang bersifat negatif dan terdorong untuk terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merokok, mencuri, dan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, keprihatinan ibu bapa sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial dan jenyah.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya menyiapkan anak-anak dengan sifat-sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka kepada masyarakat kini yang semakin buas seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas tambahan akademik berbanding program-program kerohanian, dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan diri seseorang. Pandangan ini sudah semestinya salah dan harus diubah. Sesungguhnya, tamadun Rom yang pernah gah suatu ketika dulu mampu membina tamadun dan melakar sejarah yang agung kerana rakyatnya mementingkan kestabilan antara unsur rohani, mental, dan fizikal. Sesungguhnya, didikan agama penting dalam mengawal perlakuan remaja supaya mereka tidak terjebak dengan budaya negatif.

Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah remaja pada masa ini. Ibu bapa haruslah menyedari bahawa anak-anak ibarat pohon kecil yang perlu sentiasa dibaja dengan kasih sayang dan digemburkan dengan semangat dan harapan agar mereka dapat tumbuh menjadi remaja yang mampu menggalas aspirasi negara pada masa hadapan.



Markah: 76/100

Karangan hasil karya;
NUR SAKINAH BINTI MUHAMMAD FAIZAL
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG