Followers

Monday, May 31, 2010

Ke manakah roh selepas keluar daripada jasad?....

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Waallhualam...

Sunday, May 30, 2010

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

WalAllahualam

Thursday, May 27, 2010

5 RUKUN KEHIDUPAN

Intipati Forum perdana Di Masjid Sungai Merab Luar yang dimoderatorkan oleh YB Dr. Hassan Ali.


Imam Syafie dalam bukunya telah menyatakan rukun kehidupan terbahagi kepada 5, iaitu,


1. Agama 2. Nyawa
3. Ilmu atau akal
4. Nisab keturunan
5. Harta


Namun begitu Imam Syafie menjelaskan semua rukun kehidupan ini tidak akan dapat dilaksanakan atau disuburkan dalam sesebuah masyarakat tanpa kuasa atau tampuk pemerintahan Islam.


Imam Syafie memberi contoh semasa Rasulullah di Mekah dan Madinah. Kelima-lima rukun ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya semasa kehidupan baginda di Mekah sebaliknya semasa di Madinah baginda telah dapat melaksanakan semuanya dengan sempurna kerana tampuk kekuasaaan ditangan umat islam.

Itulah intipati yang dapat diingati. itulah kalau gi majlis ilmu tak bawa kalam dan kertas. sedikit sahaja yang dapat dikutip.

Waalluhualam...

Open Your Eyes By Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain

And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind

To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)

Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

..ekah..

Tuesday, May 25, 2010

TERTUTUPNYA FAIL UIA (PART 2)

Assalamualaikum..
ceh...bercerita sampai banyak part konon.bajet jek!..but seriusly mmg banyak nak cerita cuma..im not that kind a person that like to publish everything.

ekoran daripada TERTUTUPNYA FAIL UIA.sebenarnye saya pun tak pasti.betul ke tindakkan saya tutup fail UIA tu?..tolonglah jangan serabutkan otak.ok walau apa pun semuanya dh terjadi.sekarang mmg ade satu je pintu.dan itulah pintu yang saya perlu masuk untuk keluar.harap-harapnya inilah terbaik.saya percaya

ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHU TETAPI APA YANF KITA PERLU


setakat ni.komen yang saya terima untuk ke KMB.agak kurang memberansangkan.anyway..terima kasih sangat2 kepada sahabat2 yang sangat memahami keadaan saya.terutama SARAH IMAN.(hehehe).saya pun jadi eager nak tahu seteruk mana hidup kat sana.ramai cakap payah.kalau nak ikut kan payah.hidup kat KISAS pun payah jugak sebenarnye. (bagi saya lah).but yet...itulah kolej yang banyak mengajar saya serba serbi.so..insyaAllah this will be my second college.please pray for me.

TERTUTUPNYA FAIL UIA (PART 1)

Assalamualaikum...
apa ya nak tulis.huhuhuh...kesian ummi.dah berape kali dah suruh saya tulis kat blog pasal 'cerita-cerita terbaru'.bukan tak nak tulis.cuma rasanya macam takdelah penting mane sebenarnya.sebab saya percaya berjuta orang kat luar pun ade cerita sama je ngan apa yang saya nak cerita.
Cumanya...mungkin cerita ni lain sikit.berkaitan dengan

"TERTUTUPNYA FAIL UIA"


semuanya bermula bila encik2 MARA menangguhkan keputusan PILN.aduhai....cuak semua ada.yelah..kalau nak masuk UIA, tinggal seminggu je.borang belum siap.barang bersepah lagi.BA tak revise lagi.

saya pun bukan sure lagi mana nak pergi.Ingatkan...kalau encik2 MARA tu umumkan awal sikit...bolehlah nak discuss ngan umi and abah. (saya mmg ada masalah nak buat keputusan sendiri..ngeeee).tup tup die buat suspen pulak.kitorang tak abis2 cakap diorang sengaja komplot nak suruh kitorang bayar yuran.hehehe.
takdelah sebanyak ni rasenye

maka dari hari itu...bermula lah hari2 yang penuh penantian.mmg betul cakap orang.penantian satu penyiksaan.setiap harilah along tu bukak FB.

manelah tau ade ape2 news.sbb biasanya kawan2 saya tu mmg cepat, pantas dan efisyen.namun...mmg bukan rezeki agaknya..
suasana ni berlanjutan sampailah ke hari khamis.sbb ada ura-ura yang mengatakan result tu keluar hari khamis.malangnya sekali lagi takde pape.

maka...mulalah episod 'huru hara vs menggelabah'.borang2 UIA banyak lagi yang tak settle.aduhai....kelam kibut dibuatnya.boranglah...barang2 kelengkapan..banyaklah lagi.Abah kata better prepare for the worst.worst??..yelah..saya bukan sure lagi dapat MARA tu.kate kanlah ditakdirkan tak dapat.mau tak nye haru hari.esok je dh nak masuk UIA.

apa kaitan ngan gambar ni??? saje je iklan
JUMAAT (hari yang dinanti)..
haritu abah ngan saya keluar satu hari.bukak account, buat x-ray dan matikan setem.sebenarnya haritu dh rancang nak keluar ngan zaim.tapi sbbkan banyak bende tak siap lagi.so,,,batal.walau bagaimanapun...still ada satu bende lagi along tak buat.BAYAR YURAN!!!!..masa pegi bank tu,,,abah tanye kat pakcik bank tu ..

"bank harini tutup pukul berape ek?"
"owh..harini pukul 4.15"

mak aiii....kiranya kitorang ade 15 minit je kalau nak bayar yuran UIA (sekiranya gagal MARA).masa ni paling kritikal sekali.klaka pun ade.aduhai...Abah kate

"takpe...pukul 3.50 abah pergi bank.tunggu kat luar je.any result, you call me.if you didnt get it..so then i'll pay the fee"

tepat jam 3.00 petang.saya still lagi dalam kereta.masa ni saya dok pikir..

''mesti FB tengah banyak komen2 dari budak2 JPA yang dapat scholar.yelah...diorang punye result kan keluar pukul 3.00"

balik je dari selesaikan semua hal.terus bukak laptop.(dengan harapan agar MARA tak tangguh result macam JPA).

masa ni.satu je bende yang terbayang kat fikiran.suasana sama je macam menunggu sheikh muszaphar berlepas ke ISS.rasa setiap minute tu counted.

bile tengok gambar ni teringat kat MZ group.miss u all so much

abah anytime je ready nak keluar pg bank.kebetulan,masa tu tengah chat ngan sari.(mmg takdirlah sari).tanye sari, dia pun tak bayar yuran lagi.so...saya kate je kat abah.tak payah bayarlah yuran tu.esok kat CFSIIUM jelah kita uruskan.
TEPAT JAM 4.00 PETANG
bukak potral MARA...takde pape pun.dan..beberape minut kemudian..alhamdulillah...dah boleh check.masukkan ic...then...it happened!

NAMA : NUR SAKINAH BT MUHAMMAD FAIZAL
KURSUS : PERUBATAN
PROGRAM/TEMPAT : INTERNATIONAL BACCALAUREATE/ KOLEJ MARA BANTING


tak tau nak cakap ape mase tu.Alhamdulillah..along dapat.bagi tau ummi, abah and ya.

itulah kesahnye.menarik tak? hehehe..penuh dengan aksi dan debaran..
jadi TERTUTUPLAH FAIL UIA.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Salam alaik...

Kepada semua student cikgu di SMK Seri Indah atau di mana sahaja berada tak lupa kepada anak-anak umi, Amira, Syafiqah, Syukri dan Ain...



Semoga kalian berjaya.... InsyaAllah.

Ya Allah berilah kejayaan kepada mereka.. Amin

wassalam

Sunday, May 23, 2010

Aduhai... Book Review

Salam alaik.....

Sebenarnya kena buat book review ni.... tapi tak tahu nak tulis apa.. Bukanya tak baca buku... memang banyak buku yang dibaca cuma nak tulis dalam book review tu teramatlah menyampah dan malasnya... Tapi macam manapun kenalah buat jugak.. sebelum ni suruh pelajar je yang buat kerja rumah. Sekarang rasakan pulak..

Sebelum akhir bulan ini ana kena hantar satu lagi book review yang kedua. Inilah kerjaya guru. Kalau mengajar di kelas tu memang tak menjadi masalah tapi bila kena buat kerja-kerja macam ni memang memeningkan kepala... Ini baru hantaran kedua.. menyusul ketiga, keempat hingga ketujuh... semoga ana dapat menyudahkannya... nak tak nak kena sudah jugak..

Nak buat macam mana... peruntukkan takde nak buat kursus LADAP kenalah buat book review.
Apapun, Kenalah fikir positif. Demi mertabatkan profesion perguruan kena banyak berkorban!

Pelajar-pelajar tengah exam... kertas banyak yang perlu diperiksa..

Semoga Allah melapangkan dada dan memudahlan segala urusan. InsyaAllah.

Wassalam

Friday, May 21, 2010

Tahniah...


Salam alaik...
Setelah menunggu.... dengan pelbagai rasa, akhirnya alhamdulillah hasrat dan cita-cita along ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya UK dalam bidang perubatan tercapai...

Tahniah along, sesungguhnya cabaran yang menanti along lebih besar dan mencabar lagi pada masa hadapan... Kena kuatkan semangat dan kuatkan iman. rasanya dah cukup bekalan yang umi dan abah serta cikgu-cikgu along berikan sebagai panduan dan pegangan.

Umi seisi keluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan along selamanya. Semoga kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada adik-adik yang lain.

Wassalam.

Wednesday, May 19, 2010

TERIMA KASIH.....

Salam alaik....

Rakaman terima kasih kepada semua pelajar yang mengingatkan cikgu akan tanggungjawab cikgu dan kepada rakan-rakan guru yang menghantar SMS dengan pelbagai ucapan yang kreatif..

cenderahati ku....

Wassalam

Tuesday, May 18, 2010

Warkah Hari Guru

Salam alaik…

Setiap kali melalui hari guru pasti pelbagai perasan dirasa tak kurang juga pelbagai pengalaman baru di tempoh. Walaupun telah himpir 20 tahun aku menggalas tugas guru, namun pengalam baru yang mengusik jiwa guru pasti kurasa setiap kali datangnya hari guru.

Jika hari guru tahun lalu 2009, jiwaku terusik bila bekas pelajar ku Athirah dan pasukannya datang dengan sebiji kek ke Seri Indah untuk meraikanku… tahun ini lain pula ceritanya.

Semalam ketika aku, suami dan anak-anak sedang asyik megadap makan malam (walaupun petang sebenarnya) kami dikejutkan dengan bunyi loceng. Rupanya seorang ibu yang memang amat kukenali datang membawa bingkisan dan pesan.

“Nak sampaikan pesan dan bingkisan daripada Fatihah ni”, katanya ingin segera pulang untuk masak makan malam .

Rupanya sekotak ’cup cake’ yang sangat berwarna warni dan menarik. Anak-anakku menerimanya dengan rasa gembira... perasaan terharuku menyelubungi kalbu.. Tak pernah kupinta sebegini rupa. Terima kasih Fatihah... Aku latas mengirimkan SMS terima kasihku... rupanya kek itu buatannya sendiri. Sungguh bermakna.

Inilah "kek Fatihah". TQ.... boleh oder kalau teringin

Tapi apa yang lebih penting, yang ingin aku kisahkan di sini ialah tentang sepucuk surat. Di celah-celah longgokkan hadiah hari guru di atas mejaku terselit sepucuk surat tanpa nama. Aku tidak membukanya sehingga aku meminta kepastian daripada Amirah anakku ”surat siapakah ini?”. Bimbang jugak bukan untukku. Tapi akhirnya kubuka juga dengan hujah, terletak di atas mejaku, maka pastinya aku yang punya. Ya. Memang untukku!..

Bait-bait ayatnya aku baca… dua muka surat penuh. Ayatnya biasa-biasa sahaja. Aku tahu bukan dari pelajar yang mahir berbahasa. Namun, ucapanya telus, dan berterus terang... di akhir suratnya tertulis, “Daripada, Pelajar Rahsia.” Aku menyimpannya.

Usai beberapa ketika... dalam keadaan yang lebih selesa dan tenteram dari kebisingan di bilikku, surat itu aku buka semula. Aku meneliti semula baris kata-katanya. Menitis dan berderai air mataku.... Kuulang baca berkali-kali bukan kerana seronok dipuji tetapi kerana menyesali malangnya pelajar ini.... bait kata-katanya kuamati....

”seumur hidup saya di sekolah saya tak pernah dilayan baik...”

Benar-benar menguris jiwa guruku, Terpacol soalan ”Siapakah guru-gurunya selama ini?” Aku turus meneliti ayatnya lagi,

“Saya tak suka belajar sebab cikgu-cikgu dulu tak pernah ambil berat pasal saya...”

Kata-kata ini membuatkan saya malu menjadi seorang guru... ayat-ayat tersebut aku ‘hilightkan’ sebagai ingatan supaya aku tak menjadi antara guru yang dimaksudkan!..

Itulah kita.... minta dihormati, diingati, dan disanjung, terlalu ghairah menyambut hari guru... tapi pernahkah kita memuhasabah diri dan memikirkan ikhlaskah kita selama ini mendidik anak-anak murid kita?. Pernahkah terlintas dipemikiran kita bahawa ada anak didik kita yang keciwa dan putus asa dengan gurunya.... begitu culasnya kita!... yang cuai dan lalai dengan tanggungjawab kita.

Warkah tersebut menjadikan aku insaf tentang tugas guru.... Ada kalanya kita terlalu memberi lebih ruang kepada pelajar yang pintar hingga terlupa kepada pelajar yang lemah. Sedangkan mereka juga ada cita-cita dan keinginan untuk berjaya. Merekalah sebenarnya yang lebih memerlukan bimbingan dan mahu dibelai jiwanya...

Walaupun cikgu masih belum dapat mengesan pelajar rahsia ini tetapi cikgu berjanji untuk menebus kembali kesilapan cikgu-cikgu mu dahulu.

Nasihat cikgu untukmu pelajarku.... Jadilah kita seperti kura-kura dalam ‘perlumbaan kedua’.. kura-kura mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalan itu terlalu jauh baginya sebab memang jauh. Jika dekat masakan arnab tertidur di tengah perjalanan. Walaupun begitu kura-kura mencuba juga. Kura-kura tetap terus berusaha meneruskan perjalanan walaupun dia tidak nampak arnab di hadapan. Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi kerana tetap menyahut cabaran arnab dan tak mahu dihina. Mungkin inilah padanan hidup kita.... yang akhirnya kura-kura tetap berjaya menjadi JUARA!

Seperti permintaanmu memohon cikgu mendoakan kejayaanmu... pastinya tak akan pernah cikgu lupakan. InsyaAllah.

Wahai murid-muridku... kaulah inpirasi kerjayaku, memberiku ilham dan suntikan semangat ....untuk menjadi guru yang lebih baik!

Wassalam

DO YOU KNOW WHAT WEEK IS NOW?


It's exam week.ngeeeee...gerunnye minggu ni.minggu penuh ngan ketensionan,kerunsingan,dan seumpamanya.kalini kurang sorang yang tension nak peksa.sbb along still dgn non-stop-honey-moon.hehehe..jangan risaulah along.it will come to an end shortly.
jadinya saya nak ucap veryy
to

NUR AMIRAH BT MUHAMMAD FAIZAL (SPM)
NUR SYAFIQAH BT MUHAMMAD FAIZAL (PMR)
MUHAMMAD SYUKRI B. MUHAMMAD FAIZAL (D5)
NURAIN SOFINA BT MUHAMMAD FAIZAL.(D3)

along tak tau nak bagi ape.cuma bagi sokongan moral and tips yang tah pape kat rumah.sorrylah kat ikah sbb bagi 'UP SIDE DOWN' punye tips..terbalikkan jele ape yang along cakap kat ikah.takkan lah ikah nak ikut pulak ape along cakap.(ke mmg ikah percaya???huh??)tulah..sape suruh call mase along tengah syok tengok simon santoso rebut piala thomas

sila abaikan encik dalam gambar ni
die bjaya membelasah encik yang mewakili Malaysia dan Indonesia

Anyway hope u all will do ur best.Usahalah sungguh2 dan doalah yang terbaik.kadang2 tak semua yang kita rasa baik tu baik.dan mmg terbukti dalam banyak keadaan kegagalan lebih banyak mengajar .

"tapi along tak suruh korang sengaja nak menggagalkan diri.tu mmg cari naya.tapi kalau nak buat pun boleh..rilek arr..baru mid year exam.takkan pengaruh pape.
still have time to do the ..

kalau gagal sekalipun jadikan diri seperti bola.jatuh yang pertama menjadikan loncatan kedua lebih tinggi dan bermakna.Dan kalau berjaya pulak, jangan lupa banyakkan bersyukur dan berkongsi.sikit pun kejayaan tu tak membezakan anda dari yang lain sbb ini bukan final!.

Teringat masa nak exam dulu kat sekolah.Encik yang menjual I-Talk memang untung.tiap2 hari call ummi bagi laporan.ummi yang tak amik peksa pun jadi tension sama.apa boleh buat...
dan tak lama lagi,,,umi kene ready balik sbb along dh nak start belaja balik.

kepada ain and abang..saya sangat pelik akan ke'rilek'an kalian.

aik...macam same je..

"abang bawak pensil pembaris ngan pemadam je..."

tapi tak heran lah dulu masa sekolah rendah along pun macam tu jugak.tak pernah heran.kalau tau jawab.kalau tak tau TEMBAK.sampai berlubang kertas soalan.hihi..
but always remamber..

JANGAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA


thats all I think.please pray for us...


Happy Anniversary

Salam alaik...
My Dear Hubby..


17 Mei 2010 genap 19 tahun perkahwinan kami... Terima kasih suamiku... Umi hampir terlupa. Memang terlupapun... Sibuk dengan hari guru je...huhu..

Selepas solat maghrib ketika umi masih bertafakur di sejadah tetiba "fon call" masuk. Biasanya umi akan silent 'handfon' bila nak solat. Tapi kali ini telupa pula nak offkan. Bila nampak suami yang telefon, umi cepat-cepat angkat dengan 1000 pertanyaan bersarang di fikiran. Terkejut jugak sebab tak pernah pulak my hubby bawa handfon pergi masjid.. huhu.. gementarpun ada.

Kiranya, ada sesuatu yang istimewa tersimpan di dalam laci, dia minta umi ambil berserta sekeping kad yang sangat bermakna dan romantis. Berjurai air mata umi menatap dan membacanya.. terkejut umi dengan pemberiannya. Terharu tak terhingga... bait-bait katamu menusuk kalbu.

Maafkan umi jika selalu gagal menjadi isterimu yang terbaik dan sempurna..

SELAMAT UNTUK SEGALA-GALANYA.... amin!

Monday, May 17, 2010

Kemuncak Sambutan Hari Guru SMKSI 2010

Salam alaik

Setelah berhari-hari melalui sambutan pra hari guru... akhirnya sampai jua hari kemuncak.. disambut lewat sehari kerana semalam cuti..

Sambutan hari guru macam tahun-tahun lepas juga.. cikgu yang lebih beria-ia kerana para pelajar dalam mod exam... hari ini stat exam di SI untuk tingkatan 4 dan 5.


Perutusan dan amat pemimpin dibaca... Harapan amanat tidak tinggal retorik sahaja, usahanya tiada. Guru-guru prektikal yang ramai di SMKSI telah banyak membantu menjayakan upacara kemuncak hari guru kali ini... Bakat-bakat mereka memang dikagumi. guru muda mesti selalu mahu berusaha. Guru-guru senior menunjuk ajar mana yang perlu.



Guru-guru menerima pokok bunga sebagai hadiah hari guru daripada pengawas..




Tarian Semazau (?) bawah pimpina cikgu Diana Sofia (memang anak jati Sarawak)


Persembahan tarian Zapin; pimpinan cikgu hazren
Persembahan2 pelajar walaupun sedikit tapi sunggu menarik dan bersungguh2.
Tahniah kepada Pn dayana dan Cikgu Hazren

Wassalam..

Doa Hari Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , para sahabat dan anbiak

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Sattar, Ya Fa’alullima yurid,

Ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, sekalian muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman, justeru kurniakan kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Lorongakan hati kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata.

Ya Allah, Ya Mudabbiral amri

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar engkau anugerahkan kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri, kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar kami di arena pendidikan perdana.

Berikan jua kami kesihatan yang baik, akal fikiran yang tajam, semangat yang iltizam serta istiqamah dalam perjuangan membina anak bangsa tercinta.

Ya Allah, Ya Mukawwiral laili wan nahar.

Sejenak Pada Hari Guru

Kepada Semua Guru-guru yang mengajar ku....

Sek Ren. Keb. Paya Pasir Temerloh ( Pra Sekolah)
Sek. Rendah Keb. Sg. Merab Luar
Sek. Men. Keb. Seri Indah


Halalkan segala ilmu yang dicurah....
Nur Amirah bt Muhammad Faizal.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

salam alaik

Kepada semua warga guru sama ada yang mengenali atau tidak mengenali ana....

Tentunya keoada semua guru ana tercinta. Jasa guru tak akan ana lupa... apatah lagi anak murid mu ini amat memahami betapi perit getir dikau wahai guru mencurah ilmu dan membentuk insan berilmu...

Guru-guru tak kira di mana berada. Ramai juga yang telah oergi mengadap Ilahi. Kepadanya Al Fatihah sahaja yang dapat ana lampirkan, Semoga roh dakau sentiasa dicucuri rahmat. InsyaAllah.

Guru-guru Sek. Keb Paya Pasir (1974 hingga 1979)
Guru-guru Sek.Men. Tengku Ampuan Afzan Chenor (1980 hingga1982)
Guru-guru Sek. men Teknik Johor Bahru ( 1084 hingga 1084)
Guru-guru Sek. Men. Keb. Temerloh (1985 hingga 1986)

Begitu juga pensyarah-pensyarahku di Universiti kebangsaan Malaysia (1987 hingga 1992)

"Ya Allah berkati dan cucurilah rahmat kepada semua guru yang telah mendidiku menjadi insan berguna"

Wassalam

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana dan Hari Guru 2010

Salam alaik....

Maka hari yang dinanti-nantipun sampailah..... Gotong Royong Perdana dan sekali gus sambutan hari guru kecil-kecilan.... lain-lain cerita telah dimuakan dalam hantaran sebelum ini... so.. takde apa dah yang hendak diceritakan... lihat je senario.


hehee.... ada kek jugak!.....

Bilik GKMP turut mendapat sentuhan... hari-hari biasa tak sempat nak kemas.



Tengah membina landskep baru.... En Loh and team!

Anggota bomba turut membantu!.... ingat padam api je panggil bomba, rupanya gotong royong pun boleh?.

Bersemangat nya En. Loh.... sampai lupa nak makan...

Inilah anggota bomba... memancut air pada apa yang perlu.

Pn. omme... di mana-manapun tetap Bosss.....


Para pelajar menjamu selera semasa rihat!... kesiann atas lantai je...

Setelah penat berkerja...... kita menjamu selesa dengan pelbagai juadah yang dimasak sendiri oleh guru.... yang pastinya sangat sedap sebab dimasak dengan limpahan kasih sayang dan jampi serampah agar guru-guru dan murid terus maju dan iltizam dengan semangat juang mencurahkan ilmu dan sebagai murid menimba ilmu!..

Salam.... bertemu pula esok... eh... Isnin. Dengan upacara kemuncak dengan pelbagai perutusan! Pelbagai amanat kepada guru sebagai pembakar semangat dan pembaharuan tekad...

Wassalam....