RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassinkerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Followers
Thursday, September 30, 2010
Thursday, September 23, 2010
Couple Haram?
Untukmu*
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.
Tuesday, September 21, 2010
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
salam alaik...
Puasa sudah, Rayapun sudah, kini tiba pula musim peperiksaan... kepada
calon UPSR sedang bergelut
calon PMR bakal dijemput beberapa hari sahaja lagi
Calon SPM memang sedang giat mentelaah
kepada semua...
anak didikku...
anakanda ekah (PMR)
anakanda Amira (SPM)
do the best, let Allah do the rest
InsyaAllah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. buatlah yang terbaik demi masa depan kalian yang sangat panjang.
Umi doakan yang terbaik untuk kalian dan semoga kalian berjaya. Amin
Puasa sudah, Rayapun sudah, kini tiba pula musim peperiksaan... kepada
calon UPSR sedang bergelut
calon PMR bakal dijemput beberapa hari sahaja lagi
Calon SPM memang sedang giat mentelaah
kepada semua...
anak didikku...
anakanda ekah (PMR)
anakanda Amira (SPM)
do the best, let Allah do the rest
InsyaAllah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. buatlah yang terbaik demi masa depan kalian yang sangat panjang.
Umi doakan yang terbaik untuk kalian dan semoga kalian berjaya. Amin
Monday, September 20, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Cerita Raya 2010
Salam 'alaik...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA...
Lamanya tak tulis blog... nak kongsi cerita dan gambar raya dengan sedara mara...
hehe... Bermula dengan.....
SEBELUM RAYA!
Dalam perjalanan pulang ke kampung.. Alhamdulillah takde jem. Pemilihan waktu yang sesuai. bertolak jam 9pg. Rabu (2 hari sebelum raya)
Sehari sebelum raya... kesian ayam kg jadi korban.
Ketupat tak ketinggalan. biasala aktiviti blajar buat ketupat. takpernah menjadi-jadi. Sambung raya tahun depan!
ktiviti membakar lemang paling mencabar dan menyeronokkan. Setelah ketiasaan Pak Long n Pak Lang, Mak Ten n Anak mengambil tempat. Semoga Allah mencucuri Rahmat roh mereka berdua. Amin
Anak dara membantu di dapur... borak je lebih. sesekali jumpa.
Malam Raya... sungguh meriah dengan sinaran pelita.
Sampailah masa dinanti:
HARI RAYA PERTAMA:
Keluarga Pak Teh. Semua ada.
SEVENOFUS....Colourful.
Mak Lang n Lin... tanpa abang Isal kerana bertugas. Tahun kedua tanpa Pak Lang.
Keluarga Pak Ngah... ala-ala YB. maaf zahir batin!
Eh.. Pak Su n Mak Su... mana Along Jiha, Hafiz n Farhan?
......Ya Allah semoga kami bersatu lagi di Ramadhan tahun depan. Amin
SENARIO2 LAIN
Di rumah TOK KI (famili angkat abah)
Dengan sepupu- sepapat.
Sedara mara (raya kedua)
hehe... raya sebulan...
Amboi...along.
hehe.... ini posing apa pulak... singgah masjid sebelum balik KL. Alhamdulillah, perjalanan balik juga tidak terkandas dalam sebarang kesesakan.
Itulah ceritanya Raya tahun ini 2010.... semoga raya tahun depan kita tetap bersama. tidak ada yang berkurang. Mungkin bertambah. Yang lebih penting semoga kita dipanjangkan umur, sihat dan dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang. Amin.
Wassalam.
Thursday, September 9, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Monday, September 6, 2010
Selamat Datang!
hari ni, seven of us terima ahli baru,
dia comel,pandai ambil hati,kacak bergaya.
kesimpulannya,dialah yg terbaik dari ladang!!
taaadddaaaa!!!
dia comel,pandai ambil hati,kacak bergaya.
kesimpulannya,dialah yg terbaik dari ladang!!
taaadddaaaa!!!
nh la dia!
comel kan kannn??
okey jgn tgk lama2 nnt berkenan pulak!
buat pengetahuan semua, dia dah berpunya.
AMIRAHFAIZAL yg punya!
tapi,
tak pandai guna lagi.
kene baca manual.(ahah..skema je baca manual..tapi nk buat cmne guna simple2 bole la..untuk yg advance lagi kena blaja dulu..)
tapi bukan sekarang.daripada baca manual tu baik baca buku chemist yg setebal dua kamus tu!
memandangkan trial yg dah dekat sesangat nh.
lepastu nk spm pulak.lepas spm,plkn pulak!!erghhh!!!!!!!!!!
lepas plkn la jwbnye..
tuntasnya,saya akan baca manual tu lepas balik dr plkn!
kahkah..
yeye je nk baca.
btw,
terima kasih ummi+abah!
sanggup berkorban RM 1,912.00[camera + uv filter + screen protector]
harga sebenar RM 1,912.10..tapi dpt discount RM 0.10..
terima kasih pakcik kedai yg menjual!
-AMIRAHFAIZAL -
Saturday, September 4, 2010
Rahsia Tarikh Lahir!
JANUARI
Female or Male??? |
- bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
- peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
- suka smart, kemas dan teratur
- sensitif, berfikiran mendalam
- pandai mengambil hati orang lain
- pendiam kecuali setelah dirangsang
- agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
- mudah mendisiplinkan diri sendiri
- badan sehat tetapi mudah diserang selesema
- bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
- cukup sayang kepada kanak-kanak
- suka duduk di rumah
- setia pada segalanya
- rajin belajar dan kemahiran sosial
- sikap cemburu yang sangat tinggi
- berfikiran abstarak
- sukakanbenda yang realiti dan abstrak
- inteligent, bijak dan genius
- berpersonaliti yang mudah berubah
- mudah menawan orang lain
- agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- jujur dan setia pada segalanya
- keras hati untuk mencapai matlamat
- tidak suka dikongkong
- mudah memberontak jika dikongkong
- suka kegiatan lasak
- emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- mudah mempamirkan marahnya
- tidak suka kepada benda remeh temeh
- suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
- sangat berani dan suka memberontak
- bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
- pemerhatian yang tajam
- suka hiburan dan sukan
- suka benda yang bersifat seni
- sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
- berkecenderungan kepada benda yang tahyul
- amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
- berpersonaliti menarik dan menawan
- mudah didampingi
- sangat pemalu dan pemendam rasa
- sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
- sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- suka pada kedamaian
- sangat peka kepada orang lain
- sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- tidak cepat marah dan sangat amanah
- tahu balas budi dan kenang budi
- pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
- suka berangan-angan
- suka melancong
- sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- kelam kabut dalam memilih pasangan
- suka dengan hiasan rumahtangga
- punya bakat seni dalam bidang muzik
- kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody
Terima kasih. . . . . Thanks.
Salam 'alaik...
Ambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan guru dan para pelajar Seri Indah yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada ana sama ada secara langsung atau ucapan-ucapan terbuka di Pentas Petriotisma Tapak Perhimpunan sebelum cuti raya lepas.... tak tersenarai di sini satu-satu rasanya.
Kepada guru dan pelajar yang memberi kad raya, Pn. Mariayee, Pn. Omme, kelas 5 Sains dan satu lagi kad yang tak sempat cikgu nak siasat siapa yang beri kerana tiada nama. Juga tak lupe kepada yang memberi lain-lain ingatan seperti kuih raya, pulut kuning, kosmetik hehe... Pn. Hainon, Pn. Ong, Pn,. Hassenah juga terima kasih.
Daripada ana dan GKMP lain pula terimalah ini sebagai ingatan....
Ambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan guru dan para pelajar Seri Indah yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada ana sama ada secara langsung atau ucapan-ucapan terbuka di Pentas Petriotisma Tapak Perhimpunan sebelum cuti raya lepas.... tak tersenarai di sini satu-satu rasanya.
Kepada guru dan pelajar yang memberi kad raya, Pn. Mariayee, Pn. Omme, kelas 5 Sains dan satu lagi kad yang tak sempat cikgu nak siasat siapa yang beri kerana tiada nama. Juga tak lupe kepada yang memberi lain-lain ingatan seperti kuih raya, pulut kuning, kosmetik hehe... Pn. Hainon, Pn. Ong, Pn,. Hassenah juga terima kasih.
Daripada ana dan GKMP lain pula terimalah ini sebagai ingatan....
Yang paling best cuti ini tak perlu bertugas... seperti cuti-cuti panjang sebelumnya.. terima kasih kepada guru-guru non-Muslim kerana mengantikan tempat kami.
Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA. Seperti pesan anak-anak murid kita, hati-hati di perjalanan sama ada darat atau udara. Semoga selamat sampai ke destinasi dan bertemua sanak saudara tercinta.
Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA. Seperti pesan anak-anak murid kita, hati-hati di perjalanan sama ada darat atau udara. Semoga selamat sampai ke destinasi dan bertemua sanak saudara tercinta.
Wassalam
Hari-hari Terakhir Sebelum Raya
Salam 'alaik...
Alhamdulillah cuti sekolah pertengahan Semester kedua yang bergabung dengan cuti raya telah memberi ruang yang panjang kepada guru-guru Islam untuk memenuhi cuti yang agak lama sebelum raya ini sebaiknya. Guru-guru bukan sahaja mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan terakhir sebelum raya, seperti kuih muih dan pakaian anak-anak tapi apa yang lebih penting bagi ana ialah mempunyai ruang yang lebih selesa untuk memantapkan ibadah khusus.
Minggu Yang Sangat Sibuk.....
Salam alaik....
Alhamdulillah... hari ni bermula cuti. Cuti Pertengahan Semesta Kedua Persekolahan, diikuti dengan cuti raya maka satu cuti yang panjang jugak sebenarnya!...
Adoh!...nak menghabiskan seminggu terakhir sebelum cuti rasa nak tercabut nyawa. Rasa kaki tak jejak dunia. So cuti ini memang nak rihat secukupnya... persoalannya bolehke? sempatke?... InsyaAllah.
Thursday, September 2, 2010
Sumbangan Bubur Lambuk
Salam alaik.. salam satu Malaysia
Wah sibuknya SMKSI hari ini "full of program". Ada 3 program besar dan dalam 3 program itu terselit jugak program-program kecil. Program Memasak Bubur Lambuk program terakhir, setelah selesai penyampaian hadiah, khatam ql Quran cikgu-cikgu bergotong royong pula memasak bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada lebih 1800 pelajar Seri Indah tak kira Muslim atau non Muslim.
Program yang julung-julung kali diadakan ini sempena majlis Khatam al-Quran dan bulan Ramadhan memang sangat meriah...Semua pelajar dan guru pulang dengan berbekalkan semangkuk bubur lambuk.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mendapat kerja sama yang jitu daripada guru-guru dan pelajar. Terima Kasih cikgu2 tanpa bantuan cikgu, tentunya saya tak mampu menguruskannya sendiri. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki program ini menurut pengetua boleh dijadikan program tahunan sempena Ramadhan dengan beberapa penambahbaikan...
Sementera menunggu air mendidih, masak-memasak diketuai oleh cikgu Kamarudin dengan Pengetua sebagai Chef.
Beras yang telah sedia dibasuh untuk dimasak..
Guru-guru yang membantu bahagian asesseris bubur
Cikgu Rafidah n team yang sangat dedikasi... melecet2 tangan tersimbah bubur panas...
Cikgu Haris tak habis-habis menempel... menyeri suasana.
Bubur lambuk yang sedang dimasak... periuk yang ketiga.
Pelajar lelaki juga turut membantu..
Bubur diagihkan kepada pelajar... satu saja tau Fatin!...
Bubur2 yang telah siap dimasak dan dipecking telah diagih2kan kepada pelajar semasa balik iaitu 12.50.. akhirnya cekgu sendiri tak dapat merasa walaupun sesudu walaupun 3 periuk besar bubur lambuk dimasak... Alhamdulillah. Ada yang takdapat tu jangan nangis ye... nanti kita buat lagi.
Wassalam.
Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Duit Raya kepada Pelajar Miskin dan Yatim SMKSI
Salam 'alaik...
Program tahunan Ihya Ramadhan SMKSI akhirnya sampai ke penghujung... walaupun bulan Ramadhan masih berbaki seminggu namun SMKSI telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qurannya lebih awal memandangkan esok Jumaat 3 September , sekolah telah mula bercuti. Majlis Khatam al-Quran kali ni nampaknya lebih meriah dan tersusun. Penambahbaikan daripada program-program lepas... Program yang bermula sewal 8.45 pagi ni telah dihadiri oleh lebih seratus orang. Mereka telah mendapat duit raya dan buah kurma sebagai hadiah. Alhamdulillah, adeje rezeki.
Di samping itu diadakan juga penyerahan duit raya kepada 97 pelajar-pelajar miskin dan yatim SMKSI. Duit raya ini kesemuanya sumbangan guru-guru SMKSI yang sangat terkenal dengan pemurah dan penyayang. Alhamdulillah sepanjang cikgu menguruskan apa-apa program kerohanian cikgu tak pernah menghadapi masalah kewangan kerana ada sahaja cikgu-cikgu atau mana-nama pihak yang sudi menyumbang. Semoga hal ini akan berterusan dan Allah akan memurahkan lagi rezki kita untuk masa depan dan membuka pintu hati kita untuk terus bersedekah. Amin. InsyaAllah More you give, more you get!
Ustazah Syarifah tengah kira duit raya ke?...
Para pelajar perempuan yang hadir...
Para pelajar lelaki yang menjayakan program Khatam.. dengan diketuai oleh ustaz Fathli
Guru-guru yang free turut hadir.
Doa dan harapan cikgu kepada para pelajar dan diri cikgu juga kita akan meneruskan bacaan Al-Quran kita walaupun telah Khatam dan bulan Ramadhan telah berakhir. Amin
Wassalam.
Majlis Kemuncak penyampaian Hadiah Aerobikton
Salam alaik...
Akhirnya program Aerobikton sampai kemuncak dengan penyerahan hadiah-hadiah perdana kepada pelajar yang berjaya mengumpul kutipan terbanyak... 15 orang pelajar telah berjaya terpilih. Seperti yang dijanjikan sekiranya kutipan melangkaui RM100,000.00 maka sebuah hadiah motosikal akan diberi kepada pelajar yang berjaya membuat kutipan terbanyak. Kutipan keseluruhan hampir RM105,000.00
Namun ibu pelajar yang berjaya membuat kutioan terbanyak telah bermurah hati mengantikan motosikal dengan laptop sahaja. Memandangkan keselamatan anaknya. Hal ini dipersetujui dan dua buah komputer telah disediakan bagi mengantikan motosikal. Untuk pemenang utama dan kedua. terima kasih Pn Siti Hawa. Bukan orang lain PK HEM Seri Indah jugak...
Adam.. berjaya mengutip lebih RM1,200.00 tahniah dapat laptop. Berbaloila.
Pemenang Kedua mendapat netbook kutipan RM1100.00 lebih Tahniah Wong Jin Yee . Mantor bahasa Cina cikgu!
Selain laptop, 4 buah basikal juga menjadi hadiah.
tahniah Vinotheni.. salah seorang 15 yang terbanyak. mendapat handfon. Ada 6 handfon sebagai hadiah.
15 Pelajar yang telah berjaya memenagi 'Grend Prise' dengan hadiah masing-masing. menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana berusaha keras memajukan sekolah. Tahniah semua.
hehehe... di samping itu selepas penyampaian hadiah, para pelajar membuah ucapan raya dan menerima sumbangan sampul duit raya... Program ucapan ini akan bersambung esok pulak. Jumaat, hari terakhir sekolah sebelum raya.
Orang-orang kuat PIBG dan Boss SMKSI
Akhirnya program awal pagi ini berakhir dengan penuh kegembiraan. Cikgu gembira kerana target RM100,000.00 Aerobikthon berjaya. dan pelajar-pelajar gembira kerana dapat hadiah dan duit raya.
SERI INDAH TERUS MAJU!
Wassalam.
I'M COMING BACK HOME!!!!!!!!!!!!!!
yAYYYYYyyy.......!!!!!!!!!! after dah baper bulan eka terperangkap kat bumi "GOPENG" nie
akhirnya berjaya melepaskan diriku dengan suksesnya .. Bila ikah balik esok pada 3 SEPTEMBER 2010.......heheheheh abis lah.....ble eka blk nnt x de masa lah ain,syukri,ya ngan along nak pegang komputer........hehehehe~ nnnt umi jgn lupe jmput ikah ........jgn lupe plak....kcian kat ikah dtg jauh2 tp x de org dtg jmput.........k pape pown jmpe esok k!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kat cni ad beberapa PLAN yg telah dibuat utk preparation 4 PMR 2010....
1.Study......
2.X nak tido lame2
3.Raye biasa2 jer...jgn over sangat....
4.seterusnya akan dipikirkan nnt........
PERSONALITI DIRI BULAN SEPTEMBER
Salam 'alaik..
Berjumpa lagi... Wah.. dah bulan september... Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh Ain, kerana bulan ini bulan kelahiran dia... Oktober PMR. ekah exam. November SPM. Amira pulak.. sekejap sungguh masa berlalu.
Meh kita tengok personaliti anak-anak kelahiran bulan ini.
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
Hehe rasanya 10 peratuspun takde sifat Ain anak umi. Mungkin belum lagi!
Wednesday, September 1, 2010
Jamuan Berbuka Puasa
Salam `alaik..
Alhamdulillah ruang cuti Merdeka memberi ruang dan kesempatan kami mengadakan jamuan berbuka puasa kecil-kecilan. Tetamu taklah seramai mana, mungkin hujan lebat membataskan pergerakan khususnya anak-anak murid umi untuk datang. "Cikgu faham jarak menyukarkan". Namun tak jadi halangan rezki mereka yang datang la...Doakan cikgu murah rezki, nanti kita buat pula selepas raya.. Kepada 5MPV, mohon maaf cikgu terlupa nak undang!... cikgu tahu ramai yang keciwa.
Nampak sama tapi tak serupa... sembang2 sebelum berbuka!...
Terima kasih zaid dan azre kerana sudi datang..
Maaf gambar tak seberapa... student IPG yang setiap tahun tak pernah ketinggalan walaupun Sir Faizal dah bersara.
Menikmati juadah ringan sebelum solat maghrib...
Tq Sarah... the only girl from SMKSI...
Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang, terima kasih kepada yang membantu, Sara, Hani, Yus, Zai, dan Anis. Mukmin yang hadir, Zaid, Azre, Hafizul dan rakan-rakan dari IPG juga terima kasih. Semoga ibadah puasa kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah.
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)