Followers

Sunday, October 31, 2010

Belum Bertaubat Jika Masih berbuat Maksiat

Salam 'alaik,


Seseorang yang sedar akan dosa dan maksiat yang dilakukan tetapi tidak membuat perubahan, bererti ia belum lagi benar-benar bertaubat. Ia cuma mendapat kesedaran dan menyesal tetapi belum mendapat kekuatan dan pimpinan Allah untuk bertaubat. Oleh itu dia perlu berdoa meminta petunjuk dan pimpinan Allah.

Jika sudah ada kesedaran dan sedih akan diri yang berbuat maksiat, kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh dengan taubat nasuha. Taubat yang sebenar-benarnya ialah dengan menempuh 3 syarat :

1 Mesti menghentikan dan meninggalkan dosa itu.
2 Rasa menyesal sungguh-sungguh diatas dosa tersebut yang telah terlanjur dilakukan.
3 Niat dan janji sungguh-sungguh tidak akan mengulangi perbuatan itu, dan seterusnya memperbaiki diri dan berazam untuk berbuat baik.

Seseorang yang tahu dia berbuat maksiat dan dosa tetapi tidak berusaha untuk bertaubat dan tidak bermujahadah untuk meninggalkan perbuatan maksiatnya akan mendapat kemurkaan Allah. Sesungguhnya Allah suka orang yang bertaubat dan akan mengampuni dosa dan kesalahannya jika dia bertaubat dengan erti sebenar-benarnya. Firman Allah :

"Dan orang-orang yang berbuat dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." - Surah Al Furqan:71.

Dalam hal ini bergantung kepada diri sendiri dan iman. kita perlu perhalusi keyakinan, bukan sahaja setakat iman pada akal, tetapi iman yang bertapak di hati. Iman yang bertapak dihati akan merasa takut bersungguh-sungguh, menyesal dan seterusnya membuat perubahan.

Sekiranya telah berusaha bersungguh-sungguh, lalu terbuat juga dosa, dengan segera bertaubat lagi meminta ampun kepada Allah. Dan kemudian kita berbuat semula dosa itu, maka bertaubat lagi. Begitulah seterusnya, jangan kita jemu bertaubat, dan jangan jemu kita berusaha meninggalkan dosa, supaya dengan itu Allah tidak akan jemu mengampunkan kita walaupun berulang kali. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan diri." - Surat Al Baqarah:222.

Kita kenalah bersungguh-sungguh mempertingkatkan iman dengan iman yang sebenar-benarnya, kerana orang yang beriman sahajalah yang takut hendak berbuat dosa walaupun dosa kecil. Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang beriman itu apabila terbuat sedikit dosa ia merasa seperti gunung yang besar hendak menimpa mereka."

Wallahu'alam..
Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH SWT.



Salam 'alaik,




Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu: 

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis. 


2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik. 



3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah. 



4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah. 



5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit. 



6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Walallahualam.

Segeralah Bertaubat.


'Bumi mana yang tidak ditimpa hujan',  manusia mana yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sama ada dengan sengaja atau tidak disengajakan, kecil atau besar , disedari atau tidak. Sebagai mana bumi, walaupun padang pasir yang terbentang luas pasti sesekali dicurahi hujan dari langit. Itulah hakikat dan realiti dunia.

Hakikat ini juga ditegaskan oleh rasulullah SAW, "semua manusia melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat"

Apabila seseorang melakukan kesilapan dan maksiat, tidak bermakna orang itu telah ditolak oleh Allah SWT. Mereka tetap mendapat tempat di sisi Allah SWT sekiranya mereka kembali di sisi Allah SWT dengan penuh penyesalan dan bertaubat kepada-Nya.

Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah sebagai taubah nasuha. Mudah-mudahan tuhanmu menghapuskan dosa kamu dan memasukan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai”. (At-Tahrim:6)

Sabda Rasulullah SWT:
“Wahai manusia, bertaubaatlah kepada Allah SWT kerana aku bertaubat kepada-Nya seratus kali dalam sehari.” (Riwayat al-Muslim)

Segeralah bertaubat, lakukan dari hati yang tulus ikhlas yang lahir daripada hati  rasa bersalah, rasa sedih dan rasa kesal dengan penuh penyesalan, rasa hina diri, rasa malu dan rasa takut kepada Allah. Tidak selayaknya kita melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah SWT kerana terlalu banyak nikmat yang kita ambil daripada Allah SWT.

“Astagfirullaha al-Azim… Ya Allah, aku bertaubat, aku menyesal atas segala perbuatanku,… Ya Allah aku ingin kembali kepada-Mu. Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu, dan bantulah aku memperbaiki ibadahku kepada-Mu. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku takwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik membersih, Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

Walallahualam.



Friday, October 29, 2010

Allah Tempat Mengadu

Sahabat-sahabat dan anak-anak didikku,

Miskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan atau dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sesekali-kali kita manjauhi Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka mengadulah kepada-Nya

Pernah malaikat berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-Mu berkali-kali. Perkenankanlah. Namun Allah mengatakan, biarkan si insan terus-terusan meminta daripada-Ku. Kerana aku rindu untuk mendengar keluh  tangisannya… Allah sedikitpun tidak rugi jika kita meminta-minta daripada-Nya. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripada-Nya. Dia-lah yang menentukan takdir kalian. Maka seharusnya hanya pada Dia sahajalah yang layak diadukan masalah.

Serahkan sepenuh jiwa raga kita kepada-Nya. Biar Dia sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita peroleh. Jika banyak yang diberi maka banyaklah yang kita peroleh. Sesiapa yang mencari cinta-Nya sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung ini.


Ya Allah, kini diri ini terasa ingin sekali mencintai dan dicintai-Mu ya Rahman. Maka kurniakanlah cinta agung-Mu agar diri ini terasa tenang berada di samping-Mu. Beribadah kepada-Mu, berjihat untuk agama-Mu berkasih sayang dengan redha-Mu dan mencintai apa yang dicintai-Mu.



Walallahualam.

Thursday, October 28, 2010

CINTA ALLAH ITU FITRAH HATI



Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat mulia, baik dan sempurna dalam hidup ini?

Ya, tiadak seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Sedarkah kita ketika kita menginginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah?

            Mengapa? Hal ini kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang kita inginkan itu. Bukankah Allah itu al-Ghani, memiliki kekayaan yang diingini oleh orang miskin? Allah itu Al-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang  terpinggir. Allah itu al-Adl yang mampu memberi keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas.

            Allahu Akbar, Subhanallah. Jiwa tersentuh dengan kebesaran Allah. Semua sifat itu Dia yang punya. Manusia hanya menzahirkan segala sifatnya. Sehingga kita alpa menilai sifat-sifat itu datangnya daripada Allah bukan daripada kita. Maka, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan memperoleh segala-galanya. Masya-Allah!

Waallahualam.

Wednesday, October 27, 2010

Warna Hati Remaja

Salam alaik...




Semoga dapat sesuatu

Waallahualam.

Penawar Hati



Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Tuesday, October 26, 2010

Karangan SPM: Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk

Kepentingan Perpaduan dalam kehidupan Masyarakat Majmuk

Malaysia bumi nan bertuah. Manakan tidaknya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, India, Iban dan kadazan yang membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh. Malah kehidupan masyarakat majmuk di negaa ini berlandaskan elemen perpaduan yang disuntuk dalam diri individu sejak dahulu lagi. Tragedi 15 Mei ternya menjadi penanda aras kepada masyarakat sarwajagat di Malaysia untuk terus mengekalkan Integriti Nasional yang bepaksikan dengan penghayatan sepenuhnya terhadap Rukun Negara. Perdana Menteri  Malaysia yang ke-6 turut memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan ’1 Malaysia’ dengan tema, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan perpaduan antara kaum. Terdapat beberapa kepentingan perpaduan  dalam kehidupan masyarakat majmuk.

            Perpaduan merupakan kunci kepada pembangunan negara. Dengan Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama negara yang perlu dikecapi. Perpaduan penting dalam memastikan tanah air kita yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hadapan. Masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan bekerjasama antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud perpaduan  dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita akan mempu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan jurulatih kepada Datuk Lee Chong Wee menjadi tertimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk Lee Chong Wee berjaya menempa nama sebagai  Pemain Nombor Satu Dunia. Gandingan mantap kedua-duanya terus-menerus memastikan Malaysia mengungguli gelaran tersebut untuk sekian lamanya. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ternyata dan sudah terbukti betapa elemen perpaduan menjadi asas kepada pembangunan negara.

Monday, October 25, 2010

Karangan SPM: Usaha-usaha mengalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam

komuter
pengangkutan bas










feri



Belakangan ini isu kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan bandar semakin giat diperkatakan di media-media massa. Bagi membendung masalah ini, kerajaan telah menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Walau bagaimanapun saranan kerajaan tersebut disambut hambar oleh masyarakat, sebaliknya orang ramai masih memilih untuk menggunakan pengangkutan sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa wasilah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter dan teksi.

Kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas bagi membaikpulih kemudahan pengankutan awam. Keadaan yang kurang kondusif seperti kerusi yang rosak, alat pendingin hawa yang tidak berfungsi dan keadaan pengangkutan yang kotor telah menyebabkan pengguna berasa tidak selesa. Keadaan sebegini lazimnya dapat kita lihat pada pengangkutan awam seperti bas, dan feri. Dengan adanya perutukan untuk menambahbaik dan membaiki keadaan sedia ada akan meningkatkan lagi tahap keselesaan  pengangkutan awam dan seterusnya menggalakkan masyarakat untuk menggunakan kemudahaan awam tanpa ragu-ragu.

Selain itu pihak pengusaha sesebuah pengangkutan awam perlulah menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas dan efesyen. Kebanyakan pengangkutan awam tidak menepati jadual perjalanan yang dijadualkan. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna. Pada era globalisasi ini, masa telah menjadi sangat berharga dan seharusnya tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang sebegini. Dengan perkhidmatan yang pantas dan efisyen pengguna dapat  merangka jadual perjalanan  mereka dengan lebih baik dan teratur.

Di samping itu pihak kerajaan perlulah mempergiatkan kempen-kempen kesedaran di seluruh negeri. Rakyat perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan penggunaan pengangkutan awam seperti kempen menaiki keretapi ke pusat-pusat bandar dan kempen teksi cemerlang. Melalui kempen-kempen sebegini masyarakaat akan menjadi lebih prihatin dan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan juga boleh mengadakan promosi-promosi bagi menarik masyarakat menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Kesimpulannya, tedapat pelbagai langkah yang dapat diambil untuk menggalakkan penggunaan kemudahan awam. Seperti kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walau bagaimanapun bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Masyarakat perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menjayakan matlamat ini.

Oleh,
Nur Sakinah bt Muhammad Faizal (501)
Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Kelang.

Sunday, October 24, 2010

Hinanya Nilai Seorang Hamba

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!

Hi-Tea di Restoren Berputar Menara KL

Salam 'alaik,

Bila penghujung tahun menjelma maka sekolah kian sibuk dengan pelbagai jamuan. Dah mis satu jamuan penting iaitu Jamuan Raya dan Akhir Tahun Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK). Jamuan yang tak kurang grendnya dan selalunya jamuan yang paling grend di sekolah ialah Jamuan Koperasi... Sesuaila koperasi banyak duit.

Kali ni jamuan ini diadakan di Restoran Berputar ke berpusing (tak pasti) yang pasti restoran tu bergerak.. di menara KL... Alhamdulillah, semasa  birthday Ain baru-baru nipn, Umi tak buat apa-apa maka umi ajaklah anak manja umi pergi sekali. Kalau Ain dah pergi makanya abang Syukri kena ajak jugak. Lagipun antara 5 orang anak umi cuma Ain dan Syukri yang belum pernah menjejakkan kaki kat Menara tertinggi (di Malaysia kot) tersebut.

Alhamdulillah mereka sangat enjoy! Enjoy sebab dapat naik bas sebenarnya!.. Asyik naik kereta je teringin sangat pulak nak naik bas sekolah..

Semoga Koperasi Sekolah Menengah Seri Indah (KOINDAH) terus maju jaya dan dapat buat jamuan di tempat yang lebih baik.



Syukri dan Ain di atas menara peninjau.





Ain mengambil makanan di restoran berputar Menara KL

















Di dataran menara!








Wassalam.

Monday, October 18, 2010

Karangan SPM 2010- Kesedaran Sivik

Punca-punca wujudnya keadaan ini dan langkah-langkah yang diambil untuk menyuburkan kesedaran sivik.
Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan seseorang individu itu warganegara yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun, tanpa kita sedari kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia begitu rendah malah semakin luntur ditelan arus pemodenan. Hal ini terbukti apabila masih terdapat dalam kalangan masyarakat kita, individu-individu yang masih tidak menghormati satu sama lain. Kata-kata, “Yang muda disayangi, yang tua dihormati,” tidak dapat kita lihat daripada perlakuan mereka. Apabila berada di dalam pengangkutan awam seperti bas, monorel mahupun kereta api, masih banyak lelaki yang sasa dan bergaya, tidak sanggup untuk memberi tempat duduk kepada wanita tua atau ibu mengandung yang tidak berdaya. Di perhentian-perhentian bas pula, sampah-sarap yang mengotorkan dan menyakitkan mata memandang juga bukan perkara asing di mana-mana tempat di negara kita. Di manakah silapnya sehingga pada zaman negara mengorak langkah ke arah menjadi negara maju pun, fenomena negatif yang memperlihatkan kerendahan kesedaran sivik masyarakat kita masih berleluasa dan dapat kita lihat di mana-mana? Pada pendapat saya, kita harus meneliti dan mendalami permasalahan ini agar langkah yang ampuh dan berkesan dapat dilaksanakan bagi menyuburkan kesedaran sivik ini dalam kalangan masyarakat kita.

Karangan SPM 2010- Gaya Hidup Sihat

Cara-cara mencapai gaya hidup sebegini.

          Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

         Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan penyakit kronik.

Monday, October 11, 2010

Ikah Abis PMR!. . . . . . . .

Salam ...

Waa.........  esok ikah abis PMR..... umi dengan abah yang lega.... kami dah buat yang terbaik untuk ikah semoga mendapat keputusan yang cemerlang.... tapi nampaknya usaha kami tidak terhenti di sini.... huhu giliran Amira munyusul pula.... SPM. lebih mencabar.

Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Amin
Kami hanya dapat mendoakan, papepun usaha kalian yang lebih utama!

Wassalam

Saturday, October 9, 2010

KEMATIAN SESUATU YANG PASTI

Kematian adalah sebuah ketetapan. Jika telah datang waktunya, tak satu pun makhluk yang mampu menangguhkannya. Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menyambutnya?
Tanda-tanda keagungan dan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak terhitung jumlah dan macamnya. Semuanya bisa dikelompokkan menjadi dua bagian, ayat-ayat syar’iyah yang terdapat dalam kitab-kitab-Nya dan Sunnah Rasul-Nya SHallallahu ‘alaihi wa sallam, serta ayat-ayat kauniyah yang ada pada makhluk-Nya.
Tidaklah Allah Subhanahu wa Ta’ala menunjukkan keagungan dan kebesaran-Nya dengan ayat-ayat kauniyah dan syar’iyah kecuali bertujuan agar Dia ditauhidkan dalam seluruh peribadatan yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Al-Mulk: 2)

KESAN ISTIGHFAR


Hadith :Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu DaudHuraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. 

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah. 

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Wallahu'alam.

Sunday, October 3, 2010

Majlis Perkahwinan cucu Sulong Atok!

Salam alaik...



Selamat Pengantin Baru kepada Abang Isal dan kak Nira...



Semoga berbahagia hingga keakhirnya.

kenduri perkahwinan cucu sulung lelaki atok. majlis yang paling simple tetapi paling BEST! sebab semua anak-anak dan cucuk atok dapat berkumpul
Semoga lepas ni  menyusul Abang Asrol, Abang Lan, Abang Nanag, Abang Nizam.

Wassalam.

PERSONALITI DIRI

  • Salam alaik,.

       OKTOBER 



  • * Suka berbual. 
    * Suka orang yang sayang padanya. 
    * Suka ambil jln tengah. 
    * Sangat menawan & sopan santun. 
    * Kecantikan luar & dalam. 
    * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. 
    * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. 
    * Sentiasa berkawan. 
    * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. 
    * Cepat marah. 
    * Macam pentingkan diri sendiri. 
    * Tidak menolong orang kecuali diminta. 
    * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. 
    * Tidak suka terima pandangan orang lain. 
    * Emosi yang mudah terusik. 
    * Suka berangan & pandai bercakap. 
    * Emosi yang kelam kabut. 
    * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). 
    * Suka melancong, bidang sastera & seni. 
    * Pengasih, penyayang & lemah lembut. 
    * Romantik dalam percintaan. 
    * Mudah terusik hati & cemburu. 
    * Ambil berat tentang orang lain. 
    * Suka kegiatan luar. 
    * orang yang adil. 
    * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. 
    * Mudah patah semangat