Wallahualam.
Followers
Tuesday, March 30, 2010
Solat pada Awal Waktu
Wallahualam.
Monday, March 29, 2010
KESAN BENCANA ALAM- karangan contoh
Sudah lebih dari 5 tahun kita digembar-gemburkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempar bumi, ribut taufan, banjir, dan yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh pakar meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut. Justeru, ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad kini berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan dengan bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan yang dapat kita peroleh.
Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersama-sama membincangkan permasalahan tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil dalam masa terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut.
Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak, pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-pokok serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-mata, bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang? Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja.
walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu, namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman sekarang. Mungkin benar peribahasa ‘sudah terhantuk baru terngadah’ mampu membawa keinsafan dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan kerosakkan yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan dunia seperti penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai peneraju alatan bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan mesra alam iaitu bebas CFC. Perubahan-perubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk dibenggakan namun tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia menjadi lebih baik.
Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu, perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Oleh,
NUR AMALINA BT AHMAD AFFANDI
5 LT/TK- 2010
SEK. MEN. KEB. SERI INDAH
Menanti di Barzakh..di PNM smksi 2010
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan kepada ustazah Aisah tang melatih dan menguruskan pelajar...
Saturday, March 27, 2010
HAC smksi 2010
Wednesday, March 24, 2010
SELAMAT HARI LAHIR ALONG!..
SURAT UNTUK ALLAH
Ya Allah ya Rahman Ya Rahim…
Dari depan Mihrab-Mu nan suci dan agung, izinkan aku menulis surat ini sebagai rasa kerinduan tanpa batas aku pada-Mu, sebagai ganti pertemuan terakhir kita disaat aku berziarah kepada-Mu dalam istana yang Maha Indah, Istana yang seluruh makhluk dimuka bumi mencarinya, tapi hanya segelintir orang-orang pilihan yang Kau izinkan singgah disana, terima kasih yang tak terhingga atas karunia ini, Engkau izinkan diri hina dina ini tuk menatap wajah agung-Mu, dalam Istana-Mu, dalam Surga-Mu. Setiap kali kita berjumpa, Engkau selalu meyakinkan aku dengan firmanMu: “datanglah pada-Ku, kaki kiri hapus dosa dan kaki kanan bikin pahala”. Tuhanku… bukan aku tidak mau dosaku dihapus, tapi aku malu, amat malu, setiap kali Engkau hapus dosa, setelah aku meninggalkan istana-Mu, kembali aku melakukan dosa yang sama. Bukan pula aku tidak ingin derajatku naik di dunia dan akhirat, sungguh tidaklah pantas aku menerimanya, aku hanyalah debu kecil di telapak-Mu, hanyalah setetes air didalam samudera-Mu yang Maha Luas, Engkau izinkan aku menatap wajah-Mu saja sudah merupakan karunia yang tidak bisa ku balas walau dengan nyawa sekalipun.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Saat Engkau berikan aku cobaan, teramat berat dan menyakitkan, pernah aku ingin lari dari takdir-Mu, meninggalkan semua rencana-rencana yang telah Engkau firmankan kepadaku, pernah aku setengah kesal dengan-Mu, ampuni aku wahai pemilik kasih, ampuni kejujuran ini dan tanpa ku sampaikan melalui surat inipun Engkau Maha Mengetahui. Setelah semua badai kehidupan berlalu, barulah aku tersadar bahwa seburuk apapun kemalangan menimpa masih jauh lebih indah jika masih beserta-Mu.
Ya Allah Yang Maharahman dan Maharahim, yang senatiasa membentangkan tangan-Nya pada waktu malam agar bertaubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari agar bertaubat orang yang melakukan kesalahan dimalam hari, terus dan terus hingga matahari terbit dari barat. Ampuni aku yang belum bisa mencintai-Mu, sebagaimana Engkau yang senantiasa menghadirkan cinta dan pengampunan. Yang tak mampu menghadirkan tangis kerinduan, sebagaimana tangisan dan kerinduan Muhammad di Jabal Nur. Yang tak mampu melamunkan-Mu, sebagaimana kekhusukan Imam Ali yang mengalahkan datangnya maut.
Ya Allah Yang Maharahman dan Maharahim,
izinkan aku untuk terus bisa berkunjung ke istana-Mu,
izinkan aku untuk bisa mengenal para kekasih-Mu agar aku bisa ikut mencintai mereka karena Engkau pernah berfirman: “mencintai yang Aku cinta maka Aku cinta”.
Izinkan aku untuk bisa bergaul dengan sahabat-sahabat-Mu agar aku bisa terus merasakan getaran cinta-Mu lewat mereka.
Ya Allah Yang Maharahman dan Maharahim,
Ajarkan aku cara mencintai-Mu
Ajarkan aku untuk menyayangi-Mu
Ajarkan aku mengasihi-Mu,
Aku ingin wahai junjunganku Engkau merasakan setiap getaran yang ku kirim disaat malam pekat, dengan linangan air mata dan rasa bersalah nan teramat dalam.
Ya Allah Yang Maharahman dan maharahim. Ampuni aku yang untuk pertama kalinya menulis surat untuk-Mu, terlalu sibuk akan dunia yang tiada berguna ini, ampuni aku kalau surat ini tidak ada perasaan cinta dan hambar saat Kau cicipi, mungkin juga cintaku masih gombal kepada-Mu
Ya Allah Yang Maha Rahman dan Maharahim. Aku bermohon pada-Mu, jika saatnya tiba, izinkan aku membaca surat-surat-Mu lagi, izinkan aku menulis sepucuk surat terakhir kalinya untuk-Mu. Mungkin surat cinta, bisa jadi surat kerinduan, dan tak mustahil lamunan-lamunan kegilaanku pada-Mu. Sungguh, jika saatnya tiba, ijinkan aku mencium-Mu sekali saja.
Sembah Sujudku pada-Mu
Sufimuda
MENANG LAGI KE?
SAIMA BT SAINUDDIN 4 FINALIS
|
B. HADIAH UNTUK FINALIS
HADIAH untuk pemenang bagi setiap kategori akan menerima set TRIONOVEL terkini besertanovel bonus. |
Pemenang SETIAP KATEGORI akan memenangi:
Satu set TRIONOVEL TERKINI + NOVEL BONUS.
Lain-lain finalis akan memperoleh sebuah novel BONUS terkini daripada kami.
10 PELAJAR TERBAIK SPM 2009
Angka Giliran | Nama | Sekolah | |
1 | SK210A016 | GLADYS TAN YEE KIM | SMK GREEN ROAD, KUCHING, SARAWAK |
2 | BK017A042 | GRACE KIEW SZE-ERN | SMK (P) SRI AMAN, PETALING JAYA, SELANGOR |
3 | NA261A006 | KHADIJAH BINTI AHMAD JAIS | SM AGAMA PERSEKUTUAN, LABU, N SEMBILAN |
4 | RA001A002 | AKMAL HIDAYAT BIN SABRI | SMK DERMA, KANGAR, PERLIS |
5 | NA221A026 | SYAMILAH BINTI MAHALI | KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SEREMBAN, N SEMBILAN |
6 | BG037A018 | LEE WEI LING, AMELIA | SMK TAMAN MELAWATI, SELANGOR |
7 | DA036A056 | NUR SYUHADAH BINTI MUHAMAD | SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KOTA BHARU, KELANTAN |
8 | MA121A012 | LAI YIN KWIN | SMK TINGGI MELAKA, MELAKA |
9 | BG037A010 | CORINNE GUNN HUEY MIN | SMK TAMAN MELAWATI, SELANGOR |
10 | AG016A005 | HU MAY KHEI | SMK CONVENT, TAIPING, PERAK |
Tuesday, March 23, 2010
Imam Syafie
Dapat menghabiskan buku Iman Syafie satu kepuasan. Sebagai pengikut mazhab Iman Syafie memang seharusnya kita mengetahu secara lebih mendalam kehudupan Ia imam yang sangat hebat ini..
Nama sebenarnya ialah Muhammad bin idris bin uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Melihat daripada susur galur keluarga tersebut tahulah kita beliau daripada keturunan Rasulullah. Beliau mendapat nama Syafie kerana wajah beliau mirip wajah moyangnya yang sangat alim. Dan menurut salah seorang saudara tertua keluarga Imam Syafie, wajah moyangnya yang bernama Syafie itu ada mirip Rasulullah, dan semenjak daripada itu beliau dipanggil dengan nama Syafie.
Beliau dilahirkan di Palastine pada malam kematian Imam Abu Hanifah di dalam penjara di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah al-Mansur kerajaan Abbasiyah. Setelah ayahnya meninggal dunia ketika itu beliau baru berumur 2 tahun beliau telah dibawa kembali ke Mekah atas wasiah ayahandanya... Ibunya Ummu Habibah al- Uzdiyyah telah menjaga Imam Syafie sebaiknya kerana sedari kecil Allah telah menunjukkkan kepintaran yang luar biasa, khususnya setelah Imam Syafie bermimpi bertemu Rasulullah. Namun oleh kerana kemiskinan ibunya tidak mempu menghantarnya ke sekolah. Beliau hanya belajar daripada ibunya. namun atas keinginannya yang begitu kuat dan sangat mencintai ilmu akhirnya beliau telah Allah permudahkan baginya untuk menuntut ilmu.
Beliau telah berguru dengan banyak guru. Termasuk Murid-murid Imam Hanifah, Imam Malik bin Anas dan banyak lagi. Beliau tidak boleh mendengar ada guru yang mahir dalam apa bidang beliau pasti akan mencarinya. Hal ini menyebabkan beliau telah mengembara ke banyak tempat termasuk Madinah, Iraq, Yaman, Parsi dan Mesir.
Pelbagai bidang telah dikuasainya termasuk ilmu hadith, seorang penyair, ilmu kedoktoran, ilmu peperangan, ilmu Firasat dan sebagainya.
Beliau meninggal dunia pada usia yang dikira masih muda iaitu 54 tahun, berbanding Imam Malik 87 tahun. Beliau dimakamkan di mesir, walaupun ada cubaan untuk memindahkan makannya ke Baghdad tetapi gagal.
Terlalu banyak pesana yang disampaikan antaranya,
- Tuntutla ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
- Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan
untuk mengetahui lebih lanjut kisah dan pesanan Imam Syafie baca sendiri buku ini.
Wassalam
Monday, March 22, 2010
IKAH KENE BALIK ASRAMA..
Terima kasih Umi dan Abah
Saturday, March 20, 2010
Womens
Womens,
Womens r like internet virus,
1st enter ur life
Scan ur pocket money,
Edit ur mind,
Download her problem
Delete ur smile
and hang ur life
Susunan kata-kata tersebut benar-benar menarik perhatian ana. Itulah unitnya dan nilaian Wanita pada sesetengah lelaki. Mungkin boleh kita renungkan bersama-sama.
Wasslam, jumpa lagi dilain isian