Followers

Friday, July 9, 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAB TAHA


Salam alaik..

Pada 6 Julai 2010 di Hotel Vistana Kuantan Pahang Darul Makmur, Kelab TAHA yang ditunjangi oleh Tabung Haji telah mengadakan Hari Anugerah Camerlang kepada ahli kelabnya yang telah berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam SPM, PMR dan UPSR. Alhamdulillah Nur Sakinah telah terpilih sebagai salah seorang penerima, daripada dua orang Pelajar Terbaik SPM. Seorang lagi pelajar lelaki..

Oleh kerana Sakinah baru memulakan pengajiannya di KMB dan umi pula bekerja, maka abah dan atoknya telah menjadi wakil untuk menerima anugerah tersebut.. ada jugaklah cetenya sikit dalam surat khabar BH 7 Julai 2010.. Hadiah berupa sijil, plague, wang tunah dan door gift (macam-macam ada..).




Alhamdulillah... syukur. Semoga ini akan menaikkan semangat dan daya usaha Sakinah lagi untuk lebih berjaya dan menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya. Amin.

1 comment: