Followers

Wednesday, July 7, 2010

Selamat Meneruskan Perjuangan: Cikgu Khairul Nizam


Salam alaik....

Isnin lepas SMKSI kehilangan seorang lagi guru yang sangat dedikasi dan bertanggungjawab. Pakar Kimia ini pergi melanjutkan pelajarannya dalam bidang KIMIA di UKM... Yang paling terasa kehilangannya ialah Pn. Haslina Sahrom. (PK KOKO). Cikgu Nizam orang kanannya dan paling banyak membantu Pn. Haslina khususnya dalam Unit Beruniform...

Namun bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti"... semoga SMKSI akan mendapat guru yang lebih hebat atau setidak-tidaknya sama hebat dengan cikgu Nizam...

Bagi ana cikgu Nizam, sangat bnyak membantu dalam program-program yang ana uruskan. Khususnya program berbentuk Islami.. Contohnya, setiap tahun beliaulah yang banyak membantunya ustaz Fathli bila Program Solat Cemerlang diadakan, beliau bukan sahaja mahir dalam bidang Kimianya tapi mampu menjadi imam untuk pelajar-pelajar bila ketiadaan ustaz. guru-guru beginilah yang kita mahu yang boleh di bawa ke tengah dan ke tepi..

Kelas Amira... 5LKTK kehilangan seorang lagi guru. Sebelum ini Guru Add Mate... Add Mate belum berganti, Kimia pulak!... Jangan bimbang kita ada cara mengatasinya...

Walaupun pemergiannya amat dirasai tapi... Seri Indah tidak boleh menyekat gurunya ingin menimba ilmu dan memantapkan diri... Semoga ini akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar Seri Indah untuk lebih rajin berusaha memajukan diri.


Guru yang sentiasa ceria.


Cikgu Nizam... dalam ucapan terakhirnya hari ini (dijemput khas untuk meraikannya) sempena perpisahan beliau.

Akhirnya, untuk cikgu Nizam.... SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN... rajin-rajin jengok kami di seri indah bila ada kelapangan... Dan jika sudi, kembalilah ke Seri Indah setelah tamat pengajian nanti. Kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan cikgu Nizam... Amin.

Wassalam

2 comments: