Followers

Friday, July 30, 2010

BAHAGIA atau KECIWA

Salam,

Buat renungan anak2 remajaku yang sarat bercinta.... cinta zaman persekolahan
cinta semusim. Mungkin juga cinta Monyet!


Mualnya kenal semuanya indah
Mulanya tahu semuanya kisah
Mulanya minat semuanya teringat
Mulanya suka semuanya gula
Mulanya ketawa semuanya bahagia


Apabila..

Mulanya bosan semuanya biarkan
Mulanya jemu semuanya tak ambil tahu
Mulanya duka semuanya cuka
Mulanya sedih semuanya pedih
Mulanya berubah semuanya tak kisah

itulah kotak hati yang ada rasa
Rasa ingin dan rasa tidak ingin
Cuba tanya apakah keinginan mu
Bahagianya atau keciwa...

Tuesday, July 27, 2010

Wanita dan kecantikan....


“Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Begitulah orang yang cantik itu jarang yang berbudi..” Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, Awak ni cantiklah”, maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok apabila dikatakan cantik dan lawa.?

Begitulah resam manusia, seronok apabila dipuji dan keciwa apabila dikeji. Tetapi lain halnya bagi mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil apabila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ’ditimpa perasaan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digengamnya. Hidup liar bak merpati, senang didekat ditangkap lari...

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatnya kepada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tingi ibarat Bunga Raya. Cantik warnanya harum tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan–Nya ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara cempaka dan bunga raya pastinya cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya ibarat gadis murahan yang dipertontonkan kecantiakan. Kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik tetapi tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usahpula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Maka marilah berlumba-lumba untuk manjadi wanita yang bertakwa dan berakhlak mulia. Nescara disayangi Allah dan makhluk-makhluknya.

Seharusnya diri yang dukurniakan Allah dengan nilmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu daripada dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiaya atau menandingi kejelitaannya. Resah kerana menghitung-hitung pahala-pahla yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-gira bagaimanakah untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apatah lagi kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.

Bersyukur dengan nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberian-Nya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama perlukan persediaan menemui kematian. Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju puncak taubat.

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu daripada Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” An-Nahl:53

Wallahu a’alam... semoga kita sentiasa dibimbingi-Nya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik... InsyaAllah. Amin.

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaaban...

Salam alaik...

Semoga kita sama-sama dapat meng'amarahkan malam ini dengan pelbagai amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta! Amin.

Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosaku dan Ikhlaskan hatiku segalanya kerana-Mu ya Allah.

Sunday, July 25, 2010

Doa menjadi Hamba-Mu Yang Sabar.

Sabar dan Mengeluh.

Salam alaik..


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau,"Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara. Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.

Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orang itu tidak mendapat ganti melainkan sia-sia belaka."Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan kerana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap musibah dan dugaan daripada Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan
Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Ya.. Allah berilah aku kesabaran menghadapi setiap ujian-Mu.


Saturday, July 24, 2010

Rindunya Sungai Pahang!....

Salam alaik...

Pernah suatu ketika sungai ini menyimpan banyak sejarah hidup ana... Hari ini ana berpeluang menikmati dan turun semula ke Sungai yang menjadi kebanggaan Negeri Pahang ini.

Walaupun ana balik ke kampung tak sampai pun 24 jam namun kami sempat berkunjung ke tebing sungai Pahang untuk menangkap ikan Baung dan ikan Patin....

Ayah memang kenal baik dengan pengusaha ikan sangkar ini.... tentunya kami dapat harga istemewa. Paling seronok kerana dapat tangkap sendiri ikan terus daripada sangkarnya... cuma ana sahaja yang tak berani. Suami apa tah lagi!


memberi ikan makan


menangkap ikan di dalam sangkar...





















pemandangan di tebing sungai Pahang yang sangat mengasyikkan










Kagum dengan kesungguhan pengusaha ini yang mengendalikan baratus-ratus sangkar ikan!..



Musim Durian Datang Lagi




Salam alaik...

Berkali-kali ayah menelefon, "bila nak balik kampung? Musim durian kian sampai ke penghujung.." Alhamdulillah akhirnya kesempatan yang dinanti2 sampai jua. Walaupun Amira ujian minggu depan namun kesempatan hujung minggu kali ini tidak akan umi lepaskan!..




Ayah memilih buah durian yang baik..

....Atok!...



Bila dah berada dalam timbunan buah durian... nafsu makannya taklah seberapa. Ain yang sebelum ni begitu kemaruk durian pun langsung tak teringin!.... Itulah betapapun suka akan durian sebanyak mana sangat mampu nak makan. Akhirnya seronok kutip sahaja. Memandangkan kata ayah tahun ni kualiti buah durian tak seberapa maka ayah tak jual pun... sesiapa yang teringin nak makan datang je lah makan....

Teringat kat KL ni jarang-jarang sekali bila beli dapat yang berkualiti... sebab tu serik dah nak beli.


Friday, July 23, 2010

Air Mata Nabi Adam

Salam alaik..

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adamitu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau.

Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Hal ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku..."

Thursday, July 22, 2010


salam alaik...


PERUBAHAN

Salam alaik...

Wahai remajaku..

Ujian hidup datang dengan pelajaran dan pelajaran itu datang dengan tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan tetapi masih tidak ada perubahan itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mengenali Cinta Allah.

Ingatlah setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita lalui. Sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu ke arah yang lebih baik, lebih baik dan cemerlang. Maka belajarlah secara berterusan. Dan berubahlah secara berterusan…. Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sesekali anda menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah daripada sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah Cina, “belajar sewaktu muda bagai mengukir di atas batu. Belajar sewaktu tua bagai mengukir di atas pasir.” Fikir-fikirkan....

Stop Worring dan Stat Living,!

KECIWA ITU GURU

Salam alaik..

Remaja yang disayangi..

Jika seseorang datang membuat kita keciwa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan , itu menunjukkan kita sedang belajar membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita, tetapi sedarilah hakikatnya semua itu datang daripada Allah. Semuanya berlaku dengan izin Allah yang dengan itu Dia hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Dusta Dalam Bercinta

Wednesday, July 21, 2010

WALAU APAPUN ERTI CINTA...

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab qabul;
Cinta selepas kahwin itulah cinta qudus.
Cinta yang bermaruah.
Bukan cinta murahan.
Inilah kemulian agama kita, Islam.

Apabila Islam melarang sesuatu perkara
tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Kalau Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,
Islam membawa kepada sesutu sebagai ganti
yang lebih baik iaitu perkahwinan.


Sabda Rasulullah:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang
yang saling mencintai kecuali NIKAH
(Riwayat Ibni Majah)




Tuesday, July 20, 2010

Mengapa Aku Dilahirkan Begini?

Suatu kisah benar.....

Suatu petang ada seorang pelajar perempuan datang berjumpa saya tanpa temu janji terlebih dahulu. Pakaiannya amat sopan, bertudung bulat, dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu.

Dia bertanya: Apakah hukum anak zina? Saya katakan anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ialah ibu bapanya.

Dia bertanya lagi; Apakah hubungan anak zina dengan bapanya? Saya menyatakan bahawa Islam tidak mengiktiraf hubungan anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya.

Tiba-tiba remaja itu tunduk dan menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat pasti akan menangis bersama-samanya. Dengan sedikit kekuatan yang ada dia mengangkat kepalanya. ”Saya ialah anak zina!!...”.

Saya cuba tenangkan perasaannya. ”Adakah kamu pasti?”

Dia menjawab, “Ya. Saya terdengar dari sebelah bilik di rumah saya. Mak cik bertengkar dengan mak dan ayah pada malam itu. Dalam keadaan marah dan tegang nak cik menjerit, kamu jangan nak tunjuk baik, warak.... Kak Long (dirinya) ialah anak zina....

Apabila saya mendengar kalimah itu, saya rasakan dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya.Mengapa mak dan ayah lakukan begitu? Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya. Saya masih hidup. Sudah kering air mata. Saya tidak boleh mengubah sejarah yang telah berlaku. Ayah dan ibu yang saya kenali ialah orang yang baik. Tidak pernah mengabaikan solat dan puasa, bahkan mereka amat penyayang, ambilberat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya dahulu mereka pernah terlanjur. Inilah yang terpaksa saya tanggung sepanjang hayat saya. Saya ialah anak zina!”

Dia menangis dan terus menangis. Air mata belum dapat mengambarkan luka sebenar hatinya....

Wahai anak-anakku....

Ambillah iktibar. Janganlah menjadi ibu atau bapa kepada anak-anak zina. Kasihanilah zuriat kita. Janganlah anak kita yang tidak berdosa menanggung keaiban ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan sebagai anak zina. Oleh itu JANGAN HAMPIRI ZINA!


Zaman Remaja....

Bahang MERDEKA Mula membara!....

Salam alaik...
Lazimnya bila masuk bulan Ogos seluruh rakyat negara kita akan mula merasakan bahang kehangatan sambutan Bulan Kemerdekaan. Pelbagai program dirangka bagi memastikan generasai pasca merdeka ini terus komited dan jiwa mereka tersemat semangat petriotisma. Hal yang sama di SMKSI. Semua guru tidak sahaja guru-guru Sejarah sederap bersatu tenaga mengadakan pengisian yang dirasakan dapat menyemaikan perasaan sayangkan Tanah Air tercinta ini.
Begitu tekun mewarna walau dalam apa kedudukan!.. jangan sujud di situ sudah!

Guru memberi markah... membina Jagur Gemilang daripada bahan2 terbuang.

seronok dapat menyudahkan lakaran dan warna pada kain rentang. (2IB)

Jalur Gemilang dan bena yang telah siap... sangat menarik dan kreatif.

Peringkat awal... matahari masih bersembunyi!

Inilah uniknya sekolah kami yang mejoriti pelajar Melayu, Cina dan India hampir sama ramai.... sentiasa dalam keadaan 1Malaysia walau apapun program yang dianjurkan. Walaupun untuk program Solat Cemerlang namun pelajar dan guru Cina dan India tetap sentiasa membantu. We Love Seri Indah!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

BERBAHAGIALAH.....

Monday, July 19, 2010

Minggu Pendidikan Jasmani & Kesihatan SMKSI 2010

salam alaik...


Aksi-aksi semasa majlis perasmian oleh pengetua.

Seperti tahun-tahun lepas minggu PJPK merupakan minggu yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar SMKSI kerana pada minggu ini para pelajar disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat mereka untuk turut serta.

Walaupun setiap penyertaan dikenakan bayaran tetapi hal ini tidak menjadi kekangan bagi meraka asalkan mereka dapat turut serta. Mereka sanggup mengorbankan duit belanja makan demi menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Hal ini mungkin kerana pelajar yang berjaya akan menerima hadiah menarik harian dan terbaik keseluruhan pada akhir minggu PJPK nanti.

En. Loh yang lazimnya meguruskan gimek perasmian selalunya berjaya menarik perhatian pelajar dan guru-guru untuk turut serta dalam Minggu PJPK ini. Tahiah Pn Salha selaku Ketua Panitia PJPK dan 'team'nya kerana sehingga kini masih berjaya menarik pelajar turut serta dalam aktiviti yang dijalankan.

Semoga kalian terus berjaya!

Teka-Teki

Sunday, July 18, 2010

KENAPA HADIS QUDSI TAK JADI AYAT AL-QURAN??

Al-quran dan hadith diriwayatkan oleh para sahabat daripada Nabi saw. Bagaimana pula dengan hadith Qudsi? Bukankah hadith Qudsi juga daripada nabi tetapi dalam bentuk firman Allah? Jadi mengapa hadith tersebut tidak menjadi ayat al-quran?


Hadits Qudsi ialah Hadits yang bersumber dari Rasulullah saw. dan disanadkan kepada Allah. Menurut para ulama’, Hadits Qudsi ialah “Sesuatu yang diberitakan Allah kepada Nabi saw. dengan perantaraan Jibril, atau dengan jalan ilham, atau mimpi waktu tidur, lalu oleh Rasulullah saw. diberitakannya pula maksud dan tujuan berita di atas (kepada umatnya) dengan lafadh dan ucapan beliau sendiri, berdasarkan taufiq daripada Allah swt.

Apabila Rasulullah saw meriwayatkan Hadits Qudsi, biasanya mengucapkan kata:

“Allah berfirman”, tapi firman itu tidak dimasukkan dalam al-Quran. Begitu juga uslubnya tidak sama dengan uslub ayat-ayat al-Quran,

Apabila para shahabat menceritakan Rasulullah saw. ketika meriwayatkan Hadits Qudsi, biasanya mereka mengucapkan:

“Rasulullah saw. telah bersabda dalam satu riwayat yang disanadkan kepada Rab-nya.”

Selanjutnya para ulama sepakat (ijma’) bahwa Hadits-hadits Qudsi disanadkan kepada Allah. Perselisihan pendapat timbul tentang lafadh atau susunan kata Hadits Qudsi itu sendiri, apakah ia termasuk “kalamullah” (firman Allah) ataukah sabda Rasul saw. sendiri?

Ada yang berpendapat bahwa lafadh-lafadh dalam Hadits Qudsi itu dari Allah, bukan sabda Nabi saw., dengan alasan bahwa Allah ta’ala itulah yang menfirmankan pertama kalinya. Tidak mungkin Nabi saw. akan mengatakan “ucapan itu dari Allah”, kalau lafadh-lafadh itu bukan wahyu dari Allah swt. Apabila Hadits Qudsi itu disanadkan dalam kalimatnya kepada Nabi saw. maka ucapan itu hanyalah sekadar berita saja, karena beliau yang memberitahukannya kepada ummat tentang Hadits itu.

Ada pula yang berpendapat bahwa sesungguhnya lafadh Hadits Qudsi itu dari Rasulullah saw., adapun dikatakan dari Allah, karena isi dan maksudnya telah diwahyukan oleh Allah.

Pendapat ini ada yang membantah, bahwa para rawi yang meriwayatkan Hadits Qudsi itu, biasanya niengatakan: “Bersabda Rasulullah saw. dalam satu berita yang diriwayatkan dari Rab-nya: “begini dan begini”. Ini bererti bahwa lafadh Hadits Qudsi itu dari Allah, bukan dari Nabi saw.

Tetapi sebagian Ulama yang berpendapat seperti di atas menjawab bantahan ini dengan mengatakan bahwa Allah telah menyerahkan berita tersebut kepada Nabi-Nya untuk menyampaikan dan mengatakan Hadits itu dengan kata-katanya sendiri.

Namun yang tidak perlu kita ragukan lagi ialah bahwa Rasulullah saw. pernah meriwayatkan Hadits Qudsi hanya isi dan ma’nanya saja, tidak dengan lafadhnya.

Susunan kata yang diucapkan oleh Rasulullah saw. Dalam hadits qudsi, tidak mungkin merupakan susunan kata yang telah diwahyukan kepada beliau(sepertimana ayat al-quran).

Bagaimanapun perbedaan pendapat tersebut di atas, Hadits Qudsi adalah satu perbendaharaan agama yang mulia dan agung, yang di dalamnya terdapat tuntunan, bimbingan, pedoman dan petunjuk. Di antara Hadits-hadits Qudsi yang sampai kepada kita, ada yang shahih memenuhi syarat-syatat ilmu Hadits, bersumber dari Rasulullah saw, yang dijamin kebenarannya oleh Allah di dalam al-Quran:

Dia tidak mengucapkan sesuatu yang terbit dari hawa nafsunya. Dia tidak akan mengucapkan sesuatu, kecuali wahyu daripada Allah.(Q.S. 53 an-Najam: 34)

Ulama telah mengemukakan beberapa perbedaan antara al-Quranul Karim dengan Hadits Qudsi yang mulia, antara lain:

1. Isi al-Quranul Karim dan susunan kalimatnya menunjukkan mu’jizat dan tantangan kepada manusia untuk menandinginya sedang Hadits Qudsi tidak demikian.

2. Al-Quran yang mulia ialah firman Allah yang setiap lafadhnya menjadi ibadah apabila dibaca dan diperintahkan dibaca di waktu shalat. Sedangkan Hadits Qudsi tidaklah demikian.

3. A1-Quran diriwayatkan secara mutawatir yang diperintahkan dicatat, langsung didiktekan oleh Rasulullah, serta ditetapkan kedudukan ayat dan surahnya. Sedang Hadits Qudsi semuanya diriwayatkan menurut khabar Ahad dan tidak dibenarkan dicatat.

4. Al-Quran yang mulia tidak boleh diriwayatkan ma’na dan isinya saja, sedang Hadits Qudsi bilamana perlu dapat dirniwayatkan ma’nanya saja, dengan syarat rawinya (yang meriwayatkannya) itu, alim dan tahu benar arti, maksud lafadh dan susunan kata-katanya, sehingga memungkinkan dapat melukiskan isi dan maksud Hadits Qudsi itu.

5. Al-Quran diwahyukan kepada Nabi saw. dengan perantaraan Jibril a.s., sedang hadits Qudsi kadang-kadang diwahyukan melalui Jibril, atau dengan mimpi atau mungkin juga berupa ilham.
6. Kumpulan kalimat dalam al-Quran disebut ayat dan dihimpun menjadi surah. Sedang kumpulan kalimat dalam Hadits Qudsi tidak dapat disebut ayat ataupun surah.

Selain itu, ulama membedakan pula antara Hadits Qudsi dengan Hadits Nabawi (hadits biasa dari Rasulullab saw.) Hadits Qudsi diriwayatkan oleh Nabi saw. dengan jalan wahyu, baik melalui Jibril as., dengan perantaraan mimpi atau ilham. Sedang Hadits Nabawi terkadang dengan perantaraan wahyu, atau dengan ijtihad Rasulullah saw. sendiri. Adapun kedudukan shahih, hasan atau dla’ifnya, Hadits Qudsi sama saja dengan Hadits Nabawi, menurut ketentuan musthalah Hadits.

Berakhirnya Prograam Solat Cemerlang.

salam alaik...
mengisi borang soal selidik program....

bersama-sama fesis perempuan
fesis lelaki IPG bangi

sebelum berangkat balik... semoga bukan setakat di sini


bergambar bersama kumpulan masing-masing

Doa cikgu serta semua yang terlibat menjayakan program ini , para peserta program dapat sesuatu yang berguna untuk panduan kehidupan yang lebih baik dan sempurna untuk menjalani kehidupan ini. Amin.

Wassalam

Program ABJZ di SMKSI

salam alaik...

Salah satu pengisian dalam program Solat Cemerlang ialah ABJZ atau anda bijak Jauhi Zina yang di sampaikan oleh Master Traning daripada Raudatus Sakinah
Brother Jo

....dengan sis Sally

berlagu bersama-sama

Rakan-rakan guru yang turut hadir memberikan semangat..

Menyanyikan lagu "Fantasia Bulan Madu" dengan penuh perasaan

turut serta pelajar ting 5.... jemputan khas

mengagihkan borang soalselidik remaja dan cinta



Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun dengan sedikit masalah dihadapi pada awalnya. Daripada soalselidik program keseluruhan ramai pelajar yang memberikan 5 bintang kepada ABJZ. BEST GILA!... kata mereka. Tahniah kepada Raudatus Sakinah! Semoga hasrat murni kita tercapai dan mendapat keberkatan Allah!